Selamat datang ke hamtaro's blog.

Wednesday 31 October 2012

karangan yang di janjikan


Ok masa untuk buat karangan telah pon tamat. kalo macam ni la buat karangan alamatnya gagal la wei. lebih dari dua jam...hohoho. So kini saya persembahkan kepada anda semua wahai readers…

Korang mesti tak tahu kan, yang saya ni sangat mengilai kucing. Dekat rumah saya ni boleh eh bukan boleh tapi memang banyak kucing. Sejarah kitaorang bela kucing ni bermula apabila ade tiga ekor kucing yang dijumpai di kedai makan berdekatan rumah saya. Disebabkan sangat comel dan kesian dengan mereka maka abang saya iaitu dalang dalam pembelaan kucing ni telah bempakat dengan kakak dan adik beradik yang lain untuk membela secara senyap tanpa pengetahuan appa(abah) dan oma(emak). Dan nak dijadikan cerita, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua. Kami ketahuan. Absolutely my parent marah kan. Tapi mula-mula je pastu ok dah sampai la ke sekarang. Dah beranak pinak pinik dan segala capital (p) nak menunjukkan dah bergeneration dah kucing-kucing saya bela ni. Hari tu kami orang pindah sini* rumah baru* belikan sangkar besar untuk tempatkan mereka-mereka ini.

Ok tu mukhadimah sebenarnya. Ni yang sebenarnya nak cerita, seminggu sebelum saya study week saya balik rumah kejap rehat-rehat… pastu seperti biasa, setiap hari ahad kami akan pergi ke pasar. Pastu owt nak balik rumah kami nampak seekor anak kucing yang sangat la kesian. Kurus, comot, dan matanya sakit. Kakak saya dah berkira-kira nak amik dah mula-mula. pastu jalan pulak ke depan lagi. Pastu dia cakap dekat saya macam ni

“kesiannya la kucing tu. nape la dia kene buang”

“kamo nak amik bela ke?”- saya tnya

“ummmmmm. Amik la kesian. Jap lagi orang langgar. Orng bukannya nampak dia dah la kecik”

“oma tak marah ke. Kita amik ni”- kakak saya yang lagi sorang tanya

“pandai-pandai la cover nanti”

“tapi macam mana nak amik. Kotak tak de”

“amik je guna plastik ni”- plastik ini merujuk kepada plastik yang orang biasa guna tu kalo dekat pasar.

“kalo ade rezeki kita bela la dia sampai besar. Kalo takde kita dah tolong”-kakak saya cakap

kalo tengok keadaan 'dia' masa tu memang macam 40% je la nak hidup. Saya absolutely akan sokong kalo benda-benda yang berkaitan dengan sikap perikemanusiaan ni. so Alhamdulillah kucing tu dah pon besar dengan sihatnya. Cuma dia ade masalah penglihatan sikit. Bukan buta tapi separah buta la. Mata sebelah dia tu macam dah tak boleh nak guna sangat. ‘dia’ hanya berpandukan mata sebelah mata yang separa nampak tu. kalo ‘dia’ jalan, ‘dia’ akan tunduk tengok bayang-bayang dia sendiri. kalo gelap dia akan senyap je.. Kalo dia nak focus masa nak main dia akan sengetkan kepala dia untuk focus bende yang dia nak main tu. dan of course lain yang ‘dia’ attack benda lain yang dapat. So balik cuti sem ni saya balik tengok dia bukan main tembam. Oma saya cakap ‘dia’ ni makan setiap 5 minit. Mak ai. Dah macam bela anak dinosaur. Dan kalo nak buat kan dia susu kene pekat dan panas sedikit. Punya la demand. Macam mak datin besar dalam rumah ni. tension tengok dia.  Tapi takpe saya suka. Senang nak gayang dia. Hahahahahha……

Ni gambar dia seminggu selepas saya balik study week….


Ni gambar dia yang saya cakap tu…


Nama dia bubu.. tapi bila saya rasa nak buli dia saya akan panggil dia bulat, buncit, buntal, bunt*t, dan segala yang boleh ‘dia’ sakit hati. Jangan tak tahu dia macam faham-faham bila saya kacau ‘dia’. ‘dia’ akan buat muka yang menyapah gila. Dalam hati mesti dia cakap *kenapa la budak ni balik rumah. Aku cakau muka kang baru tahu*. Samseng tok. Adik saya sampai cakap.

“ kamo la ni buat dia jadi samseng”

“apasal pulak akak. Dia dia memang samseng pon”

Sebab dia sekarang asal marah cakor tak pon gigit tangan orang.  Dalam hati saya cakap, ‘owh no I have give a bad influence to my cat’. Heeeeeeeeeeee……..
Tamat

p/s: berapakan markah saya dapat untuk karangan ni?

Monday 22 October 2012

baca je....

salam di pagi hari selasa....well kalo saya dah start untuk berbloging kembali, ini bermakna cuti sem telah kembali lagi. dah macam iklan la pulak *tora datang lagi dengan permainan bla bla bla*... he3 sorry semua sebab dah lama tak bersenam jari dekat sini. bukan nye malas cuma sangat malas je nak kuruskan jari-jari ni. khekhekhe...ade yang rindu dekat saya ke? ade ? ade ke? *owh perasana lebih. memandangkan saya sedang rajin nak meng-update ni saya update la ye.

nak tahu cerita terbaru saya? cerita terbarunya saya....saya....saya...saya dah...............tamat......kan...tamat kan.... tamat....sem 3.
so, tahniah untuk diri ku. have a big for your self. feeeewwwet. wooooooooo. i'm proud of my self. heeeeeeee ^_^

itu je yang terbaru. lain?? semua benda tak nak keluar lagi dari kepala ni. almaklumlah cuti. segalanya harus cuti termasuk my little cip. saya update sekadar nak beritahu saya masih lagi aktif untuk berbloging. terimas untuk yang tekan loceng* ting tong* dekat sini... kalo rajin datang singgah-singgah la lagi.

-tamat-

p/s: saya karang karangan dulu untuk tulis ape. nanti saya update lagi. stay tune