Selamat datang ke hamtaro's blog.

Tuesday 10 December 2013

MA tu bos aku

As Salam and very good night to all. I’m back bloggers. Walaupun tak selalu dan sekerap yang di janjikan. Cerita ape pulak la kan yang nak saya share kan untuk update ni. Cerita terbaru saya dengan Mr.Arrogant? harus ade ok, dah confirm terpampang dekat tajuk kan. Korang pun mesti tertanya ape khabar saya dengan dia.. ape yang boleh saya cakap, saya semakin benci + menyampah tahap meluap-meluap macam gunung berapi yang active tu.

Bila pikir ape yang MA(Mr. Arrogant) tu dah buat, nak saya duku kepala dia biar elok sikit. Takde la menyakitkan hati memanjang. Panggilan saya untuk dia dkt pejabat Encik A…(nama dia tak boleh sebut). Dan ramai pulak yang macam pelik tahap macam tengok gajah terbang atas kepala. Bila saya dok panggil dia Encik..Encik…Encik.. ade la makhluk ni, mengajuk cakap saya. Bagi saya panggilan Encik tu adalah satu panggilan yang biasa dan formal bila kita berurusan dengan orang yang lebih tua dan berpangkat. Sampai ade yang cakap, ‘dik tak payah la nak formal sangat dengan A tu..dia tu bukan bagus sangat’. Bila orang dok persoalan kan panggilan saya untuk MA tu, saya dok tertnya2 MA aku ni memang teruk ke? Pastu tiba-tiba otak saya berfikiran dan menjawab secara drastic nya ‘memang teruk pon, takde respect dgn orang yang lebih tua dari dia. Dengan orang yang layak dipanggil ayah pon dia panggil bro..bro..pastu bahasa diri aku kau..aku kau…mulut memang tak payah cakap la. pakai leps je. memang patut’. Tapi perkara yang aku respect MA aku ni, solat sangat dia jaga, pemurah dan dia ade ilmu agama dan boleh dikatakan dia akan share dkt semua staff lain bila ade masa kelapangan. Cuma slack dekat tadi tu.

Sepanjang minggu ni perkara yang paling saya menyampah bila dia suruh saya tolak troli yang banyak barang. Atas troli tu ade beras dua guni, 3 kotak barang yang bersaiz besar. Mana pergi sifat ihsan kepada insan yang comel lg ayu macam saya ni?. ade kepatut? Pesanan untuk tolak troli tu sya terima dari bos bahagian lain (sama level ngan MA saya). dia cakap

“nafisah, bos awak panggil turun bawah suruh angkat barang sikit.”

“Ok” mungkin kotak kecik atau document ke hapa.

Tiba2 “naf, bawak sekali troli ni”  

“biar betul encik tu nak saya tolak troli ni?...encik faizal tipu ea?”

“tak, bos awk yang pesan”

Jadi dgan langkah yang ternya-tanya saya sampai ke destinasi parking kereta. Saya Nampak MA saya bawak kereta panrking depn saya dan dengan selamba badak sumbu dia tanya

“bawak troli?”

“Ade”

“mana?”

“Ade tepi tu, takkan nak letak sini pulak”

Dia pon angkat2 brang tu susun atas troli. Dan dengan selamba badak berendam pulak

“naf, ko tolak troli ni naik tingkat atas”

 “saya ke yang kene tolak ni? bukan saya hanya tolak troli kosong je ke? Bapok beratnya nak tolak sorang ni”

“takde dalih-dalih..saya suruh awak tolak, bukan suruh awak angkut benda2ni naik atas”

Nampak? Sekali lagi dia bersikap kurang asam boi dia dengan saya. Nasib baik ko bos aku, kalo ko bukan, memang aku tolak tepi troli ni. Dan dengan sedaya upayanya saya tolak troli tu dengan penuh bergaya. Sampai dkat department saya orang2 dekat situ cakap “waw perempuan yang buat” ade pulak yang cakap “siannya dia”. Rase macam artis pulak saya sekejap tapi hati aku berbulu je. Ni semua gara si MA tu. Kalo nak suruh AA angkut semua ni, baik amik AA lelaki dari amik saya. Kuderat perempuan kan lain dari lelaki. Sepanjang saya kerja dekat situ, saya dok perhati kalo nak angkat benda yang ringan pon AA lelaki yang akan tolong. Yang pnting saya sedang bersbar dgn dia. Bila time saya nak kene tukur jadi AA dept lain. Kalo boleh saya  tak nak tengok batang hidung, mahu pun bayang atau nama dia bermain di sekitar kawasan saya.

Esok cuti, and khamis sehingga keminggu depan dia tak masuk office. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!.
Till hear. Bye2



Sunday 1 December 2013

Mr. Arrogant aka "bos kecik aku"

Selamat malam wahai penggembara blog. sorry kerana sudah sekian lama saya tidak meng-update blog ni. Time study dok kata saya busy dengan study, sekarang pon dok busy lagi ke? memang busy la nokkk.. i sekrang dah kerja. selepas sebulan jdi body builder (tembamkan badan), akhirnya saya diterima di sebuah syarikat di sungai choh.. Sorry to my dear friend Aiman Asyran sebab janji saya tidak dapat tepati. saya telah capatikan janji saya. saya tiada masa yang lapang untuk saya bertandang dirumah anda. insyaallah jika ade masa yang berlebihan saya datang seperti yang telah dijanjikan okay =)

bila dah kerja ni, of course sangat sangat berlainan dengan dunia belajar. dulu time belajar perkara yang selalu bermain macam ditaman permainan adalah 'bila nak abis belajar ni'... tapi sekarng dah kerja 'bila nak dapat gaji ni'..heeeee. dan bila dah kerja, you don't aspect ape yang korang belajar time belajar tu korang akan apply. hanya dalam 10-20% sahaja. so be prepared okay.

ni nak story sikit sebelum masuk ape yang saya masuk cerita yang sepatutnya, lepas abis belajar aritu saya ade la try tanya-tanya kerja dkat area rawang. tapi  tak la banyak, ade dalam 3 kedai kalo tak silap.. tapi yang paling saya ingat sampai sekarang, saya ade walk-in interview dekat satu kedai pizza ni. ape yang saya nak tekankan dekat sini saya dilayan macam tak layan je. saya menunggu orang yang nak interview saya tu nak dekat  30 minit okay. dengan alasan ade hal. okay mungkin la.. tapi seingat saya, time saya masuk je kedai tu saya ade nampak orang tu, tapi bila saya cakap saya nak cari kerja dekat salah seorang pekerja dekat tu..dia terus bla gitu je dengan alasan yang saya cakap tadi tu.. jadi dengan hati yang pasrah saya pon angkat la kaki balik rumah. pastu kakak saya cakap macam ni 

K : kan dah cakap, orang macam kita memang orang susah nak amik kerja
H : dah kenapa pulak
K : orang sekrang ni nak cari yang tak pakai tudung...bukan macam yang kakak pakai sekrang ni.  (bertudung agak labuh)
H : lagi pon dorang nak yang boleh pakai baju ketat, tide-in baju..kakak boleh ke? tak nak kan....jadi dengan cara tu la dia tunjuk yang dia tak nak amik kamu. alasan itu dan ini sehingga kakak faham-faham sendiri akak langsung tak sesuai untuk kerja dekat sini..dan pergi begitu je macam sekarang ni

ape yang saya boleh cakapkan...saya agak kecewa. adakah saya hidup dizaman jahiliah? orang yang menutup aurat dipndang rendah sangat. that make me so so so disappointed..

ok, sekarang nak story mory pasal kerja saya sekrang...ape yang boleh saya cakapkan. kerja memang best.. dengan orang-orang sekeliling yang banyak beri tunjuk ajar. tapi yang jadi masalah bos saya MR ARROGANT tu. dari gelaran tu korang dah tahu kan sebab ape. daru first saya jejakkan kaki dekat ofis tu dia sangat sangat berlagak. pernah sekali saya kene book flight dia nak pergi outstation. computer saya pulak tak connect internet jadi terpaksalah sya meminjam dia punya. saya ingat dia ni gentel la nak kasi saya pinjam kerusi dia nak pinjam duduk sat...tapi tahu ape dia kata? 

"duduk la...tapi amik kerusi sendiri"

dalam hati saya..'kureng tol. ko hengat aku kebulur ke nak duduk tempat ko??... 

pernah jugak dia cakap macam ni

"naf, ko dah buat kerja ni...kerja tu...kerja kerja bla bla..."

saya pon jawap la dengan muka ketat "dah, semua dah"

"dah? bagus....then dia cakap ni "ape lagi yang aku nak cari kesalah ko ni?"

pehhhhh...sabar2. nasib baik ko ni bos aku...kalo tak, dah lama ko kene penangan mulut berbisa ni

untuk makluman korang bos aku ni muda lagi. jadi mungkin faktor usia muda tu menyebakan dia sangat menyakitkan hati....dan saya ni pulak selalu la jugak  menjawabnye. sebab dah geramkan. mana nak tahan dengan mulut dia je. tapi setakat ni masih lagi bertapis..esok kerja.....malasnya -__-

till hear..we will meet again. good night