Selamat datang ke hamtaro's blog.

Saturday 26 May 2012

Anda rase anda pandai?



Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya.  Seorang pelanggannya yang sedang memilih teu ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur.  Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

“jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ni”.  Kata pelanggan iut menunjukkan genggamannya.

“cuba berikan aku bayangannya,” pinta penjual telur.

“Benda ini bentuknya seperti telur”

“lagi”

“warnanya seperti telur”

“lagi” rayu penjual telur lagi

Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata

“Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasaj rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan iasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pejal”

Penjual telur terpingga-pinga.

“tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir”

Setelah berfikir panjang, penjula telur menjerit

“aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!”

Pelanggan menggeleng-geleng kepala lantas membuka genggamannya. Ia hanya sebiji telur…apalagi?

Moral of the story: manusia sering menjadi buta dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya.  Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada baru terasa kehilangannya.  Kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat.

Wednesday 23 May 2012

Magic GARAM


Nampaknya duit telah memenuhi ruang entry saya kali ini. Ini adalah kerana, Makcik dah kayo!!!.. duit pon nak tayang ke?...nampak sangat SBRB (Sombong, Bongkak, Riak dan Belagak).Adoy.

Hari yang lepas-lepas adik saya Abi, yang saya ade cakap pasal tulang rusuk tu balas balik kenakan orang. Hish, tak puas hati nampaknya. Dia cakap nak buat magic. Ala-ala FUYOO MAGIC kat Astro Ria. Nama magic ni adalah GARAM keluar dari duit. power gila adik saya. Lepas ni tak payah beli kat kedai, buat magic  je garam dah ade. Jimat.

Dengan muka yang agak confident dia mintak duit seringgit. Kitaorang ni pulak terlebih minat nak tengok. Almaklumlah, jarang adik-adik kitaorang nak tunjuk bakat. Semua nak sorak.

Dia pon duduk menghadap kami semua.  Dengan gaya yang konon-konon pro tu, dia pon menggoyang-goyangkan duit tu, lipat-lipat, suruh ciup  (pengsan), dan terseyum. Menyimpul banyak rahsia disitu.
Kami pon menanti dengan penuh debaran di dada. Tiba-tiba dia cakap “dah”.

Aik??? Siap dah ke??? Banyak tanda soal kat situ sebab kami masing –masing tak nampak. Tenung lagi nak pastikan, tapi memang takde.

“Hok aloh, mana garamnye?”

“Kata ade garam keluar…. Pulangkan duit kami, pulangkan duit kami!!!” tanda protes.

“Kami nak magic yang bersih” (aik lain macam ni). Yang ni tambah je. he3

Dia pulak cakap,

“adela cuba dekat sikit. Garam kan halus macam mana nak nampak kalo tengok jauh”




Tenung lagi… tapi memang tak de. Korang nampak tak??? Takde kan. Ni kes kena tipu la ni. Memang tak boleh percaya la.

Pastu dia angkat tunjuk ni,




Tipah tertipu  bang, tipah tertipu.........


Monday 21 May 2012

Hang-out

Assalamualaikum. Entry kali ni plak masa saya dan kawan-kawan hang-out sama-sama. Dah nak dekat 2 minggu dah cerita ni tapi baru sekarng nak tercatat di blog. Almaklumlah blog baru kata kan.
Bila hang-out dengan geng sekolah menengah conform superb. Memandangkan kami dah lama ‘tidak ketemu’ masing-masing sudah ‘kangen’ antara satu sama lain. Satu tarikh dan tempat telah ditetapkan selepas beberapa kali bertangguh kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya……JUSCO RAWANG hear we together!!!!!











Bila lama tak jumpa banyak la story-nya. Sorang start, sorang sambut, lepas tu sorang tambah gossip, sorang cite lain, gelak terbahak-bahak (abis keayuan gadis melayu terhangat). Boleh bayangkan tak keriuhan kami bersama???. Memang syok, lama dah tak buat riuh-riuh ni. time sekolah tu selalu la jugak buat, tambahan kedudukan kitaorang dalm kelas adalah sekelompok, memang kami la QUEEN of the class.

Sekarang nak borak mase dulu memang tak la. Masing-masing dah tercampak ke utara selatan dan timur. Sorang UiTM Machangster, sorang UiTM Jengkalifonia, sorang UiTM New Seri Iskandar, sorang UiTM Perlis (no idea nak jadi apa),  bayangkan la jarak yang memisahkan kami ini. Tapi walaupun jauh tapi dekat di hati.. jiwang pulak(@_@)

Till then. Caow…..


tulang rusuk


Salam. hari ini jangan terkejut pulak kerana entry kali ni berkatian tentang tulang rusuk. Bukan saya tukar bidang dari OM( office management and technology) kepada kedoktoran pula. idok le teman sanggup nak membedah ni, menengok darah tu pon rase nak tumbang.. Ini berkenaan satu perbualan. Nak update hari lepas, tapi tak teringat cerita ni.  macam ni ceritanya:

Abi (adik saya): kamo tahu kawan aku ni memang kurus kedikiak. Boleh kira tulang rusuk dia. Bla blab la…..

Saya : habis tu abi kira tulang dia??? Ade berapa???

Abi: hmmmmm…entah. Aku tak kira la pulak. Takde keja nak kira tulang orang

Bila dia cakap ‘hmmmmm’ tu aku rase dia ade jugak kira tapi tak habis. He3

Saya: habis tu tulang kamo ade berapa?? Ade kira??

Dia tarik nafas, konon nak kira depan kitaorang.

Abi: tak boleh la lemak dah cover badan aku..

Saya: kamo ade rase tak tulang rusuk kamo sebelah kiri??? Lopong tak??

Abi: memang la lopong kamo semua dah amik tulang kitaorang (maksud dia kami, adik beradik perempuan dia yang amik)

Saya: apa pulak kitaorng yang amik. Bakal isteri kamo yang amik la.

Abi: yeke???? (macam pelik sangat)

Saya: yela kan nak buat jadi ‘dia’ pulak. Kami dari tulang rusuk laki kami. Cuba kamo rase tulang rusuk tu ade tak kat badan kamo??

Abi: kenapa??

Saya: kalo takde maknanya kamo takde isteri la nanti. Pasrah la kamo!!!! Kami memang ade laki sebab dari tulang rusuk dia maka terjadi la kami. Kamo takde…..maka takde la..habis la tak kawin la kamo sampai ketua..

Dengan susah payah dia cuba merebus 
jarinya mencari tulang rusuk kiri yang di maksudkan. Saya dah tergelak terbahak-bahak dah. Sekali sekala nak kene kan orng best jugak. 

pesanan untuk para lelaki


adakah saya pemilik tulang rusuk hyun bin yang hilang????
time to go. bye3

Thursday 17 May 2012

Cuti sem kembali lagi.....!!!!


Hohohohohoho….selepas bertungkus lumus berperah otak sehingga menjadi seperti belon yang kempis, telah tiba masa untuk di kembangkan kembali otaknya dengan menghirup udara kebebasan dari belajar. 
(walaupun agak kelambatan untuk saya mengepost tentang ini) Belajar kat universiti ni memang best. Belajar empat bulan pastu sebulan final exam. Dalam empat bulan tu la ade kuiz, koko, study, toturial, mid sem break, kerja kusus, presentation dan yang paling penting kutip kupon. Perkara tu paling wajib bagi mahasiswa dan mahasiswi UiTM seluruh cawangan di Malaysia. Nak kata rushing sangat tu takde la cuma kena pandai-pandai urus masa.  Time final exam, study week la yang paling aku tunggu-tunggu. jangan ditanya sebabnya kerana masa ni home sick memang tahap gaban (tak boleh balik) sebab nak final ni kami orang akan tersangat la sibuk untuk kerja kusus dan presentation. Macam yang saya cakap tadi, masa kene urus dengan betul, tapi saya ni, memang masa-masa akhir ni la favorite nak buat kerja. bersengkang mata la jawabnya. tapi aku jam 12:00-1:00a.m tu je aku tertahan mata. lepas tu ZzzZzzzzz......tangguh lagi keesokan harinya. 

Perkataan home sick memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Asal ada cuti je balik, asal cuti je nak balik, asal balik maknanya cuti la tu. sampai pakcik tiket tu pun dah kenal sangat. Ni nak story sikit, pernah satu hari saya tak mahu nak balik university ni . saya sampai bermasam muka la nak balik ni dengan mak . Serupa macam budak kecil. Tapi saya peduli apa. Perkara ni terjadi bila saya dah on the way nak balik ke university. Korang bayangkan la, dalam kereta ni boleh saya cakap

“macam malas la pulak nak balik hari ni, balik esok je la”

Memang siapa yang ade dalam kereta tu panas dengan saya. Terasa bahang walau air-corn terpasang kuat. Mak saya apa lagi,angin la dia. Yela time tu nak final exam, boleh pulak buat keputusan yang tak masuk dek akal yang waras. Mak aku cakap

“balik je la, boleh study. kat rumah kakak tak boleh nak focus”

Lebih kurang macam tu la. Masa tu macam bertekak juga la. Bukan nak melawan, Cuma bentak je. Last-last balik jugak saya ke university ni walaupun terpaksa. Bermasam muka jugak la sebab tak nak balik time tu. tapi sekejap je pastu baik balik. Ni semua berlaku kerana saya rasa letih lepas hantar abang saya masuk belajar kat KLIUC kajang. Bukannya penat sangat pon Cuma malam tu aku study sampai lewat malam, so mood pagi tu memang tak stabil sebab ngantuk sangat. Salah sendiri la juga.

Moral of the story jangan tangguh-tangguh kerja. Bila ade masa buat sebab masa berjalan tanpa kita sedari dan yang paling penting masa-masa yang lain diperuntukkan untuk tidur, makan dan belajar akan terganggu. Another thing, tetapkan pendirian anda dalam membuat keputusan. Jangan nanti jadi macama saya ye, in one minute can change. Ni gambar geng saya kat UiTM. nama geng ni POOH. tapi kamiorang sebut PO-OH. 









Time to go...bye2

Monday 14 May 2012

Kisah hati….



Assalamualaikum. Selamat pagi readers and welcome again.  Memandangkan study week ni tak tau nak buat apa, saya sebagai pemilik blog ini ingin mengupdate sebanyak mungkin post baru untuk korang baca. Jangan jadi jul-jul or kero sudah la ye(@_@)

Cakap pasal hati ni memang satu perkara yang agak susah hendak ditafsirkan.  Ni nak share sedikit kisah saya. saya pernah juga melalui juga fasa tu. masa tu saya around 16 rasenya.  Tu first and last cerita monyet saya dengan si dia. Tapi malangnya cerita tu tak berakhir dengan happy ending.  Kami orang telah pun putus kerana tiada persefahaman. Mula-mula tu sob sob la jugak, tapi fikir kan balik dia bukan jodoh saya. saya pon memulakan hidup baru dan melangkah dengan azam yang baru iaitu akan bercinta kembali nanti bila ada yang datang ingin mengambil saya untuk menjadi seorang isteri dia bukan teman wanita. Senang kan? banyak faedahnya lepas kahwin baru cinta. Tapi bukan sekarang la. Kalau ade yang datang sekarang alamatnya reject . Totally tak sedia mental dah fizikal lagi. Bukan senang nak bina masjid ni kan? Tengok la around 23-25 la kot. Sekarang baru 19 tahun. Rase kecil lagi tu. he3.

Till then. I have to go. salam

mukadimah penulis....

welcome

Selmat datang ke hamtarosblog.blogspot.com

Sebelum tu, saya nak berkata sepatah dua kata sebagai mukadimah  dan tanda alu-aluan kepada reader yang datang bertandang ke blog 'sekontang' saya ini.nantis saya akan update dari masa ke semasa ya. blog ini adalah blog kedua. hidup perlu pembaharuan kan? dan ini adalah pembahruan blog bagi saya. blog dah baru, so sudah semestinya semangat menulis pon yang baru la kan. dengan adenya blog ini insyaallah, saya akan menguruskan masa dan blog dengan baik.So welcome to you my dear readers and enjoy reading my writing.