Selamat datang ke hamtaro's blog.

Tuesday, 29 March 2016

Hi my dear fairies. Nak bagitahu ni, aku akan active balik dgn blogger ni. banyak sngt yg aku lupa sjk dua menjejak ni..  so stay  tune.😍

Saturday, 5 September 2015

STUDENT AGAIN

Slmt pgi my lovely readers..*wujud lg kekrong ni*. Anyway may Allah bless us. Smalm tlh berlangsung my majlis.. majlis ape? why i tak jemput? senyap-senyap je? halooo.. majlis ni ramai yg jdi jemputan, termasuk la diri aku sendiri. huhuhuhu. tok sah nak mengata aku lagi. Aku bukan zalim tak jemput korang kalo aku nak kawin. Ni majlis pendaftaran sbgai pelajar baru la dear. I'm as a student PJJ now. Alhamdulliah all going smoothly semalam.

Keputusan nak sambung beljr ni dah lama aku letak dalam life goal. Walau agak lmbat aku nak sambung sbb batch aku yang diploma sama dulu smua dah habis.. ke ade satu sem lgi gitu la..entah aku tak pasti. Jarang keep it touch dgn dorang. Apa pun best of luck.

Tak pening ke study sambil kerja? Soalan yang sama jugak berlegar2 dkt kepala ni. Mane dgn krja yang tak tentu masa, tekanan tempat kerja, bahagikan masa & so on la. Klas blm start lagi. So kerisauan aku belm berlegar lagi. Klas pon start bulan 10. So ade mase lagi untuk aku review balik ape yang aku dah blajar. 

Tu je la kot nak cakap. Sblm terlupa, korang MR.ARROGANT aku dah kawin. Bukan main cantik bini dia wei. Putih melepak orangnya. Congrat my Ex Boss. 

Ok bye dear.

Thursday, 2 April 2015

Saya budk comel

Hi uolsss..wah2 dh lama x updte blog trs gediks ko ye. *tmpar sikit pipi gebus ni*. bukan x active menulis dh cuma lbh suka dok layan orng lain yg menulis. Rase mcm best je cerita dorng and snang gilo nak paham. Bila aku baca balik aku tulis trs mcm hmmm menyampah + boring, patutla ramai x baca blog ko. (-_-) anywhere ini blog aku. Aku yg create, Aku yg jaga, aku yg merapu, aku yg syok sendiri..lantak pi la dak?

Ckp pasal paras rupa, aku bukan dlm kalngn gadis2 impian. Truthly, I'm quite cubby. Bila2 badan2 comel gini mmg susah nak cari 'someone'...kalo ade pon x tahan lama. Dalam keesokan atau lusa slps tu ko akan nmpk dia cuba lari anak2, seek and hiding. (-_-).  nmpk x permainam yg cuba dibuat?? Trs lagu FROZEN berkumandng ' Let it goooo, let it gooooo'. that why, bila jadi mcm ni self confident aku nak berhadapan dgn orng sekelilig terutama sekali dgn lelaki mnjadi sekecil2 zarah.

Pagi tdi dok borak2 dgn my sis and brother. Adik aku yg sorng ni diploma fotografi. So mmg keja assgmnt dia tangkap2 gmbor. Pastu dia ckp dia ade satu lagi sesi fotografi yg x amik lagi dan mmrlukan model. Pastu my sis suggest. 'Ha tu amik model ni.- tunjuk2 aku'. Ewah2 dia hengat aku cntik mcm natasya hudson kah?. Aku pon balas la 'akak mane cntik amik dia la- patah balik to my sis. Pastu berbalas balas la 'kamo la cntik' 'kamo lagi cntik'  and the end benda tu stop dgn mak aku ckp ' semua anak mak cantik, spe ckp x cntik ?'
So stop yg tang tu. Hnya jwpn tu yg mmbuktikan kitaorg mmg lawa - mata keatas. *mana nak sign kontrak jdi model*. hanya parent kita yg akan ckp mcm tu betul? So appreciate them. Kata2 dorng tu tulus dri hati xde selindung2 de. So always remember u are beautiful infront of your parents. Dri kasih sayang lahirnya kita dn kelahiran kita hadiah yg paling cntik dan indah. So pasak dalam diri 'aku cantik, aku cantik, aku cntik'...tapi special case untuk aku 'saya comel, saya comel, saya comel', - just for meeee. Sebb saya suka title comel dari cntik. Mihmihmih

Org yg berbadn 'comel' gak akan quite sensitive. Dan kenyataan itu sangat betul. Aku mengaku aku pon sama *muka sendu (-_-'). Tiap kali orng perlekeh or berckp sinis tentng aku tntng rupa paras aku..aku akan sentap. Sape yg x mrh or sdh kan bila kene mcm ni. Bila2 dpn2 org mcm ni kan, aku cuba x tunjuk aku sentap. Still aku blh gelak2 and and berwajah manis. Sbb kalo kita tunjuk yg kita lmh lagi2 dorng suka. Buat derk even sakit hati sangat.

As cnclusiom *ceh2 mcm karangn pulak*...jgn sesekali memperkecilkan orng2 lain. Orng2 cubby ni comel.

P/s : korg nmpk kotak bork sini tu dah gaib? Aku dh buang. So no advertising without my permision here. Tqtqtq

Saturday, 6 December 2014

Shopping time !!!

Most of women in this world like to shopping..but for me, "owhhh jgn bazir"... kalo aku duduk dlm kalngn pompuan2, aku akan suddenly menjdi 'halimunan'. Drng pot pet pot pet  pasl LV la, sales sana sini la bagai aku krik krik krik. Mase aku bljar x rase sngt kuasa halimunan aku tu, bila aku dh kerja ni baru aku thu kuasa aku gilee coollll. LOL kan?
Diorng tunjuk itu ini brng yg berharga beratus & beribu ringit, aku tunjuk brg aku yg berpuluh2 ringgit. Classs kan?. Aku bukan kesah pasl herga or jenama cukup bagi aku tutup aurat, mampu milik, cantik dan selesa sudh memadai.

Pernah sekali tu aku tman office mate aku pergi SOGO. Kebetulan aku bapok lama x pergi sana. Seingat aku kali terakhir aku jejak kaki dkt situ time umur aku 8 or 9 tahun, tu pon main game dkt situ pastu balik.

Dkt susur2 tu nampaklah maknyah yg desperste dok lambai2 dkt lelaki. Kalo aku, x sior teman. Sian dkt orng2 ni. Moga dpt hidayah wahai hamba Allah.  jejak je kaki aku dkt SOGO tu bapok ramainya orng. Psstu pompuan2 dkt situ mcm kene sampuk dek jembalang shopping. Sana sini dia capai.. Aku cuba follow office mate aku masuk dlm gelombongan manusia dkt bahagian hand bag. Aku langgar org tu, aku tersadung kaki la... Aku naik fadeup aku keluar dri gerombolan tu. Dan lastly...tmptkan aku adalah brsama lelaki2 yg menunggu isteri, gf , adik dan anak. Diorng pon macm usyar aku pelik je bila aku berdiri sma dn drng kan. Ehhh ehhh jap, Yang drng tu kenapa dkt sini? Bukan hari ni hari Jumaat? Bukan solat jumaat ke? -Shame on you more.

Time dkt kaunter byr dkt kaunter tu la ko akan nampak mereka yg tadi tersmpuk dek jembalang shopping tiba2 tersedar. Duti x cukup, creidt card erro dan bermacam2 card credit keluar untk dpt amount yg beribu2 tu. Benda mahal pon rosak, benda yg murah pon rosak..  bazir nye. Kalo renung balik dgn harga yg beratus or beribu tu kita mungkin blh beli untuk benda bermanfaat. Time sweap card credit mmg syokk..rase bagai dunia ini ana yg empunya. Tapi bila akhir bulan dpt bil, dunia ni bank yg empunya.  Berbelnja ikot kadar kemampuan.

Think smart and act smart. =)

Saturday, 13 September 2014

JODOH

Cakap pasal jodoh siapa yang tahu, siapa geragan, org mane, kulit ape, kerja ape and semua2 la. Jodoh akan menjadi satu issue yang sngt sensitif bagi mereka yang dah 30-an and masih lagi memegang status single. Aku ade kakak yang masih belum berkawin. Aku nak nyatakan disini aku bukan nak aibkan sesiapa dkt sini, cuma aku nak share dgn korang. Aku sebagai adik, kadang2 sangat rimas dengan manusia sekeling yang bertanya tanpa berfikir dengan waras dan menyebabkan mak aku terima tempias. Soalan common

"Bila nak kawin?"

"Tunggu ape lagi?"

"Ko bila lagi?"

And bla bla bla..Ni .takpe la lagi. Tapi kalo sampai soalan macam ni

"Mah (mak aku), sampai bila ko nak letak anak2 ko bawah ketiak ko ni?"

"Mah jangan memilih sangat menantu ni...."

See, sampai ke situ. Orang tu ingat JODOH ni mcam fairy tale agaknye. Mak aku hanya hayun tongkat sakti and wish "Nafisah kawin"..blink blink blink jadi. Or u ingt seng mcm ni "haa cik bungkus tu untuk anak saya yg sulung, hntr rumah, sekli hntran 11 dulang" U olss ingt mcm tu ke? Perlu aku tekan kan dekat sini, soal jodoh Allah dah tentukan..siapa kita nak cakap kenapa tu, kenapa ni... Bukan ke nabi bersabda "Telah sempurna separuh iman untuk umat ku apabila dia berkahwin"..(betulkan kalo salah). Usaha pon dah macam2 buat, dah takde nak buat macam mane? Ni dok memekak. Kalo dekat telinga aku, senang sikit nak kasi sekolah sama ini orang, tapi bila dia memekak dkt telinga mak aku. Mak aku ni dah la lembut je orang nya - lain sekali dri aku... senyumm je la and pendam. Pernah sekali mak aku dah tahan dia cerita yang dia pernah kene marah dengan orang kampung sebb biarkan anak tak kawin. Sampai ke situ isu kawin ni penting. 

Takde pulak isu anak tak tutup aurat, keluar malam dgn jantan, tak solat mak ayah kene marah kan? Agak2nya mane lagi isu penting? Macam Ramli MS kata la "saya kawin kot, bukan jual dadah"... 
Setiap si dara, tak sabar menunggu diri mereka di petik oleh sang teruna. Siapa yang tak nak diri di sayangi, siapa nak hidup menyendiri? Allah tahu ape yang terbaik untuk hamba2nya.. Soal jodoh bukan mcam main pondok2. Bila tak nak main takdela pondok, kalo nak main baru ade pondok. Jangan persoalan soal jodoh. Tunjukkan diri kita ni, hamba yang kuat yang boleh terima qada' dan qadar Allah. Okay. Till here.



Wednesday, 10 September 2014

thats me

Hai..Assalamualaikum. hope sangt aku ni rajin nak update..tapi apekan daya semua laptop dekat rumah dh lesap, bukan kene curi dgn penyagak tpi adik2 aku guna untuk futher study. Mereka lebih memerlukan.Nak harap laptop aku, tak abis belajar lagi dh lingkup. jadi conclusionnya aku dok rumah bernafas diam diam je la. Dlm hati abiss punah harapan aku nak make over blog ni. *sambil kesat air mata.

Skrgn ni, kawan2 aku semua dok sibuk belajar lagi, aku dh sibuk cari duit. Aku nak pegang and rasa fulus hasil titik peluh aku sendiri. Rase kesusahan nak cri duit, dulu dok mintak aje dkt kakak2..sekrng rasekan. Aku bkn x nak smbung tpi bila fikir competion yg bakal aku hadp bila dh grad nnti, aku jadi gerun bak hangggg. Aku dekan time diploma pon sekali je. Tpi bukan bermakna aku x nak smbung dah. Aku ade niat nak further study, tpi bila tu masih mencri masa yg sesuai. Pejam celikm pejam celik dah nak dekat setahun aku kerja. Cepatnya la...

Dekat tmpt kerja baru ni, Alhamdulillah..segala dipermudhkan walau ade a few mistakes yag aku rase semua budk baru akan buat. Biasela budk baru belajor. Skop kerja baru, suasana baru, team mate baru and most of thing aku dikelilingi olh jejaka2. Heeee2. Memag kerja aku menyengih je la. Dulu time baru masuk ckp tunduk je, mata tk bertentang langsung dgn drng smpai aku rase meja yg aku duduk dok buat kerja ni mcm kecik and rendah sbb dh nak berlaga dgn dagu aku yg cntik ni. Sekrng ni, taring aku dh start tumbuh..mane yg aku rase nak kene kasi sekolah, aku kasi kelas free...dorng pulak suka ngat nak menyakat aku. Tapi aku ok je, mereka2 ni serupa abg aku.

Dlm2 ramai2 tu aku rapat dgn dua tiga orng. Yg x blh bla ade sorg ni dia nak bahan aku memag ikot sedap tekak dia je. Ade ke patot dia pngggil aku langsir. Kurang dek asam. Alsan dia baju yg pakai besor x sesuai dgn aku. Stail aku pulak semua baju yg aku pakai jenis yg geloboh. Bagi aku pakai baju besor2 ni secure untuk diri aku lebih sikit. Tkde mata2 jahat nak pandng and bagi aku, aku selesa... lantk la nak ckp ape pon. ade sekli dia mntk dkt tolong dkt aku, aku 'husssshhhhhusssssshhhhhhhhsuhhhhh'-konon bunyi angin. Dia ulang lagi...aku buat bunyi tu lagi. Pastu dia dok panggil 2 lagi aku ckp " x blh tlng la, angin kuat sangt, langsir berkibar bang".. aku hengat dia nak tarik balik ckp dia tu..dia boleh pulak ckp adik pernh tgk tk raya x jadi, buat yg macm tu...ha3. Sengal gile. Btw aku yg paling muda dkt situ..semua dkt situ panggil aku adik.. alngkah mudanya rase. Ok la till here. Ni nak karang pon makan dua hari. Lps ni brapa hari pulk makan mase nak buat satu post.

Saturday, 8 March 2014

no caption just read

selamat berhujung minggu.... bila menjejakkan masuk ke blog ni, rase macam kusam je blog kesayang hamba ni. nak bikin penambah baikkan tapi tak dapat lagi concept yang sesuai. mungkin nnti la kot. buat mase sekarng ni saya sedang re-schedule kembali jadual harian, cuba untuk sesuaikan dengan masa yang baru dan tempat kerja yang baru. hopefully everything gone be okay. insyaallah.

kalo korang tertnya2 ape pengakiran kisah saya dengan Mr. Arrogant aka Arumugam tu.. kisahnya berakhir dengan baik, mungkin.. takde ucapan bye3, tiada ucapan selamat tinggal, semoga berjumpa lagi atau take care atau semoga kite berjumpa lagi atau ape pon dari dia. tau2 je dia dah takde dekat tmpat dia. bila saya tanya En.Farizal mane encik aku ni... jawapan dia

"kan awak tak suka dia, jadi dia dah pergi la"

ini untuk jawapan satu hari... untuk jawapan keesokkan hari bila saya  tanya dia

"awak dah mula rindu dia ke?"

keesokkan harinya lagi...

"kene bagitahu fenggo ni, nafisah dah start rindu dekat dia ni,"

ok, stop tanya dah. saya sebenarnya tahu dia dah pindah ke JB tu, tapi cuma nak buat pengesahan almaklumlah nak buat kenduri doa selamat semperna 'perpindahan dia'...ha3. jahat kan? TAPI saya ingat lps 'dia' dah takde...saya akan aman, rupanya idok... encik farizal pulak cari pasal. perangai dia sangat merupai si fenggo tu. saya selalu dengan selamba badak cakap

"encik farizal jngan nak jadi macam encik fenggo ea,"

dan setiap pergerakan saya menjadi pemerhatian "the shadow of fenggo tu"
saya buat ni dia tengok, saya buat ni dia tegur.. saya ape lagi

"nak jdi reporter si fenggo la tu"

"report la, saya tak buat kerja...report segala bagai dekat dia tu"

dia pon acah pegang handphone. ingat takut ke?

seminggu lepas dia pindah, ade makan2 jamuan sikit dekat department saya.
kakak yang saya ganti tu pon wassapp gambar kitaorng makan tu dekat 'dia'

pastu dia balas, kakak tu tunjuk la wassapp tu kat saya

"bla bla bla...." - last ayat dia "cakap dekat nafisah tu jangan nak tunjukkan sangat handphone putih dia tu"

at first saya mcam pelik. bila mase pulak saya  wassapp gambar handphone dekat dia. pastu saya buat tumbesaran (zoom) gambar tu.... sekali dekat hujung gambar tu terselit hanphone saya. hek elehhhhhhh. bukan saya tepek hanphone dkat situ. secara tak sengaja termasuk. kalo dia tak tenung satu2 takde orang perasan ehhhhhhh. nampak ngat dia rndu dekat aku - sambil libas tudung ke kanan dan ke kiri.

after that, seminggu dua macam tu la kot, saya pon di transfer ke KL. rezeki saya saya sebagai pekerja tetap. so far so good. alhamdulillah.

sebelum perpindahan saya ade wasaap mamat perasan bagus tu sebagai manusia yang reti berterima kasih sesama manusia. tak macam dia yang hilang gitu je.

"encik dot dot dot, saya nak ucapkan terima kasih di atas segala tunjukkan ajar, beri peluang dan ruang untuk sya bekerja dengan encik. kegarangan encik amat membantu saya"

lebih kurang gitu la. saya tak ingat, sebb tepat abis kerja last day saya dekat department tu..saya buang no dia dan segala yang berkaitan dengan dia. dan replynya pulak

"sama2. dan tunjukkan yang saya tak salah pilih awak dulu kerja dengan saya. tunjukkan dekat bos awak tu awak aka sale coordinator sebelum saya tu awak boleh"

ok ini sahaja pasal bos saya tu. this is the last post pasal Mr. Arrogant. lps ni takde dah kot. tak tahu la ade mr arrogant 2 pulak.

Sunday, 19 January 2014

kept it secret

kenangan adalah satu perkara yang dah lama berlalu. tak kira la ianya berlaku semalam, tahun lepas atau beberapa saat yang lepas ianya tetap akan menjadi kenangan sebab kita bukan boleh nak putar balik masa. kenangan tu kekadang mendewasakan kita a.k.a "saya" yang kekadang keanak-anakan lagi. pejam celik, sekrang umur saya dah menginjak ke 21 tahun. time kecik saya selalu cakap bila nak besar, bila nak kerja, bila nak ade duit sendiri and of course kalo perempuan nak hubby yang macam mana kan....that is normal life. dan kenangan mengajar saya erti kehidupan.  kenangan akan datang silih berganti. kalo cakap pasal kenangan i more prefer if you and i do not talk about it. biarlah ianya tersimpan cantik dalam kepala atau hati. sebab tak semua orang akan faham. jadi 'kept it secret'..

that all for today update. thanks

Monday, 13 January 2014

it will end

agaknya kisah saya dengan MA akan berakhir tidak lama je lagi. saya kalo ade rezeki sambung lagi kerja dekat situ, insyaallah dan MA saya pulak akan bertukar berpindah menjadi Branch Manager dekat batu pahat, johor. bkan berhenti cuma di naikkan pangkat. macam sedih pulak rasenya. lepas ni dah takde la orng menyakitkan hati saya dengan kata2 yang pedas lagi berapi dan tiada lagi arahan "Nafisah itu...Nafisah ini...Nafisah Nafisah dan Nafisah". rase aman tapi mungkin akan rase kekurangan tu.

MA : awak nak kerja lagi tak dekat sini? 

sebab kontrak saya dekat syarikat ni dah nak abis.

N    : hmmm, nak.

MA : Bos pon ade suruh saya carikkan awak kerja permanent dekat sini. nanti saya carikkan

MA : naf, saya akn berpindah ke batu pahat jadi branch manager dekat sana.

N   : saya tahu.

MA : macam mane awak tahu? 

N   : saya tahu dari orng dorng-dorng ni.

MA : lain kali jangan dengar dari orang dekat2 sini. melainkan dari saya. 
    28/1 ni saya last dekat sini dan lepas ni awak akan
    assist dengan encik H (bos saya yang satu lagi)

N  : bukan encik last 1/2 ke?

- sebb dari gosip yang aku dengar dorng2 ni kata

MA : saya start kerja dekat sana 1/2 sya berhenti dekat sini 28/1.
     lagi pon saya kene sign document amik mandat dari BM yang lama nak pindah ke sana lagi.

N   : encik haaa..

-time ni pulak saya boleh nak tersasul nak panggil bos saya yang satu lagi. sya pernah tersasul sebelum ni dan dia kata "saya ni ade muka dia ke"..tapi yang paling mengejutkan dia cakap macam ni

MA: .takpe, biasa kan dengan nama dia sbb awak akan bekerja dengan dia. kalo awak tengok sekarang ni pon semua kerja saya tolak dekat dia, macam separuh gila saya tengok dia dekat sana. tapi saya nak dia berlajar bila saya dah jadi BM saya nak dia mahir. 

pstu ade la borak2 sikit.. 

semalam saya nampak dia dah start amik kotak nak simpan semua barang2 atas meja dia.. saya pandang dari ekor mata je dia start mengemas. time nak salotape kotak tu dia mintak gunting la dan segala bagai dekat AA yang satu lagi padahal saya AA dia ni dia buat derk je. Pastu aku dengar la Encik farizal cakap

EF : ko memang ignore terus naf kan?

semua kat situ dah tergelak2 dah.

MA : aku bukan ape aku taknak naf nanti terasa aku takde nanti. aku nak dia biasa

aku dah gluppppp...telan air liur bnyak2. pastu encik farizal tu ade la cakap something yang saya rase macam nak pelangkung kepala dia. tapi saya tak ingat ape. something yang macam "nafisah tu ade cakap something atau dengan kata lainnya saya ni ade termengumpat si MA tu. aaahhh sudah... saya dah start risau dah. 

MA: kenapa dia mengumpat aku ke?

owhh nooooooo...saya pandang encik farizal tu dan menunjukkan sign jangan teruskan apa yang dia nak kata.

EF : nafisah dia tak sedih pon nak tinggalkan awak
N   : ade saya kisah. biarlah dia

smua orang dekat situ dah  "woooooooooo...."  nasib baik MA tak dengar. 

saya sebenarnya senang untuk bekerja dengan si MA ni. tapi bila tang dia nak buli saya tu saya rase geram tahap gaban. bila dekat rumah saya ade jgk merungut dekat kakak2 saya. saya cakap dia mangkuk. kakak sya cakap

"kalo dia mangkuk kamo tu adalah sudu. mangkuk kalo kita letakkan kuah dalam dia. macam mana kita nak keluarkan untuk makan?. kita perlukan sudu untuk kita hirup dan makan sampai kenyang. jadi mangkuk tu takde pape melainkan dia hanya sebagai mangkuk.kamo tu adelah pelengkap. tanpa kamo dia takde pape. faham?"

saya sangat setuju dengan kata2 tu. sebab bos adlh pentadbir dan saya pekerja adelah pelaksana. kalo hnya ade pentadbir takde pelaksana macam mana kerja nak jalan. dan bukitnya saya nak mintak cuti tak pernahnya dia nak approve dengan alasan "sapa nak jaga opis?" nampak?...ha3. ok la till here.. 





Tuesday, 10 December 2013

MA tu bos aku

As Salam and very good night to all. I’m back bloggers. Walaupun tak selalu dan sekerap yang di janjikan. Cerita ape pulak la kan yang nak saya share kan untuk update ni. Cerita terbaru saya dengan Mr.Arrogant? harus ade ok, dah confirm terpampang dekat tajuk kan. Korang pun mesti tertanya ape khabar saya dengan dia.. ape yang boleh saya cakap, saya semakin benci + menyampah tahap meluap-meluap macam gunung berapi yang active tu.

Bila pikir ape yang MA(Mr. Arrogant) tu dah buat, nak saya duku kepala dia biar elok sikit. Takde la menyakitkan hati memanjang. Panggilan saya untuk dia dkt pejabat Encik A…(nama dia tak boleh sebut). Dan ramai pulak yang macam pelik tahap macam tengok gajah terbang atas kepala. Bila saya dok panggil dia Encik..Encik…Encik.. ade la makhluk ni, mengajuk cakap saya. Bagi saya panggilan Encik tu adalah satu panggilan yang biasa dan formal bila kita berurusan dengan orang yang lebih tua dan berpangkat. Sampai ade yang cakap, ‘dik tak payah la nak formal sangat dengan A tu..dia tu bukan bagus sangat’. Bila orang dok persoalan kan panggilan saya untuk MA tu, saya dok tertnya2 MA aku ni memang teruk ke? Pastu tiba-tiba otak saya berfikiran dan menjawab secara drastic nya ‘memang teruk pon, takde respect dgn orang yang lebih tua dari dia. Dengan orang yang layak dipanggil ayah pon dia panggil bro..bro..pastu bahasa diri aku kau..aku kau…mulut memang tak payah cakap la. pakai leps je. memang patut’. Tapi perkara yang aku respect MA aku ni, solat sangat dia jaga, pemurah dan dia ade ilmu agama dan boleh dikatakan dia akan share dkt semua staff lain bila ade masa kelapangan. Cuma slack dekat tadi tu.

Sepanjang minggu ni perkara yang paling saya menyampah bila dia suruh saya tolak troli yang banyak barang. Atas troli tu ade beras dua guni, 3 kotak barang yang bersaiz besar. Mana pergi sifat ihsan kepada insan yang comel lg ayu macam saya ni?. ade kepatut? Pesanan untuk tolak troli tu sya terima dari bos bahagian lain (sama level ngan MA saya). dia cakap

“nafisah, bos awak panggil turun bawah suruh angkat barang sikit.”

“Ok” mungkin kotak kecik atau document ke hapa.

Tiba2 “naf, bawak sekali troli ni”  

“biar betul encik tu nak saya tolak troli ni?...encik faizal tipu ea?”

“tak, bos awk yang pesan”

Jadi dgan langkah yang ternya-tanya saya sampai ke destinasi parking kereta. Saya Nampak MA saya bawak kereta panrking depn saya dan dengan selamba badak sumbu dia tanya

“bawak troli?”

“Ade”

“mana?”

“Ade tepi tu, takkan nak letak sini pulak”

Dia pon angkat2 brang tu susun atas troli. Dan dengan selamba badak berendam pulak

“naf, ko tolak troli ni naik tingkat atas”

 “saya ke yang kene tolak ni? bukan saya hanya tolak troli kosong je ke? Bapok beratnya nak tolak sorang ni”

“takde dalih-dalih..saya suruh awak tolak, bukan suruh awak angkut benda2ni naik atas”

Nampak? Sekali lagi dia bersikap kurang asam boi dia dengan saya. Nasib baik ko bos aku, kalo ko bukan, memang aku tolak tepi troli ni. Dan dengan sedaya upayanya saya tolak troli tu dengan penuh bergaya. Sampai dkat department saya orang2 dekat situ cakap “waw perempuan yang buat” ade pulak yang cakap “siannya dia”. Rase macam artis pulak saya sekejap tapi hati aku berbulu je. Ni semua gara si MA tu. Kalo nak suruh AA angkut semua ni, baik amik AA lelaki dari amik saya. Kuderat perempuan kan lain dari lelaki. Sepanjang saya kerja dekat situ, saya dok perhati kalo nak angkat benda yang ringan pon AA lelaki yang akan tolong. Yang pnting saya sedang bersbar dgn dia. Bila time saya nak kene tukur jadi AA dept lain. Kalo boleh saya  tak nak tengok batang hidung, mahu pun bayang atau nama dia bermain di sekitar kawasan saya.

Esok cuti, and khamis sehingga keminggu depan dia tak masuk office. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!.
Till hear. Bye2



Sunday, 1 December 2013

Mr. Arrogant aka "bos kecik aku"

Selamat malam wahai penggembara blog. sorry kerana sudah sekian lama saya tidak meng-update blog ni. Time study dok kata saya busy dengan study, sekarang pon dok busy lagi ke? memang busy la nokkk.. i sekrang dah kerja. selepas sebulan jdi body builder (tembamkan badan), akhirnya saya diterima di sebuah syarikat di sungai choh.. Sorry to my dear friend Aiman Asyran sebab janji saya tidak dapat tepati. saya telah capatikan janji saya. saya tiada masa yang lapang untuk saya bertandang dirumah anda. insyaallah jika ade masa yang berlebihan saya datang seperti yang telah dijanjikan okay =)

bila dah kerja ni, of course sangat sangat berlainan dengan dunia belajar. dulu time belajar perkara yang selalu bermain macam ditaman permainan adalah 'bila nak abis belajar ni'... tapi sekarng dah kerja 'bila nak dapat gaji ni'..heeeee. dan bila dah kerja, you don't aspect ape yang korang belajar time belajar tu korang akan apply. hanya dalam 10-20% sahaja. so be prepared okay.

ni nak story sikit sebelum masuk ape yang saya masuk cerita yang sepatutnya, lepas abis belajar aritu saya ade la try tanya-tanya kerja dkat area rawang. tapi  tak la banyak, ade dalam 3 kedai kalo tak silap.. tapi yang paling saya ingat sampai sekarang, saya ade walk-in interview dekat satu kedai pizza ni. ape yang saya nak tekankan dekat sini saya dilayan macam tak layan je. saya menunggu orang yang nak interview saya tu nak dekat  30 minit okay. dengan alasan ade hal. okay mungkin la.. tapi seingat saya, time saya masuk je kedai tu saya ade nampak orang tu, tapi bila saya cakap saya nak cari kerja dekat salah seorang pekerja dekat tu..dia terus bla gitu je dengan alasan yang saya cakap tadi tu.. jadi dengan hati yang pasrah saya pon angkat la kaki balik rumah. pastu kakak saya cakap macam ni 

K : kan dah cakap, orang macam kita memang orang susah nak amik kerja
H : dah kenapa pulak
K : orang sekrang ni nak cari yang tak pakai tudung...bukan macam yang kakak pakai sekrang ni.  (bertudung agak labuh)
H : lagi pon dorang nak yang boleh pakai baju ketat, tide-in baju..kakak boleh ke? tak nak kan....jadi dengan cara tu la dia tunjuk yang dia tak nak amik kamu. alasan itu dan ini sehingga kakak faham-faham sendiri akak langsung tak sesuai untuk kerja dekat sini..dan pergi begitu je macam sekarang ni

ape yang saya boleh cakapkan...saya agak kecewa. adakah saya hidup dizaman jahiliah? orang yang menutup aurat dipndang rendah sangat. that make me so so so disappointed..

ok, sekarang nak story mory pasal kerja saya sekrang...ape yang boleh saya cakapkan. kerja memang best.. dengan orang-orang sekeliling yang banyak beri tunjuk ajar. tapi yang jadi masalah bos saya MR ARROGANT tu. dari gelaran tu korang dah tahu kan sebab ape. daru first saya jejakkan kaki dekat ofis tu dia sangat sangat berlagak. pernah sekali saya kene book flight dia nak pergi outstation. computer saya pulak tak connect internet jadi terpaksalah sya meminjam dia punya. saya ingat dia ni gentel la nak kasi saya pinjam kerusi dia nak pinjam duduk sat...tapi tahu ape dia kata? 

"duduk la...tapi amik kerusi sendiri"

dalam hati saya..'kureng tol. ko hengat aku kebulur ke nak duduk tempat ko??... 

pernah jugak dia cakap macam ni

"naf, ko dah buat kerja ni...kerja tu...kerja kerja bla bla..."

saya pon jawap la dengan muka ketat "dah, semua dah"

"dah? bagus....then dia cakap ni "ape lagi yang aku nak cari kesalah ko ni?"

pehhhhh...sabar2. nasib baik ko ni bos aku...kalo tak, dah lama ko kene penangan mulut berbisa ni

untuk makluman korang bos aku ni muda lagi. jadi mungkin faktor usia muda tu menyebakan dia sangat menyakitkan hati....dan saya ni pulak selalu la jugak  menjawabnye. sebab dah geramkan. mana nak tahan dengan mulut dia je. tapi setakat ni masih lagi bertapis..esok kerja.....malasnya -__-

till hear..we will meet again. good night


Thursday, 31 October 2013

Congrats Bro!!!

Assalamualaikum. Selamat datang semua ke kampong alam maya saya ni yang beratapkan screen bahagian atas laptop anda dan berdindingkan screen anda yang berkilau ni. pertama sekali saya nak mintak mahap la ye sebab kelambatan untuk saya meng-update blog ni. sekarang dah minggu ke-2 saya dok rumah baru nak update…masalah kekangan masa yang mengalahkan menteri menyebabkan saya tidak punya waktu dan mahapkan la manusia ini. Ok entry kali special case sikit sebab ada gambar-gambar yang bakal menghiasi blog saya ni.. selalunya hanya tulis cakar kucing(cantik sikit dari cakar ayam) je yang ada..

First come first, cerita pasal my big brother dulu. Sabtu lepas abang saya dah ‘Truly official grad as UNISEL student’. Wooohooo!!!! Dalam keluh-mengeluh dia ‘bila nak abis, bila nak abis’ dah grad dah abang aku sorang ni kau. I happy for u. Segala perit getir seorang pelajar telah berjaya dihadapi dan ini lah hasilnya…

Dalam perjalanan ke UNISEL BJ (batang berjuntai)

Me and my Brother


Lepas amik gambar ni kita orang buli mak....

Mak: nak buat ape pakai jubah ni…

Kitaorang bukan kira terus je pakaikan….

Mak: korang ni buat ape ni?
Kitaorang: mak pakai je la amik mood convo…
Mak: Convo apenya?
Kitaorang: Convo la membesarkan anak-anak, mendidik lagi sampai jadi mcam somei and pandai macam ni..
Mak: Mak layan je korang ni


Sian mak dah kene buli. Tapi sekali sekala je kene buli kan mak bila lagi 

Muka terpaksa layan budak-budak nakal ni
Sampai sini dulu…baru nak amik angin nak tulis balik blog blik ni, jadi mahapkanlah budak yang ‘macam santek je…macam somel ni’…heeeeeee

Saturday, 21 September 2013

mentally exhausted

mental exhausted.. itu yang saya blh cakap sekarang. terasa sngat penat dgn semua assgmnt, test dan segala seranah bila nak abis diploma ni. ehh jap, nak abis dah study? kira jap ye, 2011 sem satu.... sem dua..tiga, empat 2013 lima.... eahh betul la.. nak abis study la. yeahhhh..leps ni blah la stado je...

minggu dpn rabu dah start final... fuhhh. subject killer yang saya rase sangt memenatkan adalah akaun. Akaun ni membuatkan saya hidup tak imbang sebab nak imbangkan akaun.. makan, tido borak semua tak cukup. kan tak imbang tu.  lecture saya cakap, kalo akaun tak imbang tak masuk syurga... sebab kan tu la hidup saya tak menentu sekarang ni. ade yang tanya saya "ko amik akaun tak masa seklh dulu?". "amik". "hmmm, tak masalah la ko nak jawab akaun" "tapi aku drop". alahhhh mcama orang break up la. tak serasi tinggal kan je. tapi dkat u ni meghdp lagi. memang tak blh lari. weng-weng dah otak ni. JODOH betul. redah je la. insyaallah A+ dalam tangan.

smalm time tgh study law, sementara nak ilangkan ngantuk saya borak dengan roomate.

dia : "kalo aku dah kawin nak panggil laki aku apa ha? ko panggil ape nafisah"
saya : "abang"-sambil menyengih seperti kerang busuk
dia : "a'ah la..biasa la kan"
       "kalo ko pilih laki, ko pilih yang selamat kan ko
       (selalu ade bila ade masalah) or orang lain?"
saya: "tak kisah yang penting dia sayang aku and trima
     aku seadanya aku, tgr aku blh aku bt salah dan selalu ade dgn aku"
dia : "kalo ko, ko nak ditinggalkan atau ko tinggal dia.?"
saya :"ditinggalkan.. aku tak nak menyesal nanti di kemudia hari.  TAPI            kalo dia buat zina or yang seanggkatan dgnnya aku akan chow dulu"
dia : "perkara yang ko nak jadi kebiasaan dalam rutin bila dah kawin?"
saya : "aku cium pipi dia bila kita orang nak pergi kerja. aku nak dia tahu         aku sayang dia...kihkihkih"
dia : "kalo kawan baik ko tu jadi laki ko macam mane?"
saya : "tak kan... aku tahu dia. dia dah cakap dkt aku dia minat someone"
dia : "kalo jadi ko dgn diajangan lupa jemput aku"

ini hanya gurau kosong. bercerita pasal kawin dan impian selepas kawin adalah perkara common orang pompuan bila tak de modal nak cakap..... soal jodoh ni kita tak tahu. saya blh je cakap saya nak laki mcam Adi Putra, tapi kalo tu bukan jodoh saya. saya kene terima. saya pernah mencuba untuk propose dulu  seorang laki, tapi saya di tolak. satu pengalaman untuk saya dan saya terima. sebab saya tahu dia bukan untuk saya dan ade yang lebih baik menanti... ramai kalangan kawan saya dah start risau pasal jodoh. Jodoh Allah dah tentukan jadi jangan riso pasal jodoh kalo tak kawin lagi. kalo baya-baya saya ni dah dok risau.... hmmmmm saya pon dah kene start buat-buat risau ni... wahai adam ku di manakahdi kau??????

teringat pulak lagu IJAB dan KABUL.
 aku akan menjaga mu
semampu dan serbi satu
aku trima kkurangn mu
dan aku tak akan mengeluh
kerna bagi engkau la nyawa ku....






Saturday, 10 August 2013

salam aidul fitri

sekarang menunjukkan jam 7 petang. hari ni raya yang ketiga. semalam raya ke-dua kitaorang dah berangkat pulang ke rumah kerana bajet cuti yang ciput (cuti raya 4 hari je) ceettttt...

maafla ye saya sangat jarang nak tulis menulis di blog ni. saya macam kekeringan idea nak mencoret  dekat blog ni. asal bukak tutup balik, asal bukak merayau-rayau dekat blog orang dan tutup, ade mase bukak scroll gitu gitu je tutup balik. sekarang ni saya menulis dekat blog ni pon sebab saya dah boring nak buat asgmnet. sape yang tak boring kan orang dok raya kita dekat depan laptop ni search itu ni. bukan nak merungut tapi luahan perasaan. kalo saya merungut bukan boleh siap pon kerja tu.

dalam saya men-search, saya ternampak satu link blog yang tercatat pasal green environment. ape yang menarik sngat pasal blog ni adalah orangnya dan tulisan dia. heeeee (gatal). takdela, saya baca benda ni sebab  relate dengan assgmnt saya. so nak tak nak kena la menghabiskan baca untuk mencari input kan. scroll kebawah sekali ade gambar kecik and sikit pengenalan tentang si penulis. what make me suprise orang yang menulis tu adalah lelaki cina. sweet gila muka dia. adakah ini cinta? ha3. macam tak percaya dia bercakap tetang isu-isu semasa menggunakan bahasa English yang sangat bagus. honest dari saya,bukan nak discriminate ke hape ye, biasanye orang cina ni kurang sikit kesedaran tentang environment dan mane nak cari personal blog orang cina. populasi doraang sangat la sedikit. jadi ini adalah satu penemuan baru, perlu masuk dalam book discovery. heeee

cerita pasal raye, kami hanya beraya sangat sedarhana. raya pertama saya pakai jubah dan raya kedua tu pon saya pakai jubah. yang lain hanyalah tudung saya, saya pakai shawlllll, sejarah baru ni. sebelum ni saya tak pernah nak pakai shawl sebab saya tak tahu nak pakai. sekarang ni, saya dah tahu jadi saya sangat suka......

tu je la setakat ni. nanti2 saya sambung. dah magrib ni. selamat solat semua. Assalamualaikum dan salam aidul fitri. maaf zahir dan batin =)

Wednesday, 3 July 2013

semua dalam kekuasaan-Nya

Selamat bertandang kembali di blog ini buat anda-anda yang merindui saya… hari ni just nak cerita sedikit perkembangan saya. enjoy reading ya!

Pada 9 jun yang telah lepas saya telah kembali ke kampus UiTM Pahang untuk menghabiskan diploma saya. Alhamdulillah keputusan sem lepas tak menghampakan. Boleh la merasa naik pentas sem ni. he3. Tak sabar rasanya.  tapi malangnya selepas seminggu berada di sini saya kene balik untuk berehat di rumah kerana masalah kesihatan selama 2 minggu. (I got sick and got 2 weeks mc- dengan dua jari di mata dan mulut terjebik-jebik)Hu3… masa tu rase mcam sangat down dan risau dengan ape yang bakal terjadi dengan pelajaran. Tapi , sebenarnya mcam seronok dok rumah sebab hanya golek2, makan ubat dan menghadap tv.he3….

Setelah dua minggu ber-honeymoon saya dekat rumah tu,  ahad 31 jun, saya pon pulang dan mula la saya rasa mengelabah dengan ape yang bakal terjadi bila saya balik ke kampus. Sepanjng perjalanan nak balik ke kampus ni, otak sangat ligat berfikir; assignment, tutorial, lecture, presentation dan macam2 lagi….
Pada hari isnin 1 Julai ; iaitu keesokan hari selepas saya balik, saya ada Test speaking untuk muet. Banyangkan la, hanya prepare sikit2 dekat rumah, tanya budak2 bilik yang ade pengalaman, dan sedikit ilmu dari sem-sem lepas saya pon melangkah untuk test muet. Dan….alhamdulillah amik muet sangat syok.  Satu pengalaman yang baru untuk saya bergaul dengan orang yang tak kenal dan bekerja untuk masing-masing punya markah.  Dan Alhamdulillah jugak sebab, group saya sangat supporting dan sangat membantu

Dan untuk pelajaran saya yang tertinggal saya terpaksa nak kejar balik. Walaupon a little bit hard untuk saya cover 6 subject untuk 2 minggu, dalam satu minggu ni. so dengan ini saya harus work smart dan tanam dalam kepala hotak ni –Allah tidak akan menduga hambanya kalo bukan dalam kemampuan dia.  At first memang rase sangat siput dan sangat jauh perjalanan saya untuk saya mengejar pelajar yang agak jauh ke hadapan. Tapi bak kata orang “plan-plan kayuh”. Jadi setakat ni alhamdulillah… mana yang macam blur atau dengan kata saintifik tak tahu langsung dah boleh faham dan ingat. Alhamdulillah. Dan untuk member-member saya yang saya sangat kasihi dan sayangi terima kasih sebab banyak tolong saya. jasa dan budi baik anda sangat dan amat saya hargai.


Dan moral of the story untuk entry hari ini ialah, Allah tidak akan menguji seseorang itu jika bukan dalam lingkungan kemampuan dia. Dan segala yang berlaku pasti ada hikmah dan bersangka baik dengan Allah sebab dia lebih mengetahui hambanya. Sepanjang masa dua minggu saya cuti tu, saya temui sesuatu dan cuba untuk perbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik. Jika saya tidak dapat jadi yang terbaik, saya akan cuba untuk jadi yang baik. Insyallah.  Dan most important is never give up !! till hear my writing. AsSalam..

Saturday, 1 June 2013

saya tak sombong

wah...tajuk bajet-bajet artis ni...ha3...sekali sekala je. bila lagi.
ini lebih di tujukan kepada kawan-kawan sekolah saya yang dah lama saya tak jumpa dan yang kawan dengan saya gitu-gitu je (tak rapat)....

terlebih dahulu, saya nak mintak maaf kepada mereka-mereka yang terasa dengan saya. mungkin saya ade terjeling, termasam, tertarik muka dan mungkin buat tak layan je bila korang senyum dekat saya. sepuluh jari saya susunkan mohon maaf. seriously saya memang susah nak cam muka orang yang kebanyakkannya berubah 360 darjah. ye la ade yang makin comey, ade yang makin tinggi, ade yang bermekap sakan dan ade yang ..... faham-faham je la. so saya sangat susah nak cam korang kalo bertembung.

contoh ade saya jumpa kawan sekolah ...dan dia kategori kawan gitu-gitu je. saya memang tak cam dia sebab kelainan stuktur muka dan keadaan mekap yang sangat tebal. saya perasan dia ade senyum dekat saya tapi saya buat tak tahu je masa tu. sorry sangat... bila saya fikir-fikirkan balik baru saya ingat sape dia, tapi still tak ingat nama.

so untuk kebaikan kita bersama di masa akan datang, apa kata kalo korang cam saya dekat luar sila..sila panggil nama saya dan perkenalkan nama anda. mungkin dengan cara tu saya akan lebih cepat nak rewind balik dan bayangkan muka korang time zaman sekolah kan senang. jangan nak sesuka kata saya sombong. tak kenai maka tak cinta cik oii.. he3. kalo tak mahu jugak pakai tag nama besar-besar. SENAH BINTI SEMPOT. senang orang nak ingat. tapi sape nak buatkan. kalo saya, saya pon malu.

till here my writing....assalamualaikum

Wednesday, 29 May 2013

telatah saya...

Bila dah malam dan tak tahu nak buat ape, saye saje nak dudk borak dengan abi (asyraf)… dia ni senang nak ajak borak dan boleh di katakan adik yang soleh cuma dia pantang…………. nak tahu ape dia pantang? Sila la baca dekat bawah ni. Tah macam mana boleh sampai ke topic dekat bawah ni..

Saya : abi, kamu ingat tak budak yang tumpang kita pergi sekolah dulu?

Abi: sape?.tak ingat

Saya : ala…anak datuk tu, yang $#*!^ (ni bukan mencarut, ni nama hamba Allah..tak boleh sebut) suka tu.. adik dia bayer kamo, bajet2 je tu..

Abi: ohhh..anak datuk tu. Nape?

Saya: kan dia ade sorang abang yang hensem kan..

Abi: ha? Mane? Yang senior abang (adik aku bahasakan diri dia) tu ke?

Saya: junior kakak (muka berlagak) dia belajar mane sekarang?

Abi: entah. tapi dia kan orang kaya, mana2 pon bleh nak blajar

Saya: tu la untung dia… dulu time akak form 5, $#*!^ kan minat dekat dia. Dia tanya akak sape budak tu. Dia cakap budak ni comel la hape tah. Mula2 akak
buat do no( x amik tahu) je, tibe budak hensem tu tegur akak dekat depan dia.
Terkejut si  $#*!^..Ramai gak yang terlopong time tu. Ye la akak time tu
tahu-tahu je la macam mana kan, tibe ade budak hensem tegur akak tak terkejut dorang….ha3. hensem...hensem (sambil senyum sorang)

Abi: walaupun dia hensem tapi dia pendek la kak

Saya: tu la..

Abi: senior abang tu…..

Saya: junior akak…

Abi tengah bersabar dengan kakak dia yang comel ni… dan sambung

Abi: dia pon ajet2 je. Same macam adik dia.. time tu senior abang..
(tak abis cakap lagi)

Saya : junior kakak….(saje nk menyelit, muka dia lagi tak puas hati)

Abi:  ramai gak yang minat dia…senior..( tak abis lagi)

Saya: junior kakak……..(sekali lagi)

Abi: hahhhhhhhhhhhhh…..pening cakap dengan akak ni. Junior la senior la. Pegi tido la !

Nampak, dia cepat tension bila saya suka putar sikit ape dia cakap. Tu la pantang dia, Jjangan putar belit cakap dia. Ye la….nak guna senior untuk refer dalam conversation kitaorang, kene ade junior. Baru ade geng kan. Senior untuk dia, junior untuk saya. Memang saje nak bakar darah dia sebenarnya. Beruntung la sape dapat kakak macam saya ni. Saya suka lepak, sporting,ambil berat, open minded dannnnnnn bakar darah..ha3.

Masa ni je la nak bergurau dengan adik2. Saya kan belajar jauh. Nak cakap dalam tepon, kedet habis la jawabnya. Saya kalo borak dengan dia bukan boleh sekejap-sekejap. Macam-macam saya tanya, pasal awek dia, shat, buat ape, ade benda nak cerita tak, yang lain macam mana dan segala-galanya.. sampai dia yang cakap… “dah la kak, dah lama ni. Jimat-jimat. Nnti balik cerita lagi”….

So dia di kira beruntung la tu dapat saya… tettttt..naik lift tekan nombor. Tu je buat update untuk hari ni. Have a nice day…



Monday, 13 May 2013

I'm back readers.!!

Selamat pagi buat kalian.....

Mesti ade yang tertnya-tanya mana lah penghuni blog ni. Dah berabad lamanya menghilang....sekarang, tadaaaaa i'm back..

Today just want to share something yang sngat pendek. so enjoy reading

Hari lepas ade yang kawan saya tanya time kitaorng tengah chating..

Kawan : ko kalo menaip memang suka penuh kn..
Saya : napenya....? Kan bagus
Kawan : takde la aku perasan lama dah tpi ni baru aku nak cakap
Saya : owh... dah style aku gini. LagI pon kan senang ko nak faham. Dan jangan di lupa aku ni budak office management (om) dah tntu2 aku kene menaip penuh dlam segla kerja aku..

 Ni antara perbualan saya.... make it short here,saya sangt suka kalo berchating menaip penuh. Sebab saya blh practice menaip laju kerana bdk om skill menaip laju tnpa sebarang error adlah satu kemestian. So practice make perfect .lagi satu yang sya nk tekankan dekat sini... sya tak suka perkataan yang di tulis macam mengada2 dan saya category kan ini s3bagai bahsa pondan, mcam nya jadi nyew.. saje jadi jew... aku jadi aq dan macam2 la perkataan yang pelik2. Kalo ade member sya  yang hantar gitu boleh pening jugak la nak translate jadi bahasa melayu tulen. Kekadang bila dah begang tu sya mintak je dia tulis dlm bahasa melayu yang penuh.....

Kalo anda malas sangt nk menaip guna aje short form tp makesure orng tu faham.
 Mungkin ade yang ckp saya ni kuno, ketinggalan zaman or what ever yg seangkatan dgnnya. This is me. So till here. Tata =)

Sunday, 14 April 2013

saya pilih.....

memandangkan musim pilihan raya semakin hampir...soalan famous yang orang dok tanya saya

"ko pilih mana"

"perlu ke saya memilih"

"mesti la...ni la yang akan menentukan masa depan negara"

"kalo saya tak pilih tak boleh ke?"

" ko mesti pilih, setiap satu undi tu membawa makna and bla bla bla......"

saya mendengar setiap apa yang dia cakap sampai akhirnya......

"pilihan saya bukan dikira pun, saya tak cukup umoq lagi"

ha3. nampak tak. kalo nak buat kempen pon agak-agak la. tanya nama dulu, dok mana dan yang paling penting tanya umor tak pon tanya "ko dah boleh undi ke?" takde la nak bazir air liur terang dekat saya bla bla.... tapi walaupun saya tak cukup umur, saya amik tahu jugak tentang politik negara kita. tak nak la dikatakan katak di bawah tempurung. lagi pun, bila dah masuk universiti ni...banyak jugak saya tahu pasal dunia politik.

dan abang saya tahun ni adalah tahun pertama dia akan mengundi. tapi yang macam pelik tu, ade wakil parti (tak blh sebut nama) datang rumah cari abang saya.

wakil parti: "saya wakil ......... saya datang ni nak tahu awak akan undi siapa untuk pilihan raya ni?" 

abng saya: "undikan rahsia. kenapa saya kene beritahu puan pulak?"

wakil parti: "saya bukan ape, kalo adik undi parti ni, banyak pedahnya, adik akan bla bla bla....lagi pun parti ni dah banyak tolong kita"

"macam ni je la. saya kasi adik masa pikir apa yang saya cakap kan tadi tu. lepas magrib nanti saya datang balik untuk tahu jawapannya"....

so macam mana korang, kalo korang dekat tempat abang saya... korang nak bagi tahu ke? tak mahu? bagi saya la, ni apa yang cakap akan cakap... tak perlu la sampai begitu nak tahu pasal pengundi baru. Pengundi ni kan ade hak. kalo ye pon abang saya nak pilih parti lain kenapa? dia ade hak...so tak payah nak sibuk-sibuk tahu la. lagi pun UNDI ADALAH RAHSIA.... saya repeat UNDI ADALAH RAHSIA...

lagi satu saya tak berkenan, kalo parti-parti politik ni menabur fitnah ini dan itu. berdosa besar bila kita menabur fitnah dekat orang. bukan dapat paeda... kalo menang pon dekat dunia, dekat akhirat bersiap sedia la anda si penabur fitnah. lagi pun, pengundi sekarang berilmu. jangan samakan lagi pengundi dahulu dan kini. banyak sangat bezanya. saya nak nyatakan di sini saya bukan belah mana2 parti politik. saya sokong mereka yang menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan. 

Sabda Rasulullah:

kamu sekalian tidak akan tersesat jika kamu sekalian berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah.

 saya tidak menyokong mereka yang memperjuangkan sesuatu yang nyata hanya untuk dunia sahaja. 

saya sebagai bakal pengundi untuk lima tahun lagi, saya kekadang terfikir, sampai bila parti kita nak jadi macam ni. dia tabur fitnah dekat dia, dia ni pulak sama fitnah dekat orang ni. macam tiada penghujungnya. sapa la saya hendak untuk orang mendengar apa yang saya kata kan ini kan. 

apa yang penting bagi saya ilmu. nak menjadi pemimpin perlu ade ilmu, nak mentadbir perlu kene ade ilmu dan  untuk menulis dekat blog ni pun kita perlu ade ilmu. kalo sekadar cakap membabi buta tak de guna... saya cakap ni, bukan saya nak cakap ilmu saya tinggi, ilmu saya ni kalo nak di ukur hanya sebesar hama. 

dan pesanan saya bagi mereka-mereka yang terlalu taksub dengan parti sehingga menyebabkan anda bergaduh, saya rase patut di perbaiki sikap tu. okay. 

Till hear my writing. Thanks for reading. Assalamualaikum.


Sunday, 24 March 2013

santai petang ahad

Assalam..hai.. arigato...annyeong and vanacam.
selamat ketemu lagi para pembaca blog yang saya kasihi...alhamdulillah ade sedikit kelapangan untuk saya menulis.  skang ni tengah study week boleh la saya update dua tiga entry sepanjang cuti ni...

minggu lepas adalah minggu yang tersangat la penat bagi saya. test dan segala-galanya berderet dari sehari ke sehari....sampai nak bukak laptop or pegang hand phone pikir dua tiga kali. masa bagi saya and the geng amat amatlah berharga....pernah masa otw nak ke library pon saya rase dah tersangat membazir masa. saya cakap dkt kawan saya

"aku rase kita berjalan ni pon dah buang masa"...

 kawan saya pon cakap

"tau takpe. kalo aku baca buku dah chapter 2 dah"....

- ,-  nampak gat menipunya. .

kawan saya tu nak menunjukkan masa adalah tersangat berharga. so jangaan bazir masa. lagi time test or exam tengah berderet... bila dah lepas segala susah dan payah rase lega la sikit..fiuhhhhhhhhh....merecik air liur...bau tak kesegarannya?. he3.

sekarang ni nak story mory plak dengan korang.....dah lama tak menulis ni agak kekok jugak sebenarnya nak start balik so...topic hari ni kita santai je okay. korang layan je la. nak cerita pasal event yang saya dan classmate handle panjang sangat dan makan masa nak masukkan gambar. line dekat sini macam siput sedut...so saya hold dulu la ye. ade masa saya cerita pasal tu dan HTML (entry pasal coding-scroll ke bwh kalo tak tahu) saya sekali.....

cerita yang saya nak cerita ialah
saya sudah bebas Aissss Peyyy Yemmm !!!!!

haaa tu la dia tajuk hari ni. yang selebih kat atas tu hanya mukadimah...
saya nak ucapkan tahniah kepada adik saya dan adik-adik bukan darah daging saya yang baru je dapat keputusan SPM. ucapan ni bukan tertumpu pada yang cemerlang sahaje ye. ucapan akak ni umum untuk yang cemerlang mahupun tidak beberapa cemerlang....tu adelah usaha adik-adik kan. so congrates.

bagi yang kurang cemerlang...jangan sedih naw....perjalanan masih lagi panjang. masih banyak lagi peluang untuk belajar. kalo nak menyesal pon tade guna. so lebih baik kita focus pada masa akan datang ni. yang lepas tu bukan boleh reset or delete.

buat adik akak yang dikasih : Muhammad Asyraf bin Ibrahim

congrets ye. walaupun keputusan tak cemerlang mana tapi tu adalah usaha abi sendiri. yang lepas tu jangan nak rase tension sangat. masa depan abi panjang lagi. kalo nak tanya akak marah or hampa?...jawapan akan  tu usaha abi. banyak tu usaha abi...banyak tu jugak la abi dapat. akak dulu pon bukannya berjaya sangat. tapi akak nak adik-adik akak lebih  berjaya. so berjanji pada diri sendiri untuk berjaya. kalo abi berjaya abi jugak yang senang. akak tumpang gembira je....banyak peluang untuk kamo sambung belajar. insyaallah. okay..hwaiting =)

setakat ni sahaja....esok insyaallah saya update lagi.

Assalam. =)