Selamat datang ke hamtaro's blog.

Wednesday 29 August 2012

kepingin...

sekarang dah jam 12 malam. selamat hari khamis semua. baru je tadi, saya merayau ke blog orang2 yang suka melancong contohnya fatin liyana ...sangat best!!! walaupun tak pergi dah rase sangat best.

 -hai tadi kata nak buat asigment yang bertimbun tu? ni wat pe? dah tangguh lagi....- heeeeeee

dalam tengok2 tu, timbul pula keinginan nak melancong...-amboi banyak duit ko budak-. memang tak banyak tapi kalo guna cara express insyaallah boleh. he3. gelak nakal disitu wahai pembaca. nak tahu apa? kawen dengan dato'. ha3. takdelah just joke je di situ. nampak sangat terdesak tu. buatnya tak dapat dato', tup tup dapat datuk ku gigi gongak. heeee tak mahu.

tempat pertama yang teringin sangat saya nak pergi....

tahu tak dekat mana tempat ni?  Padlock banyak-banyak ni dekat korea la. kalo saya pergi ke korea, saya akan pastikan saya kesini. saya nak letak jugak padlock. nak pergi dengan sape ke sini? of course la dengan my hubby. kan nak letak padlock tu.  heeeeee. baru romantik. siapkah itu?  

tempat kedua yang saya akan pergi adalah amsterdam
 nak sangt pergi sini sebab pemandangannya yang cantik. 

harap sangat dapat jejak kan kaki dekat tempat ni. Amin. Hasrat untuk menggunakan Cara express tak jadi  la. Sngat menakutkan dan membahaya. lebih baik saya buat tabungan. simpan sikit. nanti dah kerja and dapat bonus hasrat ni insyaallah boleh tercapai.


EnTrY RAyA 2012


Hari lepas saya ade cakap pasal saya nak update RAyA2 kan? So this is the entry… enjoy reading ya!

This is the beginning of our journey….


Kami bertolak pada hari sabtu.  Tapi sebelum tu, kami pergi dulu ke kubur dimana orang yang kami sayang ada di sana.  Raya tahun ni, sudah masuk tahun ketiga raya kami beraya tanpa abah.   Jadi sebelum kami beraya di kampong, kami perlu beraya bersama abah dahulu…”selamat hari raya abah. Maafkan segala dosa kakak dari kakak kecik sampai akak besar ni.Halalkan segala ilmu yang dicurahkan, terima kasih beri pendidikan yang terbaik dan terima kasih jadi abah kakak yang sentiasa memberi semangat dan tak lupa membesarkan kakak dan adik beradik yang lain dengan keperluan yang cukup. Abah adalah abah kami yang terbaik”. Ya Allah engkau ampunkan segala dosanya dan tempatkan lah dia dikalangan orang yang beriman.. amin.

Perjalanan diteruskan tanpa berhenti selama 2 jam setengah ke Melaka.  Sesampai sahaja disana, kami dikejutkan dengan berita bahawa anak buah kami yang berusia 12 hari , sudah dalam keadaan tenat. “daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali”.  Dalam tengah hari gitu kami diberitahu dia sudah tiada akibat masalah jantung.  Kami hanya sempat melihat wajah bayi  sebelum dimandikan. comel sangat, dan keadaannya seperti tidur yang lena dengan dibuai dodoian ibu. Sayu hati tengok kak Fariza. Dalam senyum melihat kedatangan kami, air mata kesedihan mengalir ditubir mata.  Ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari pergi hanya dalam sekelip mata. Tak tahu la kalo keadaan saya di situasi dia.  kuatkah saya? hanya Allah yang tahu. satu yang kita kene pegang bila kita diberi ujian, "Allah akan menguji hambaNya mengikut kemanpuan dan dugaan ini adalah kerana sayangnya Dia kepada kita". Insyaallah kuatlh mereka menghadapi dugaan ini. Satu perkara yang membuatkan kami terkilan adalah sikap kakitangan hospital yang sambil lewa melakukan kerja.  Tanggungjawab anda sepatutnya membantu dan merawat para pesakit bukan menjadi ahli nujum dengan membuat tekaan tanpa membuat pemeriksaan lanjut.    Walaubagaimana pun semua ini sudah ditakdirkan dan kami menerimanya dengan redha. 

Yang hidup harus meneruskan kehidupan dan semloga kita tabah menghadapi dugaan yang mendatang.Dan ke esokam harinya sudah raya…. RAyA  RAyA!!! Tahun ini kami bertemakan hitam.. dan lepas ni hanya gambar yang akan memenuhi ruang selepas ini.  Selamat hari raya semua. Maaf Zahir dan Batin


di sebabkan digambar family...gambar ini harusla bersaiz EXTRA LARGE
my beloved mom, yang duduk di kiri sekali..
jemput makan kuih raya semua



sesi photography bersama adik beradik pulak





excited raya pertama

pada raya kedua.. saya hanya memakai baju blous aka t-shirt labuh sahaja.
senang nak bergerak untuk berjalan raya. 
with my little brother, brother and me





perjalan bermula untuk beraya pada raya kedua..... 


first house yang menjadi mangsa terjahan kami. nasib baik depa dah bangun ..he3



rumah kedua.. rumah arwah hamid nordin 

selepas lima hari di kampung...pulang ke rumah pula
-with my abi(adik)-



oh my face.....

 ooooohh balik rumah, oooohh balik rumah
 tamat dah pasal raya... Assalamualaikum =)



Saturday 25 August 2012

Monday 13 August 2012

u-n-i

Selamat pagi readers..
this for the short update.

awak hanya kisah silam saya. -FULL STOP-


Saturday 11 August 2012

dapat nota cinta...^^

annyeong...
am i falling in love? that is a big question mark there... what i hope in this relatioship, my love toward this person will never end. it will last forever till Jannah. Amin 

tadi masa belek-belek laptop ni, saya pergi ke sticky note dekat destop. saje nak baca apa yang saya dah tulis. suddenly,  saya terbehenti dekat satu stiky note yang saya tulis sendiri. pada mula saya tulis sticky note tu, hanya untuk kata-kata semangat pada diri sendiri yang sentiasa berasa sangat kekurangan. saya tulis....

 -(GAIN FOR DEAN LIST)
basyah nafisah!!!!
believing your self.....(^-^)

dan bila dah dapat keputusan, bukan rezeki saya lagi.. dan boleh dikatakan saya agak kecewa dan hampir berputus asa sedangkan kita tidak boleh berputus asa dalam segala hal kan?. mungkin saya mengharapkan sangat anugerah dekan untuk sem tu, so saya tulis ni dekat bawah kata-kata tu ni

p/s: there is  no dean list for sem 2....nafisah........shame on you!!!!!!!

Keesokan harinya, saya tak perasan lagi ade nota cinta.....sampai suatu masa, si pemberi nota cinta tu pon cakap

"kamo dah tengok dah ke ape yang ade dekat sticky note kamo tu?"

"ade ape"

"tak baca lagi??"

"nak baca ape??"

soalan berbalas soalan

"nanti kamo ade masa kamo tengok, kita ade tulis something untuk kamo"

"nanti la"

langsung tak amik kisah apa si dia cakap. 

dalam petang tu, time nak layan cite korea saya terpandang sticky note tu dan teringat si dia ade kata dia tulis something.. tengok dekat desktop macam takde pape penambahan je, saya tengok dekat sticky yang saya cakap pasal dean list tu macam panjang je..mean ade yang menambah ni.. saya pon tekan la kebawah dan kebawah dan suddenly, saya ternampak nota yang si beri tu kasi...

p/s from along ; but promise me you'll never give up....keep up the good work....believe in ur self...there are more chances n opportunity waiting for you.... BELIEVE IN ALLAH...n bukan senang nak senang k ('',)...LUV U .....along

this is what true love .. always beside you although you in happy or not. nota cinta bukan hanya datang dari "si dia" sahaja. malah nota cinta juga boleh datang dari orang sekeliling kita kerana she or he care about us.

till then. Salam

p/s: ramadhan semakin melabuhkan tirainya, tiba masa untuk pecutan terakhir mengejar pahala....(^ ^)