Selamat datang ke hamtaro's blog.

Wednesday 13 February 2013

mari baca

Selamat pagi. Saya sekarang berada di rumah lagi tapi lusa dah nak balik. Malasnya la. Tak puas lagi cuti ni. Walaupun cuti tapi tangan, otak dan segalanya bekerja. Haish... post yang ni kira untuk sambungan ari lepas yang terhenti separuh jalan. he3. nampak sangat muka korang frust gile. Mesti terdetik dalam kepala korang tak mahu dah baca ape yang saya post kan?. bianne =)

dah malam ni. tapi tangan saya masih lagi menari-nari di atas keyboard laptop abang saya. dah penat sebenarnya dari pagi sampai ke pagi balik dah ni. mata pon dah macam kung fu panda. tapi nak buat macam mana kerja masih lagi tak siap. Hope sangat segalanya bleh siap sebelum saya balik ke U jumaat ni. Kalo tak bertimbun lagi la.... kalo dah bertimbun mula nanti nak mengelabah tu ni tak siap lagi.

sabtu ni, kami pelajar BM118 4A akan bertolak ke Kuantan untuk melaksanaka persiapan terakhir sebelum program yang dikendalikan sendiri oleh kami di anjurkan pada 23 feb. Berdebar-debar rasenya. Mana taknya, segala hasil titik peluh, air liur, darah dan segala mcam air akan di nilai pada hari kejadian. Aishh... ape-ape pon yang terbaik saya doakan.

Bagi saya semester ni, agak padat dengan asgmt yang berderet-deret mcam kereta api. lepas dan selesai  satu, satu lagi datang menjelma. belajar okay je. kekadang serabut gak. mana nak kejar asgmnt ni mane nak keja persiapan event lagi... tapi ni semua adat la kan.

ok la till then. Selamat pagi semua. saya nak tido pulak. esok la sambung buat kerja. tak terlarat rasa pinggang ni nak duduk menghadap laptop lagi. Bantal busuk pon dah panggil tu. Jap ye darling. sikit je lagi ni.

tata.

p/s: dalam sibuk macam mana pon saya still ingt awak....=)


Saturday 9 February 2013

selamat la korang....

salam pagi ahad readers.
saya sekarang berada di rumah. yahoooooo. akhirnya saya berjaya untuk pulang ke rumah setelah 6 minggu bersamaan 1 bulan 2 minggu tidak pulang ke rumah. dapat la release tension sikit walaupun still lagi dan wajib untuk saya menyiapkan kerja-kerja yang masih lagi tertangguh. Sebelum terlupa, selamat datang bagi mereka yang baru menjumpai blog saya ni. tiada yang special di sini melainkans saya sendiri. he3. welcome...welcome....

nak tulis apa ye???

hurmmmmm.......

ape???

nanti la sambung.......

p/s: sorry korang bazirkan masa. he3

Saturday 2 February 2013

Alhamdulliah

Salam. kita bersua kembali. Just a short update untuk korang.

Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan dalam sibuk-sibuk ni pon saya sempat nak cilok masa update. takut la kalo korang rindu nak baca kan.

Cerita terbaru, lappy saya telah rosak lagi. Alhamdulillah. Ujian time belajar. ujian untuk saya tapi rezeki untuk pembetul laptop. Ade pro and cons nya. Ape yang penting sabar, kerana sabar itu separuh dari iman. Ni apdate ni pn  hasil ihsan kawan saya. Guna jap ye kawan lappy kawan ni. sian dia dan sian saya kan.he3.

Masuk minggu ni, dah 6 minggu tak balik rumah sbb sibuk dengan belajar and uruskan event yang bakal menjelma kurang dari 2 minggu lagi. Alhamdulliah, berkat usaha dan tawaduk dalam membuat kerja sampai ke pagi, kerja-kerja bahagian saya dah 50% siap. 

Minggu lepas, mak saya ade datang melawat saya, sebab saya dah merengek suruh dorang datang tengok saya. Dalam tak nak-tak nak dorang sanggup jugak datang dari hulu selangor ke jengka pahang ni. Alhamdulliah, kerana saya berada dalam keluarga yang sentiasa memahami saya. Almaklumlah anak bongso perempuankan. he3. Dalam conversation saya dengan keluarga time tu, ade satu cerita yang best saya dapat, ade makcik kurang asam keping mana tah menjaja cerita pasal keluarga saya dan arwah abah kepada semua orang. At the first, saya memang marah. Pelik la kalo ade orang cerita benda tak betul kita tak marah kan. saya boleh terima orang caci saya tapi jangan sesekali nak cuba sentuh keluarga saya. kalo nak cakap jugak cakap depan saya. kalo tak pecah muka mungkin koma je orang tu. Tapi bila mak saya cakap "takpe pahala dia insyallah kita dapat". Alhamdulillah. so kepada makcik yang ku kasihi, sila sila tambah pahala kami.

last but not least, sebelum saya sambung balik buat kerja dekat atas. saya nak cakap, setiap yang berlaku pada kita cuba set dalam minda untuk redha (alhamdulillah-segala puji bagi Allah) bukan pasrah. Experiment ni, saya dah  buat, dan hasilnya...sangat best. Korang mungkin akan lupa apa yang orang tu dah buat, nyaman gila hati, pemikiran lebih terbuka dan insyaallah boleh mengawal amarah. Jadi beruntung sesiapa yang redha dan bersabar ni. Mungkin ade hikmah disebalik apa yang berlaku. Kita mana nak tahu. Tu semua kuasa Allah. okay. till then, Tata. 

p/s: redha itu ikhlas dan pasrah itu menyerah. Banyak perbezaan tu. =)