Selamat datang ke hamtaro's blog.

Sunday 14 April 2013

saya pilih.....

memandangkan musim pilihan raya semakin hampir...soalan famous yang orang dok tanya saya

"ko pilih mana"

"perlu ke saya memilih"

"mesti la...ni la yang akan menentukan masa depan negara"

"kalo saya tak pilih tak boleh ke?"

" ko mesti pilih, setiap satu undi tu membawa makna and bla bla bla......"

saya mendengar setiap apa yang dia cakap sampai akhirnya......

"pilihan saya bukan dikira pun, saya tak cukup umoq lagi"

ha3. nampak tak. kalo nak buat kempen pon agak-agak la. tanya nama dulu, dok mana dan yang paling penting tanya umor tak pon tanya "ko dah boleh undi ke?" takde la nak bazir air liur terang dekat saya bla bla.... tapi walaupun saya tak cukup umur, saya amik tahu jugak tentang politik negara kita. tak nak la dikatakan katak di bawah tempurung. lagi pun, bila dah masuk universiti ni...banyak jugak saya tahu pasal dunia politik.

dan abang saya tahun ni adalah tahun pertama dia akan mengundi. tapi yang macam pelik tu, ade wakil parti (tak blh sebut nama) datang rumah cari abang saya.

wakil parti: "saya wakil ......... saya datang ni nak tahu awak akan undi siapa untuk pilihan raya ni?" 

abng saya: "undikan rahsia. kenapa saya kene beritahu puan pulak?"

wakil parti: "saya bukan ape, kalo adik undi parti ni, banyak pedahnya, adik akan bla bla bla....lagi pun parti ni dah banyak tolong kita"

"macam ni je la. saya kasi adik masa pikir apa yang saya cakap kan tadi tu. lepas magrib nanti saya datang balik untuk tahu jawapannya"....

so macam mana korang, kalo korang dekat tempat abang saya... korang nak bagi tahu ke? tak mahu? bagi saya la, ni apa yang cakap akan cakap... tak perlu la sampai begitu nak tahu pasal pengundi baru. Pengundi ni kan ade hak. kalo ye pon abang saya nak pilih parti lain kenapa? dia ade hak...so tak payah nak sibuk-sibuk tahu la. lagi pun UNDI ADALAH RAHSIA.... saya repeat UNDI ADALAH RAHSIA...

lagi satu saya tak berkenan, kalo parti-parti politik ni menabur fitnah ini dan itu. berdosa besar bila kita menabur fitnah dekat orang. bukan dapat paeda... kalo menang pon dekat dunia, dekat akhirat bersiap sedia la anda si penabur fitnah. lagi pun, pengundi sekarang berilmu. jangan samakan lagi pengundi dahulu dan kini. banyak sangat bezanya. saya nak nyatakan di sini saya bukan belah mana2 parti politik. saya sokong mereka yang menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan. 

Sabda Rasulullah:

kamu sekalian tidak akan tersesat jika kamu sekalian berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah.

 saya tidak menyokong mereka yang memperjuangkan sesuatu yang nyata hanya untuk dunia sahaja. 

saya sebagai bakal pengundi untuk lima tahun lagi, saya kekadang terfikir, sampai bila parti kita nak jadi macam ni. dia tabur fitnah dekat dia, dia ni pulak sama fitnah dekat orang ni. macam tiada penghujungnya. sapa la saya hendak untuk orang mendengar apa yang saya kata kan ini kan. 

apa yang penting bagi saya ilmu. nak menjadi pemimpin perlu ade ilmu, nak mentadbir perlu kene ade ilmu dan  untuk menulis dekat blog ni pun kita perlu ade ilmu. kalo sekadar cakap membabi buta tak de guna... saya cakap ni, bukan saya nak cakap ilmu saya tinggi, ilmu saya ni kalo nak di ukur hanya sebesar hama. 

dan pesanan saya bagi mereka-mereka yang terlalu taksub dengan parti sehingga menyebabkan anda bergaduh, saya rase patut di perbaiki sikap tu. okay. 

Till hear my writing. Thanks for reading. Assalamualaikum.