Selamat bertandang kembali di blog ini buat anda-anda yang
merindui saya… hari ni just nak cerita sedikit perkembangan saya. enjoy reading
ya!
Pada 9 jun yang telah lepas saya telah kembali ke kampus
UiTM Pahang untuk menghabiskan diploma saya. Alhamdulillah keputusan sem lepas
tak menghampakan. Boleh la merasa naik pentas sem ni. he3. Tak sabar
rasanya. tapi malangnya selepas seminggu
berada di sini saya kene balik untuk berehat di rumah kerana masalah kesihatan
selama 2 minggu. (I got sick and got 2 weeks mc- dengan dua jari di mata dan
mulut terjebik-jebik)Hu3… masa tu rase mcam sangat down dan risau dengan ape
yang bakal terjadi dengan pelajaran. Tapi , sebenarnya mcam seronok dok rumah
sebab hanya golek2, makan ubat dan menghadap tv.he3….
Setelah dua minggu ber-honeymoon saya dekat rumah tu, ahad 31 jun, saya pon pulang dan mula la saya
rasa mengelabah dengan ape yang bakal terjadi bila saya balik ke kampus.
Sepanjng perjalanan nak balik ke kampus ni, otak sangat ligat berfikir;
assignment, tutorial, lecture, presentation dan macam2 lagi….
Pada hari isnin 1 Julai ; iaitu keesokan hari selepas saya
balik, saya ada Test speaking untuk muet. Banyangkan la, hanya prepare sikit2
dekat rumah, tanya budak2 bilik yang ade pengalaman, dan sedikit ilmu dari
sem-sem lepas saya pon melangkah untuk test muet. Dan….alhamdulillah amik muet
sangat syok. Satu pengalaman yang baru
untuk saya bergaul dengan orang yang tak kenal dan bekerja untuk masing-masing
punya markah. Dan Alhamdulillah jugak
sebab, group saya sangat supporting dan sangat membantu
Dan untuk pelajaran saya yang tertinggal saya terpaksa nak
kejar balik. Walaupon a little bit hard untuk saya cover 6 subject untuk 2
minggu, dalam satu minggu ni. so dengan ini saya harus work smart dan tanam
dalam kepala hotak ni –Allah tidak akan menduga hambanya kalo bukan dalam
kemampuan dia. At first memang rase
sangat siput dan sangat jauh perjalanan saya untuk saya mengejar pelajar yang
agak jauh ke hadapan. Tapi bak kata orang “plan-plan kayuh”. Jadi setakat ni alhamdulillah…
mana yang macam blur atau dengan kata saintifik tak tahu langsung dah boleh
faham dan ingat. Alhamdulillah. Dan untuk member-member saya yang saya sangat
kasihi dan sayangi terima kasih sebab banyak tolong saya. jasa dan budi baik
anda sangat dan amat saya hargai.
Dan moral of the story untuk entry hari ini ialah, Allah
tidak akan menguji seseorang itu jika bukan dalam lingkungan kemampuan dia. Dan
segala yang berlaku pasti ada hikmah dan bersangka baik dengan Allah sebab dia
lebih mengetahui hambanya. Sepanjang masa dua minggu saya cuti tu, saya temui
sesuatu dan cuba untuk perbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik. Jika saya
tidak dapat jadi yang terbaik, saya akan cuba untuk jadi yang baik. Insyallah. Dan most important is never give up !! till
hear my writing. AsSalam..
No comments:
Post a Comment