Selamat datang ke hamtaro's blog.

Tuesday 10 December 2013

MA tu bos aku

As Salam and very good night to all. I’m back bloggers. Walaupun tak selalu dan sekerap yang di janjikan. Cerita ape pulak la kan yang nak saya share kan untuk update ni. Cerita terbaru saya dengan Mr.Arrogant? harus ade ok, dah confirm terpampang dekat tajuk kan. Korang pun mesti tertanya ape khabar saya dengan dia.. ape yang boleh saya cakap, saya semakin benci + menyampah tahap meluap-meluap macam gunung berapi yang active tu.

Bila pikir ape yang MA(Mr. Arrogant) tu dah buat, nak saya duku kepala dia biar elok sikit. Takde la menyakitkan hati memanjang. Panggilan saya untuk dia dkt pejabat Encik A…(nama dia tak boleh sebut). Dan ramai pulak yang macam pelik tahap macam tengok gajah terbang atas kepala. Bila saya dok panggil dia Encik..Encik…Encik.. ade la makhluk ni, mengajuk cakap saya. Bagi saya panggilan Encik tu adalah satu panggilan yang biasa dan formal bila kita berurusan dengan orang yang lebih tua dan berpangkat. Sampai ade yang cakap, ‘dik tak payah la nak formal sangat dengan A tu..dia tu bukan bagus sangat’. Bila orang dok persoalan kan panggilan saya untuk MA tu, saya dok tertnya2 MA aku ni memang teruk ke? Pastu tiba-tiba otak saya berfikiran dan menjawab secara drastic nya ‘memang teruk pon, takde respect dgn orang yang lebih tua dari dia. Dengan orang yang layak dipanggil ayah pon dia panggil bro..bro..pastu bahasa diri aku kau..aku kau…mulut memang tak payah cakap la. pakai leps je. memang patut’. Tapi perkara yang aku respect MA aku ni, solat sangat dia jaga, pemurah dan dia ade ilmu agama dan boleh dikatakan dia akan share dkt semua staff lain bila ade masa kelapangan. Cuma slack dekat tadi tu.

Sepanjang minggu ni perkara yang paling saya menyampah bila dia suruh saya tolak troli yang banyak barang. Atas troli tu ade beras dua guni, 3 kotak barang yang bersaiz besar. Mana pergi sifat ihsan kepada insan yang comel lg ayu macam saya ni?. ade kepatut? Pesanan untuk tolak troli tu sya terima dari bos bahagian lain (sama level ngan MA saya). dia cakap

“nafisah, bos awak panggil turun bawah suruh angkat barang sikit.”

“Ok” mungkin kotak kecik atau document ke hapa.

Tiba2 “naf, bawak sekali troli ni”  

“biar betul encik tu nak saya tolak troli ni?...encik faizal tipu ea?”

“tak, bos awk yang pesan”

Jadi dgan langkah yang ternya-tanya saya sampai ke destinasi parking kereta. Saya Nampak MA saya bawak kereta panrking depn saya dan dengan selamba badak sumbu dia tanya

“bawak troli?”

“Ade”

“mana?”

“Ade tepi tu, takkan nak letak sini pulak”

Dia pon angkat2 brang tu susun atas troli. Dan dengan selamba badak berendam pulak

“naf, ko tolak troli ni naik tingkat atas”

 “saya ke yang kene tolak ni? bukan saya hanya tolak troli kosong je ke? Bapok beratnya nak tolak sorang ni”

“takde dalih-dalih..saya suruh awak tolak, bukan suruh awak angkut benda2ni naik atas”

Nampak? Sekali lagi dia bersikap kurang asam boi dia dengan saya. Nasib baik ko bos aku, kalo ko bukan, memang aku tolak tepi troli ni. Dan dengan sedaya upayanya saya tolak troli tu dengan penuh bergaya. Sampai dkat department saya orang2 dekat situ cakap “waw perempuan yang buat” ade pulak yang cakap “siannya dia”. Rase macam artis pulak saya sekejap tapi hati aku berbulu je. Ni semua gara si MA tu. Kalo nak suruh AA angkut semua ni, baik amik AA lelaki dari amik saya. Kuderat perempuan kan lain dari lelaki. Sepanjang saya kerja dekat situ, saya dok perhati kalo nak angkat benda yang ringan pon AA lelaki yang akan tolong. Yang pnting saya sedang bersbar dgn dia. Bila time saya nak kene tukur jadi AA dept lain. Kalo boleh saya  tak nak tengok batang hidung, mahu pun bayang atau nama dia bermain di sekitar kawasan saya.

Esok cuti, and khamis sehingga keminggu depan dia tak masuk office. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!.
Till hear. Bye2



Sunday 1 December 2013

Mr. Arrogant aka "bos kecik aku"

Selamat malam wahai penggembara blog. sorry kerana sudah sekian lama saya tidak meng-update blog ni. Time study dok kata saya busy dengan study, sekarang pon dok busy lagi ke? memang busy la nokkk.. i sekrang dah kerja. selepas sebulan jdi body builder (tembamkan badan), akhirnya saya diterima di sebuah syarikat di sungai choh.. Sorry to my dear friend Aiman Asyran sebab janji saya tidak dapat tepati. saya telah capatikan janji saya. saya tiada masa yang lapang untuk saya bertandang dirumah anda. insyaallah jika ade masa yang berlebihan saya datang seperti yang telah dijanjikan okay =)

bila dah kerja ni, of course sangat sangat berlainan dengan dunia belajar. dulu time belajar perkara yang selalu bermain macam ditaman permainan adalah 'bila nak abis belajar ni'... tapi sekarng dah kerja 'bila nak dapat gaji ni'..heeeee. dan bila dah kerja, you don't aspect ape yang korang belajar time belajar tu korang akan apply. hanya dalam 10-20% sahaja. so be prepared okay.

ni nak story sikit sebelum masuk ape yang saya masuk cerita yang sepatutnya, lepas abis belajar aritu saya ade la try tanya-tanya kerja dkat area rawang. tapi  tak la banyak, ade dalam 3 kedai kalo tak silap.. tapi yang paling saya ingat sampai sekarang, saya ade walk-in interview dekat satu kedai pizza ni. ape yang saya nak tekankan dekat sini saya dilayan macam tak layan je. saya menunggu orang yang nak interview saya tu nak dekat  30 minit okay. dengan alasan ade hal. okay mungkin la.. tapi seingat saya, time saya masuk je kedai tu saya ade nampak orang tu, tapi bila saya cakap saya nak cari kerja dekat salah seorang pekerja dekat tu..dia terus bla gitu je dengan alasan yang saya cakap tadi tu.. jadi dengan hati yang pasrah saya pon angkat la kaki balik rumah. pastu kakak saya cakap macam ni 

K : kan dah cakap, orang macam kita memang orang susah nak amik kerja
H : dah kenapa pulak
K : orang sekrang ni nak cari yang tak pakai tudung...bukan macam yang kakak pakai sekrang ni.  (bertudung agak labuh)
H : lagi pon dorang nak yang boleh pakai baju ketat, tide-in baju..kakak boleh ke? tak nak kan....jadi dengan cara tu la dia tunjuk yang dia tak nak amik kamu. alasan itu dan ini sehingga kakak faham-faham sendiri akak langsung tak sesuai untuk kerja dekat sini..dan pergi begitu je macam sekarang ni

ape yang saya boleh cakapkan...saya agak kecewa. adakah saya hidup dizaman jahiliah? orang yang menutup aurat dipndang rendah sangat. that make me so so so disappointed..

ok, sekarang nak story mory pasal kerja saya sekrang...ape yang boleh saya cakapkan. kerja memang best.. dengan orang-orang sekeliling yang banyak beri tunjuk ajar. tapi yang jadi masalah bos saya MR ARROGANT tu. dari gelaran tu korang dah tahu kan sebab ape. daru first saya jejakkan kaki dekat ofis tu dia sangat sangat berlagak. pernah sekali saya kene book flight dia nak pergi outstation. computer saya pulak tak connect internet jadi terpaksalah sya meminjam dia punya. saya ingat dia ni gentel la nak kasi saya pinjam kerusi dia nak pinjam duduk sat...tapi tahu ape dia kata? 

"duduk la...tapi amik kerusi sendiri"

dalam hati saya..'kureng tol. ko hengat aku kebulur ke nak duduk tempat ko??... 

pernah jugak dia cakap macam ni

"naf, ko dah buat kerja ni...kerja tu...kerja kerja bla bla..."

saya pon jawap la dengan muka ketat "dah, semua dah"

"dah? bagus....then dia cakap ni "ape lagi yang aku nak cari kesalah ko ni?"

pehhhhh...sabar2. nasib baik ko ni bos aku...kalo tak, dah lama ko kene penangan mulut berbisa ni

untuk makluman korang bos aku ni muda lagi. jadi mungkin faktor usia muda tu menyebakan dia sangat menyakitkan hati....dan saya ni pulak selalu la jugak  menjawabnye. sebab dah geramkan. mana nak tahan dengan mulut dia je. tapi setakat ni masih lagi bertapis..esok kerja.....malasnya -__-

till hear..we will meet again. good night


Thursday 31 October 2013

Congrats Bro!!!

Assalamualaikum. Selamat datang semua ke kampong alam maya saya ni yang beratapkan screen bahagian atas laptop anda dan berdindingkan screen anda yang berkilau ni. pertama sekali saya nak mintak mahap la ye sebab kelambatan untuk saya meng-update blog ni. sekarang dah minggu ke-2 saya dok rumah baru nak update…masalah kekangan masa yang mengalahkan menteri menyebabkan saya tidak punya waktu dan mahapkan la manusia ini. Ok entry kali special case sikit sebab ada gambar-gambar yang bakal menghiasi blog saya ni.. selalunya hanya tulis cakar kucing(cantik sikit dari cakar ayam) je yang ada..

First come first, cerita pasal my big brother dulu. Sabtu lepas abang saya dah ‘Truly official grad as UNISEL student’. Wooohooo!!!! Dalam keluh-mengeluh dia ‘bila nak abis, bila nak abis’ dah grad dah abang aku sorang ni kau. I happy for u. Segala perit getir seorang pelajar telah berjaya dihadapi dan ini lah hasilnya…

Dalam perjalanan ke UNISEL BJ (batang berjuntai)

Me and my Brother


Lepas amik gambar ni kita orang buli mak....

Mak: nak buat ape pakai jubah ni…

Kitaorang bukan kira terus je pakaikan….

Mak: korang ni buat ape ni?
Kitaorang: mak pakai je la amik mood convo…
Mak: Convo apenya?
Kitaorang: Convo la membesarkan anak-anak, mendidik lagi sampai jadi mcam somei and pandai macam ni..
Mak: Mak layan je korang ni


Sian mak dah kene buli. Tapi sekali sekala je kene buli kan mak bila lagi 

Muka terpaksa layan budak-budak nakal ni
Sampai sini dulu…baru nak amik angin nak tulis balik blog blik ni, jadi mahapkanlah budak yang ‘macam santek je…macam somel ni’…heeeeeee

Saturday 21 September 2013

mentally exhausted

mental exhausted.. itu yang saya blh cakap sekarang. terasa sngat penat dgn semua assgmnt, test dan segala seranah bila nak abis diploma ni. ehh jap, nak abis dah study? kira jap ye, 2011 sem satu.... sem dua..tiga, empat 2013 lima.... eahh betul la.. nak abis study la. yeahhhh..leps ni blah la stado je...

minggu dpn rabu dah start final... fuhhh. subject killer yang saya rase sangt memenatkan adalah akaun. Akaun ni membuatkan saya hidup tak imbang sebab nak imbangkan akaun.. makan, tido borak semua tak cukup. kan tak imbang tu.  lecture saya cakap, kalo akaun tak imbang tak masuk syurga... sebab kan tu la hidup saya tak menentu sekarang ni. ade yang tanya saya "ko amik akaun tak masa seklh dulu?". "amik". "hmmm, tak masalah la ko nak jawab akaun" "tapi aku drop". alahhhh mcama orang break up la. tak serasi tinggal kan je. tapi dkat u ni meghdp lagi. memang tak blh lari. weng-weng dah otak ni. JODOH betul. redah je la. insyaallah A+ dalam tangan.

smalm time tgh study law, sementara nak ilangkan ngantuk saya borak dengan roomate.

dia : "kalo aku dah kawin nak panggil laki aku apa ha? ko panggil ape nafisah"
saya : "abang"-sambil menyengih seperti kerang busuk
dia : "a'ah la..biasa la kan"
       "kalo ko pilih laki, ko pilih yang selamat kan ko
       (selalu ade bila ade masalah) or orang lain?"
saya: "tak kisah yang penting dia sayang aku and trima
     aku seadanya aku, tgr aku blh aku bt salah dan selalu ade dgn aku"
dia : "kalo ko, ko nak ditinggalkan atau ko tinggal dia.?"
saya :"ditinggalkan.. aku tak nak menyesal nanti di kemudia hari.  TAPI            kalo dia buat zina or yang seanggkatan dgnnya aku akan chow dulu"
dia : "perkara yang ko nak jadi kebiasaan dalam rutin bila dah kawin?"
saya : "aku cium pipi dia bila kita orang nak pergi kerja. aku nak dia tahu         aku sayang dia...kihkihkih"
dia : "kalo kawan baik ko tu jadi laki ko macam mane?"
saya : "tak kan... aku tahu dia. dia dah cakap dkt aku dia minat someone"
dia : "kalo jadi ko dgn diajangan lupa jemput aku"

ini hanya gurau kosong. bercerita pasal kawin dan impian selepas kawin adalah perkara common orang pompuan bila tak de modal nak cakap..... soal jodoh ni kita tak tahu. saya blh je cakap saya nak laki mcam Adi Putra, tapi kalo tu bukan jodoh saya. saya kene terima. saya pernah mencuba untuk propose dulu  seorang laki, tapi saya di tolak. satu pengalaman untuk saya dan saya terima. sebab saya tahu dia bukan untuk saya dan ade yang lebih baik menanti... ramai kalangan kawan saya dah start risau pasal jodoh. Jodoh Allah dah tentukan jadi jangan riso pasal jodoh kalo tak kawin lagi. kalo baya-baya saya ni dah dok risau.... hmmmmm saya pon dah kene start buat-buat risau ni... wahai adam ku di manakahdi kau??????

teringat pulak lagu IJAB dan KABUL.
 aku akan menjaga mu
semampu dan serbi satu
aku trima kkurangn mu
dan aku tak akan mengeluh
kerna bagi engkau la nyawa ku....






Saturday 10 August 2013

salam aidul fitri

sekarang menunjukkan jam 7 petang. hari ni raya yang ketiga. semalam raya ke-dua kitaorang dah berangkat pulang ke rumah kerana bajet cuti yang ciput (cuti raya 4 hari je) ceettttt...

maafla ye saya sangat jarang nak tulis menulis di blog ni. saya macam kekeringan idea nak mencoret  dekat blog ni. asal bukak tutup balik, asal bukak merayau-rayau dekat blog orang dan tutup, ade mase bukak scroll gitu gitu je tutup balik. sekarang ni saya menulis dekat blog ni pon sebab saya dah boring nak buat asgmnet. sape yang tak boring kan orang dok raya kita dekat depan laptop ni search itu ni. bukan nak merungut tapi luahan perasaan. kalo saya merungut bukan boleh siap pon kerja tu.

dalam saya men-search, saya ternampak satu link blog yang tercatat pasal green environment. ape yang menarik sngat pasal blog ni adalah orangnya dan tulisan dia. heeeee (gatal). takdela, saya baca benda ni sebab  relate dengan assgmnt saya. so nak tak nak kena la menghabiskan baca untuk mencari input kan. scroll kebawah sekali ade gambar kecik and sikit pengenalan tentang si penulis. what make me suprise orang yang menulis tu adalah lelaki cina. sweet gila muka dia. adakah ini cinta? ha3. macam tak percaya dia bercakap tetang isu-isu semasa menggunakan bahasa English yang sangat bagus. honest dari saya,bukan nak discriminate ke hape ye, biasanye orang cina ni kurang sikit kesedaran tentang environment dan mane nak cari personal blog orang cina. populasi doraang sangat la sedikit. jadi ini adalah satu penemuan baru, perlu masuk dalam book discovery. heeee

cerita pasal raye, kami hanya beraya sangat sedarhana. raya pertama saya pakai jubah dan raya kedua tu pon saya pakai jubah. yang lain hanyalah tudung saya, saya pakai shawlllll, sejarah baru ni. sebelum ni saya tak pernah nak pakai shawl sebab saya tak tahu nak pakai. sekarang ni, saya dah tahu jadi saya sangat suka......

tu je la setakat ni. nanti2 saya sambung. dah magrib ni. selamat solat semua. Assalamualaikum dan salam aidul fitri. maaf zahir dan batin =)

Wednesday 3 July 2013

semua dalam kekuasaan-Nya

Selamat bertandang kembali di blog ini buat anda-anda yang merindui saya… hari ni just nak cerita sedikit perkembangan saya. enjoy reading ya!

Pada 9 jun yang telah lepas saya telah kembali ke kampus UiTM Pahang untuk menghabiskan diploma saya. Alhamdulillah keputusan sem lepas tak menghampakan. Boleh la merasa naik pentas sem ni. he3. Tak sabar rasanya.  tapi malangnya selepas seminggu berada di sini saya kene balik untuk berehat di rumah kerana masalah kesihatan selama 2 minggu. (I got sick and got 2 weeks mc- dengan dua jari di mata dan mulut terjebik-jebik)Hu3… masa tu rase mcam sangat down dan risau dengan ape yang bakal terjadi dengan pelajaran. Tapi , sebenarnya mcam seronok dok rumah sebab hanya golek2, makan ubat dan menghadap tv.he3….

Setelah dua minggu ber-honeymoon saya dekat rumah tu,  ahad 31 jun, saya pon pulang dan mula la saya rasa mengelabah dengan ape yang bakal terjadi bila saya balik ke kampus. Sepanjng perjalanan nak balik ke kampus ni, otak sangat ligat berfikir; assignment, tutorial, lecture, presentation dan macam2 lagi….
Pada hari isnin 1 Julai ; iaitu keesokan hari selepas saya balik, saya ada Test speaking untuk muet. Banyangkan la, hanya prepare sikit2 dekat rumah, tanya budak2 bilik yang ade pengalaman, dan sedikit ilmu dari sem-sem lepas saya pon melangkah untuk test muet. Dan….alhamdulillah amik muet sangat syok.  Satu pengalaman yang baru untuk saya bergaul dengan orang yang tak kenal dan bekerja untuk masing-masing punya markah.  Dan Alhamdulillah jugak sebab, group saya sangat supporting dan sangat membantu

Dan untuk pelajaran saya yang tertinggal saya terpaksa nak kejar balik. Walaupon a little bit hard untuk saya cover 6 subject untuk 2 minggu, dalam satu minggu ni. so dengan ini saya harus work smart dan tanam dalam kepala hotak ni –Allah tidak akan menduga hambanya kalo bukan dalam kemampuan dia.  At first memang rase sangat siput dan sangat jauh perjalanan saya untuk saya mengejar pelajar yang agak jauh ke hadapan. Tapi bak kata orang “plan-plan kayuh”. Jadi setakat ni alhamdulillah… mana yang macam blur atau dengan kata saintifik tak tahu langsung dah boleh faham dan ingat. Alhamdulillah. Dan untuk member-member saya yang saya sangat kasihi dan sayangi terima kasih sebab banyak tolong saya. jasa dan budi baik anda sangat dan amat saya hargai.


Dan moral of the story untuk entry hari ini ialah, Allah tidak akan menguji seseorang itu jika bukan dalam lingkungan kemampuan dia. Dan segala yang berlaku pasti ada hikmah dan bersangka baik dengan Allah sebab dia lebih mengetahui hambanya. Sepanjang masa dua minggu saya cuti tu, saya temui sesuatu dan cuba untuk perbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik. Jika saya tidak dapat jadi yang terbaik, saya akan cuba untuk jadi yang baik. Insyallah.  Dan most important is never give up !! till hear my writing. AsSalam..

Saturday 1 June 2013

saya tak sombong

wah...tajuk bajet-bajet artis ni...ha3...sekali sekala je. bila lagi.
ini lebih di tujukan kepada kawan-kawan sekolah saya yang dah lama saya tak jumpa dan yang kawan dengan saya gitu-gitu je (tak rapat)....

terlebih dahulu, saya nak mintak maaf kepada mereka-mereka yang terasa dengan saya. mungkin saya ade terjeling, termasam, tertarik muka dan mungkin buat tak layan je bila korang senyum dekat saya. sepuluh jari saya susunkan mohon maaf. seriously saya memang susah nak cam muka orang yang kebanyakkannya berubah 360 darjah. ye la ade yang makin comey, ade yang makin tinggi, ade yang bermekap sakan dan ade yang ..... faham-faham je la. so saya sangat susah nak cam korang kalo bertembung.

contoh ade saya jumpa kawan sekolah ...dan dia kategori kawan gitu-gitu je. saya memang tak cam dia sebab kelainan stuktur muka dan keadaan mekap yang sangat tebal. saya perasan dia ade senyum dekat saya tapi saya buat tak tahu je masa tu. sorry sangat... bila saya fikir-fikirkan balik baru saya ingat sape dia, tapi still tak ingat nama.

so untuk kebaikan kita bersama di masa akan datang, apa kata kalo korang cam saya dekat luar sila..sila panggil nama saya dan perkenalkan nama anda. mungkin dengan cara tu saya akan lebih cepat nak rewind balik dan bayangkan muka korang time zaman sekolah kan senang. jangan nak sesuka kata saya sombong. tak kenai maka tak cinta cik oii.. he3. kalo tak mahu jugak pakai tag nama besar-besar. SENAH BINTI SEMPOT. senang orang nak ingat. tapi sape nak buatkan. kalo saya, saya pon malu.

till here my writing....assalamualaikum

Wednesday 29 May 2013

telatah saya...

Bila dah malam dan tak tahu nak buat ape, saye saje nak dudk borak dengan abi (asyraf)… dia ni senang nak ajak borak dan boleh di katakan adik yang soleh cuma dia pantang…………. nak tahu ape dia pantang? Sila la baca dekat bawah ni. Tah macam mana boleh sampai ke topic dekat bawah ni..

Saya : abi, kamu ingat tak budak yang tumpang kita pergi sekolah dulu?

Abi: sape?.tak ingat

Saya : ala…anak datuk tu, yang $#*!^ (ni bukan mencarut, ni nama hamba Allah..tak boleh sebut) suka tu.. adik dia bayer kamo, bajet2 je tu..

Abi: ohhh..anak datuk tu. Nape?

Saya: kan dia ade sorang abang yang hensem kan..

Abi: ha? Mane? Yang senior abang (adik aku bahasakan diri dia) tu ke?

Saya: junior kakak (muka berlagak) dia belajar mane sekarang?

Abi: entah. tapi dia kan orang kaya, mana2 pon bleh nak blajar

Saya: tu la untung dia… dulu time akak form 5, $#*!^ kan minat dekat dia. Dia tanya akak sape budak tu. Dia cakap budak ni comel la hape tah. Mula2 akak
buat do no( x amik tahu) je, tibe budak hensem tu tegur akak dekat depan dia.
Terkejut si  $#*!^..Ramai gak yang terlopong time tu. Ye la akak time tu
tahu-tahu je la macam mana kan, tibe ade budak hensem tegur akak tak terkejut dorang….ha3. hensem...hensem (sambil senyum sorang)

Abi: walaupun dia hensem tapi dia pendek la kak

Saya: tu la..

Abi: senior abang tu…..

Saya: junior akak…

Abi tengah bersabar dengan kakak dia yang comel ni… dan sambung

Abi: dia pon ajet2 je. Same macam adik dia.. time tu senior abang..
(tak abis cakap lagi)

Saya : junior kakak….(saje nk menyelit, muka dia lagi tak puas hati)

Abi:  ramai gak yang minat dia…senior..( tak abis lagi)

Saya: junior kakak……..(sekali lagi)

Abi: hahhhhhhhhhhhhh…..pening cakap dengan akak ni. Junior la senior la. Pegi tido la !

Nampak, dia cepat tension bila saya suka putar sikit ape dia cakap. Tu la pantang dia, Jjangan putar belit cakap dia. Ye la….nak guna senior untuk refer dalam conversation kitaorang, kene ade junior. Baru ade geng kan. Senior untuk dia, junior untuk saya. Memang saje nak bakar darah dia sebenarnya. Beruntung la sape dapat kakak macam saya ni. Saya suka lepak, sporting,ambil berat, open minded dannnnnnn bakar darah..ha3.

Masa ni je la nak bergurau dengan adik2. Saya kan belajar jauh. Nak cakap dalam tepon, kedet habis la jawabnya. Saya kalo borak dengan dia bukan boleh sekejap-sekejap. Macam-macam saya tanya, pasal awek dia, shat, buat ape, ade benda nak cerita tak, yang lain macam mana dan segala-galanya.. sampai dia yang cakap… “dah la kak, dah lama ni. Jimat-jimat. Nnti balik cerita lagi”….

So dia di kira beruntung la tu dapat saya… tettttt..naik lift tekan nombor. Tu je buat update untuk hari ni. Have a nice day…



Monday 13 May 2013

I'm back readers.!!

Selamat pagi buat kalian.....

Mesti ade yang tertnya-tanya mana lah penghuni blog ni. Dah berabad lamanya menghilang....sekarang, tadaaaaa i'm back..

Today just want to share something yang sngat pendek. so enjoy reading

Hari lepas ade yang kawan saya tanya time kitaorng tengah chating..

Kawan : ko kalo menaip memang suka penuh kn..
Saya : napenya....? Kan bagus
Kawan : takde la aku perasan lama dah tpi ni baru aku nak cakap
Saya : owh... dah style aku gini. LagI pon kan senang ko nak faham. Dan jangan di lupa aku ni budak office management (om) dah tntu2 aku kene menaip penuh dlam segla kerja aku..

 Ni antara perbualan saya.... make it short here,saya sangt suka kalo berchating menaip penuh. Sebab saya blh practice menaip laju kerana bdk om skill menaip laju tnpa sebarang error adlah satu kemestian. So practice make perfect .lagi satu yang sya nk tekankan dekat sini... sya tak suka perkataan yang di tulis macam mengada2 dan saya category kan ini s3bagai bahsa pondan, mcam nya jadi nyew.. saje jadi jew... aku jadi aq dan macam2 la perkataan yang pelik2. Kalo ade member sya  yang hantar gitu boleh pening jugak la nak translate jadi bahasa melayu tulen. Kekadang bila dah begang tu sya mintak je dia tulis dlm bahasa melayu yang penuh.....

Kalo anda malas sangt nk menaip guna aje short form tp makesure orng tu faham.
 Mungkin ade yang ckp saya ni kuno, ketinggalan zaman or what ever yg seangkatan dgnnya. This is me. So till here. Tata =)

Sunday 14 April 2013

saya pilih.....

memandangkan musim pilihan raya semakin hampir...soalan famous yang orang dok tanya saya

"ko pilih mana"

"perlu ke saya memilih"

"mesti la...ni la yang akan menentukan masa depan negara"

"kalo saya tak pilih tak boleh ke?"

" ko mesti pilih, setiap satu undi tu membawa makna and bla bla bla......"

saya mendengar setiap apa yang dia cakap sampai akhirnya......

"pilihan saya bukan dikira pun, saya tak cukup umoq lagi"

ha3. nampak tak. kalo nak buat kempen pon agak-agak la. tanya nama dulu, dok mana dan yang paling penting tanya umor tak pon tanya "ko dah boleh undi ke?" takde la nak bazir air liur terang dekat saya bla bla.... tapi walaupun saya tak cukup umur, saya amik tahu jugak tentang politik negara kita. tak nak la dikatakan katak di bawah tempurung. lagi pun, bila dah masuk universiti ni...banyak jugak saya tahu pasal dunia politik.

dan abang saya tahun ni adalah tahun pertama dia akan mengundi. tapi yang macam pelik tu, ade wakil parti (tak blh sebut nama) datang rumah cari abang saya.

wakil parti: "saya wakil ......... saya datang ni nak tahu awak akan undi siapa untuk pilihan raya ni?" 

abng saya: "undikan rahsia. kenapa saya kene beritahu puan pulak?"

wakil parti: "saya bukan ape, kalo adik undi parti ni, banyak pedahnya, adik akan bla bla bla....lagi pun parti ni dah banyak tolong kita"

"macam ni je la. saya kasi adik masa pikir apa yang saya cakap kan tadi tu. lepas magrib nanti saya datang balik untuk tahu jawapannya"....

so macam mana korang, kalo korang dekat tempat abang saya... korang nak bagi tahu ke? tak mahu? bagi saya la, ni apa yang cakap akan cakap... tak perlu la sampai begitu nak tahu pasal pengundi baru. Pengundi ni kan ade hak. kalo ye pon abang saya nak pilih parti lain kenapa? dia ade hak...so tak payah nak sibuk-sibuk tahu la. lagi pun UNDI ADALAH RAHSIA.... saya repeat UNDI ADALAH RAHSIA...

lagi satu saya tak berkenan, kalo parti-parti politik ni menabur fitnah ini dan itu. berdosa besar bila kita menabur fitnah dekat orang. bukan dapat paeda... kalo menang pon dekat dunia, dekat akhirat bersiap sedia la anda si penabur fitnah. lagi pun, pengundi sekarang berilmu. jangan samakan lagi pengundi dahulu dan kini. banyak sangat bezanya. saya nak nyatakan di sini saya bukan belah mana2 parti politik. saya sokong mereka yang menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan. 

Sabda Rasulullah:

kamu sekalian tidak akan tersesat jika kamu sekalian berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah.

 saya tidak menyokong mereka yang memperjuangkan sesuatu yang nyata hanya untuk dunia sahaja. 

saya sebagai bakal pengundi untuk lima tahun lagi, saya kekadang terfikir, sampai bila parti kita nak jadi macam ni. dia tabur fitnah dekat dia, dia ni pulak sama fitnah dekat orang ni. macam tiada penghujungnya. sapa la saya hendak untuk orang mendengar apa yang saya kata kan ini kan. 

apa yang penting bagi saya ilmu. nak menjadi pemimpin perlu ade ilmu, nak mentadbir perlu kene ade ilmu dan  untuk menulis dekat blog ni pun kita perlu ade ilmu. kalo sekadar cakap membabi buta tak de guna... saya cakap ni, bukan saya nak cakap ilmu saya tinggi, ilmu saya ni kalo nak di ukur hanya sebesar hama. 

dan pesanan saya bagi mereka-mereka yang terlalu taksub dengan parti sehingga menyebabkan anda bergaduh, saya rase patut di perbaiki sikap tu. okay. 

Till hear my writing. Thanks for reading. Assalamualaikum.


Sunday 24 March 2013

santai petang ahad

Assalam..hai.. arigato...annyeong and vanacam.
selamat ketemu lagi para pembaca blog yang saya kasihi...alhamdulillah ade sedikit kelapangan untuk saya menulis.  skang ni tengah study week boleh la saya update dua tiga entry sepanjang cuti ni...

minggu lepas adalah minggu yang tersangat la penat bagi saya. test dan segala-galanya berderet dari sehari ke sehari....sampai nak bukak laptop or pegang hand phone pikir dua tiga kali. masa bagi saya and the geng amat amatlah berharga....pernah masa otw nak ke library pon saya rase dah tersangat membazir masa. saya cakap dkt kawan saya

"aku rase kita berjalan ni pon dah buang masa"...

 kawan saya pon cakap

"tau takpe. kalo aku baca buku dah chapter 2 dah"....

- ,-  nampak gat menipunya. .

kawan saya tu nak menunjukkan masa adalah tersangat berharga. so jangaan bazir masa. lagi time test or exam tengah berderet... bila dah lepas segala susah dan payah rase lega la sikit..fiuhhhhhhhhh....merecik air liur...bau tak kesegarannya?. he3.

sekarang ni nak story mory plak dengan korang.....dah lama tak menulis ni agak kekok jugak sebenarnya nak start balik so...topic hari ni kita santai je okay. korang layan je la. nak cerita pasal event yang saya dan classmate handle panjang sangat dan makan masa nak masukkan gambar. line dekat sini macam siput sedut...so saya hold dulu la ye. ade masa saya cerita pasal tu dan HTML (entry pasal coding-scroll ke bwh kalo tak tahu) saya sekali.....

cerita yang saya nak cerita ialah
saya sudah bebas Aissss Peyyy Yemmm !!!!!

haaa tu la dia tajuk hari ni. yang selebih kat atas tu hanya mukadimah...
saya nak ucapkan tahniah kepada adik saya dan adik-adik bukan darah daging saya yang baru je dapat keputusan SPM. ucapan ni bukan tertumpu pada yang cemerlang sahaje ye. ucapan akak ni umum untuk yang cemerlang mahupun tidak beberapa cemerlang....tu adelah usaha adik-adik kan. so congrates.

bagi yang kurang cemerlang...jangan sedih naw....perjalanan masih lagi panjang. masih banyak lagi peluang untuk belajar. kalo nak menyesal pon tade guna. so lebih baik kita focus pada masa akan datang ni. yang lepas tu bukan boleh reset or delete.

buat adik akak yang dikasih : Muhammad Asyraf bin Ibrahim

congrets ye. walaupun keputusan tak cemerlang mana tapi tu adalah usaha abi sendiri. yang lepas tu jangan nak rase tension sangat. masa depan abi panjang lagi. kalo nak tanya akak marah or hampa?...jawapan akan  tu usaha abi. banyak tu usaha abi...banyak tu jugak la abi dapat. akak dulu pon bukannya berjaya sangat. tapi akak nak adik-adik akak lebih  berjaya. so berjanji pada diri sendiri untuk berjaya. kalo abi berjaya abi jugak yang senang. akak tumpang gembira je....banyak peluang untuk kamo sambung belajar. insyaallah. okay..hwaiting =)

setakat ni sahaja....esok insyaallah saya update lagi.

Assalam. =)

Wednesday 13 February 2013

mari baca

Selamat pagi. Saya sekarang berada di rumah lagi tapi lusa dah nak balik. Malasnya la. Tak puas lagi cuti ni. Walaupun cuti tapi tangan, otak dan segalanya bekerja. Haish... post yang ni kira untuk sambungan ari lepas yang terhenti separuh jalan. he3. nampak sangat muka korang frust gile. Mesti terdetik dalam kepala korang tak mahu dah baca ape yang saya post kan?. bianne =)

dah malam ni. tapi tangan saya masih lagi menari-nari di atas keyboard laptop abang saya. dah penat sebenarnya dari pagi sampai ke pagi balik dah ni. mata pon dah macam kung fu panda. tapi nak buat macam mana kerja masih lagi tak siap. Hope sangat segalanya bleh siap sebelum saya balik ke U jumaat ni. Kalo tak bertimbun lagi la.... kalo dah bertimbun mula nanti nak mengelabah tu ni tak siap lagi.

sabtu ni, kami pelajar BM118 4A akan bertolak ke Kuantan untuk melaksanaka persiapan terakhir sebelum program yang dikendalikan sendiri oleh kami di anjurkan pada 23 feb. Berdebar-debar rasenya. Mana taknya, segala hasil titik peluh, air liur, darah dan segala mcam air akan di nilai pada hari kejadian. Aishh... ape-ape pon yang terbaik saya doakan.

Bagi saya semester ni, agak padat dengan asgmt yang berderet-deret mcam kereta api. lepas dan selesai  satu, satu lagi datang menjelma. belajar okay je. kekadang serabut gak. mana nak kejar asgmnt ni mane nak keja persiapan event lagi... tapi ni semua adat la kan.

ok la till then. Selamat pagi semua. saya nak tido pulak. esok la sambung buat kerja. tak terlarat rasa pinggang ni nak duduk menghadap laptop lagi. Bantal busuk pon dah panggil tu. Jap ye darling. sikit je lagi ni.

tata.

p/s: dalam sibuk macam mana pon saya still ingt awak....=)


Saturday 9 February 2013

selamat la korang....

salam pagi ahad readers.
saya sekarang berada di rumah. yahoooooo. akhirnya saya berjaya untuk pulang ke rumah setelah 6 minggu bersamaan 1 bulan 2 minggu tidak pulang ke rumah. dapat la release tension sikit walaupun still lagi dan wajib untuk saya menyiapkan kerja-kerja yang masih lagi tertangguh. Sebelum terlupa, selamat datang bagi mereka yang baru menjumpai blog saya ni. tiada yang special di sini melainkans saya sendiri. he3. welcome...welcome....

nak tulis apa ye???

hurmmmmm.......

ape???

nanti la sambung.......

p/s: sorry korang bazirkan masa. he3

Saturday 2 February 2013

Alhamdulliah

Salam. kita bersua kembali. Just a short update untuk korang.

Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan dalam sibuk-sibuk ni pon saya sempat nak cilok masa update. takut la kalo korang rindu nak baca kan.

Cerita terbaru, lappy saya telah rosak lagi. Alhamdulillah. Ujian time belajar. ujian untuk saya tapi rezeki untuk pembetul laptop. Ade pro and cons nya. Ape yang penting sabar, kerana sabar itu separuh dari iman. Ni apdate ni pn  hasil ihsan kawan saya. Guna jap ye kawan lappy kawan ni. sian dia dan sian saya kan.he3.

Masuk minggu ni, dah 6 minggu tak balik rumah sbb sibuk dengan belajar and uruskan event yang bakal menjelma kurang dari 2 minggu lagi. Alhamdulliah, berkat usaha dan tawaduk dalam membuat kerja sampai ke pagi, kerja-kerja bahagian saya dah 50% siap. 

Minggu lepas, mak saya ade datang melawat saya, sebab saya dah merengek suruh dorang datang tengok saya. Dalam tak nak-tak nak dorang sanggup jugak datang dari hulu selangor ke jengka pahang ni. Alhamdulliah, kerana saya berada dalam keluarga yang sentiasa memahami saya. Almaklumlah anak bongso perempuankan. he3. Dalam conversation saya dengan keluarga time tu, ade satu cerita yang best saya dapat, ade makcik kurang asam keping mana tah menjaja cerita pasal keluarga saya dan arwah abah kepada semua orang. At the first, saya memang marah. Pelik la kalo ade orang cerita benda tak betul kita tak marah kan. saya boleh terima orang caci saya tapi jangan sesekali nak cuba sentuh keluarga saya. kalo nak cakap jugak cakap depan saya. kalo tak pecah muka mungkin koma je orang tu. Tapi bila mak saya cakap "takpe pahala dia insyallah kita dapat". Alhamdulillah. so kepada makcik yang ku kasihi, sila sila tambah pahala kami.

last but not least, sebelum saya sambung balik buat kerja dekat atas. saya nak cakap, setiap yang berlaku pada kita cuba set dalam minda untuk redha (alhamdulillah-segala puji bagi Allah) bukan pasrah. Experiment ni, saya dah  buat, dan hasilnya...sangat best. Korang mungkin akan lupa apa yang orang tu dah buat, nyaman gila hati, pemikiran lebih terbuka dan insyaallah boleh mengawal amarah. Jadi beruntung sesiapa yang redha dan bersabar ni. Mungkin ade hikmah disebalik apa yang berlaku. Kita mana nak tahu. Tu semua kuasa Allah. okay. till then, Tata. 

p/s: redha itu ikhlas dan pasrah itu menyerah. Banyak perbezaan tu. =)


Saturday 5 January 2013

Hai Bersua LAgi..

Salam. sebelum terlupa selamat tahun baru. Sorry for not update this blog.  Wah dah lama tak update terus speaking ni. Nampak x keterujaan nak menulis. heeeee. Takdela, sebenarnya saya sejak kebelakangan ni selalunya sibuk. Dengan assgmnt, event, dan segala yang seanggakatan dengan dia la. Esok saya ade public speaking, selasa saya ade presentation pagi dan petang, Rabu saya quiz dan  khamis saya nak jumpa orang atas untk setelkan pasal event yg ktorang organize dan jumaat..... tak ingat. nampak tak? bertapa sibuknya insan yang bernama Nafisah ini. (@_@)

Dan dalam masa yang sama jugak, saya sedang mengusahakan satu assgmt HTML. Hyper text markup language. Sebenarnya saya agak keterujaan nak tunjuk sedikit hasil titik peluh jari-jemari bersama kerahan otak kanan dan kiri. ini adalah hasilnya. Tunjuk sedikit je...kang banyak2 tak surprise la pulak nanti dah siap kan?
bahagian atas
Page 1

bahagian body
Page 1

page 2

Mesti ada yang cakap, ala senang je benda ni.....

tu kalo pakai air liur boleh la, cuba try skit buat. tu contohnya. anda kene cipta sendiri kene campur dan tambah kod-kod rahsia tu untuk menjadikan secantik web page saya diatas. cantik ke?.heeeeee. 

okay la. tu je nak cite. kang ade orang kata blog saya ni sunyi sangat la pulak. macam takde penghuni dah.  untuk pengetahuan anda, saya tidak menjadikan blog ni untuk jadi popular. hanya sekadar mengisi kekosongan masa dan share-share cerita seharian saya dan juga web storage. yela buatnya saya dah tua kerepot nanti, mana nak cerita semua benda ni dengan cucu2 saya . "masa zaman nenek muda-muda dulu"...takde dah. Zaman dah teknologi segalanya di hujung jari anda. tekan, tekan dapat. Senang ade benda ni. suruh dorang carik je dekat internet dan baca. 

Sehingga berjumpa lagi nanti, insyaallah jika ade kelapangan. Ni nak sambung buat kerja balik. Thanks 4 read. Assalamualaikum.