Selamat datang ke hamtaro's blog.

Monday 30 July 2012

teringat pula..

selamat malam kepada anda redears. jam sudah menghampiri jam 2 pagi pada waktu ini, dan saya masih lagi bertahan bagi menyiapkan kerja kursus dan ulang kaji.  Sekarang kerja kursus dah siap tinggal nak baca buku je lagi. Tak pernah-pernah saya bertahan sehingga ke jam ini. ini adalah satu book of record nafisah sem ini. TAHNIAH!!!.  

petang semalam saya terlambat untuk pergi ke klas. akibat ter-over la pulak tido. orang pose la kata kan. di sebabkan pose jugak, kami (bersama rakan yang terbabas tido) pon memilih untuk naik bas. 
time nak bas tu satu perkara telah menyebabkan saya terimbau kembali zaman sekolah saya. nak tahu apa yang buat saya terimbau baca bawah ini,

*perbualan pemandu bas UiTM yang saya tercuri dengar*

kring..kring..kring...

"hello adik, ni abah ni. adik dah siap nak pegi sekolah ke?"

menunggu jawapan anak sambil pulas stereng

"tunggu abah tau, kejab lagi abah balik hantar adik. abah tak abih kerja lagi ni"

Kisah yang saya nak kongsi kisah lama, so tiada paksaan untuk di baca. 

Zaman sekolah dulu saya tak pernah naik pon bas pergi sekolah.  sekolah pagi petang abah saya hantar. 
Untung akak dapat abah. abah memang tegas. perkara yang paling saya takut bila masa mengaji.  Kalo tak rotan, paip getah la jadi tok gurunya.  Bila tak mahu pegi sekolah tok gurunya tali pinggang pula.  

Perkara yang saya tak dapat nak lupa hingga sekarang ialah, abah kalo nak hantar saya atau kakak dan abang pegi sekolah, dia pasti bawak adik saya sekali.  Bayangkan la kalo dekat moto tu ade abah, adik 2 orang, saya, abang.. boleh buat pacak motor tu. Kenapa tak naik kereta? Kami pada masa itu bukan la orang senang. yang ade hanya motor kerajaan dan motor kriss lama. Bagi kami kenderaan tu dah kira sangat bersyukur dah.  Mak saya cakap, masa nak bersalinkan kami semua dulu pon naik motor pergi hospital. Tapi mak tak pernah nak mengeluh. Mak kata bersyukur dengan apa yang ada. Ada orang lebih susah daripada kami.

Berbalik kepada naik motor pegi sekolah. korang tahu perkara yang paling saya bila pergi sekolah naik motor?. saya suka bila time hujan. time hujan, abah akan tanya

"kakak nak pergi sekolah tak?"

hanya senyum kambing jawapan saya beri

"tak payah, hari nak hujan ni nanti basah buku"

lagi saya senyum sampai ketelinga...

tapi ade satu masa bila hujan masa on the way, berhenti jap selamatkan buku dengan membalut beg dengan plastik bag.

ade juga bila time motor buat hal, lagi sian kat abah. tolak motor cari bengkel. 

sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi air mata dah mula bergenang.  tak semua benda orang perlu tahu, dan tak semua benda kita perlu tahu..ape yang saya pohonkan hanya kebahagian abah dekat sana.
Al-Fatihah..

okay study time, pastu sahur....good morning readers.

p/s: time menunjukkan 2:30 pagi sekarang ni. salam



Friday 27 July 2012

merayau-rayau ke blog orng..


bila tengah tension dengan kerja-kerjaan yang sedang menggunung dihadapan mata ini..saya mengambil langkah untuk lari sebentar ke ruang maya ini . tengah bulan puasa ni, memang banyak dugaan kita akan tempuhi antaranya assignment dan kuiz yang silih berganti.....

assignmennt dan kuiz bukan dah awal-awal kata ke kene buat ??

okay, my mistake.....(- -)

so, saya merayau-rayau ke blog orang. macam-macam blog saya tengok hari ini. cantik-cantik blog ye..
stress kembali saya (- -)

dan mostnye adalah personal life. blog macam ni la yang ramai layan, termasukla saya. ^_^
ade yang mengomel pasal buah hati la, life la, dan ade yang mengemol kosong kerana tak tahu apa nak tulis * itu juga biasa terjadi kepada saya. sebab tu juga banyak dah cengkerik yang dah menginap dekat sini dan dorang carik ilham buat compose lagu,almaklumlah penyanyi jalanan....krek..krek..krek.* ade jugak yang cerita kenapa dorang boleh terjebak dalam dunia bloging ni. dan dengan sepantas kilat,sapppp.....terus ade idea nak tulis ape hari ni. 

korang nak tahu kenapa saya buat blog ini???

tak nak...!!!!!

malu sendiri....(- -) stress kembali..(- -)

tapi..

saya akan tulis jugak,saya peduli apa..(- -) 

asbab musabab saya buat adalah kerana suka untuk berbloger. takdela sampai nak jadi pembloger yang tegar dan famo-us. sekadar suka-suka. seperti yang anda dapat lihat blog ni pon bukannya menarik sangat pon. *malu sendiri*. yang ade sedikit salji yang kekadang tak turun langsung tu je. yang tercoret hanya sekadar input yang dibuang sedikit dan personal life yang rase sangat bermakna. almakumlah ram saya ciput je tak muat nak masuk segala seranah. daripada dia hilang gitu je.. baik saya buang dekat sini.untung-untug orang baca. tak untung syok la sendiri jawabnya.

tu je kot nak cakap sebab idea dah hilang secara tetiba.

baik tak payah cakap...!!!! boooooooo

baikla saya tak tulis bila takde idea...(- -)
till then. salam.

p/s: satu kerja sudah langsai...^^



Wednesday 25 July 2012

Salam. selamat malam. Jam sekarang telah menunjukkan 11:24 p.m. saya masih lagi berjaga bagi melakukan assignment.  Masuk hari sudah tiga hari berturut-turut mata ini saya tahan untuk berjaga. Nak kata terjojol tu, setakat ni Alhamdulillah masih lagi berada di tempat asalnya. Masih tidak terlambat saya katakan selamat berpuasa bagi seluruh umat islam. Diharapkan anda dapat melalui puasa tahun ini dengan jayanya dan semoga memperoleh keberkatan. Amin.

sebenarnya saya ada benda nak story di sini. nak cakap straight tak reti so layan je la.

wahai insan yang bernama adam
jika anda tidak ingin mempermainkan hati seorang hawa
jangan lah disentuh hatinya walaupun hanya sedikit
ini kerana hati seorang wanita sangat mudah dilembutkan

bagi mereka yang dapat apa yang saya cuba sampaikan maknanya IQ anda adalah sangat tajam dan bagi mereka yang tak faham bukannya anda mempunyai IQ yang lemah cuma kurang minyak pelincir je. nak tahu kisah lanjut insyaallah nanti saya akan lanjutkan bersama dengan ceritanya sekali. 

i need to go now. assigment telah menunggu. selamat berpuasa semua dan selamat malam. happy sleep my dear readers.

p/s: jam sekarang menunjukkan 2:20 pagi.

Wednesday 18 July 2012

annyeong ^^


saya nak singgah sebentar... insyallah saya update sekejap je lagi. 
to show that i'm still hear to update my blog

annyeong ^_^

Friday 13 July 2012

sekarang dah ade

sekarang blog saya sudah ade header. yeahhhh.... kepada mereka yang tersesat masuk ke blog ni, anda jangan risau kerana anda berada di zone yang selamat. sign board dah di naikkan dan anda boleh berehat sebentar menikmati kawasan yang nyaman ini. promote ni. walaupun tak semenggah orang lain. gerak sana sini. so.....selamat datang ke zone hamtaro's blogspot.com.





Sunday 8 July 2012

bila saya nak dapat...


saya tertanya tanya sorang-sorang sekarang ni....(semua orang sedang tido)

persoalan yang sedang bermain dalam sarang fikiran ni.....

bila kah saya akan dapat?
bila kah saya akan mula kan langkah seterusnya?
adakah bila nanti saya memilikinya hati saya akan berasa tenang??
adakah dia sangat berharga?

monolog dalaman pula...

kalo takde dia rase tak lengkap la pula
huuhhhhh....
banyak jugak orang usyar ni
kalo dah ade nanti..
riso la pula nak tayang
nanti ade je yang mengumpat
tak pasal sian kat member yang mengumpat tu
aish...
nak terus ke tak nak??
nak terus ke??
terus ke??
saya harus luahkan isi hati ni
saya harus
kalo tak parah nanti
baik la..
saya cakap sekarang.....
-
-
-
-
-
BILA LA SAYA NAK ADE BANNER BLOG NI??-tension dengan diri sendiri sebenarnya... rase tenang sikit bila dah luahkan. he3(^^)

saya sedang buat......

salam semua readers. sorry lama tak mengupdate blog. ini kerana saya sudah kembali ke pada musim memerah keringat bagi meneruskan sesi pembelajaran di jengkalifornia, pahang. macam belajar kat oversea je rasenya.he3

apa saya sedang buat sekarang??

saya sedang mengupdate blog kesayangan saya ni sambil memerah otak bagi menyiapkan asgmnt sambil menjelajah ke blog kegemaran sambil minum air twister... sedapnya sambil melayan video clip lagu . bagi adik-adik lain jangan ikut jejak kakak ni. sila la rancang kerja anda dengan sebaik mungkin ya.

bila dah balik ke sini, dah ramai la pula kawan-kawan saya sudah menjadi tunangan orang. rase sangat tergugat kedudukan sekarng ni. ditambah pula melihat kak erma hasmi dah kawin. sweet sangt. sekarang saya harus mengorak langkah bagi mencari calon suami. now i need to start. tetapi persoalannya sekarang ade ke yang nak? saya bukannya cantik macam mereka yang lain. rase sangat merendah diri....(T_T) bila saya cakap macam tu ade kawan saya akan kata:

nafisah lesung pipit kamo yang tersorok tu yang buat kamo nampak cantik dari yang lain. jangan nk merendah dri sangat la

tapi mereka boleh guna lesung batu untuk jadi cantik

kamo jangan nak mengada sangat!!!!

saya tahu kawan-kawan saya sangat menjaga hati saya. terima kasih. tapi sebenarnya saya tidak kisah sangat dengan situasi sebegini. kecantikan bukan ukuran untuk kita menilai seseorang. dan kecantikan itu pon tak kekal lama. jodoh dorang datang lebih awal. alhamdulillah. saya coming soon la kot. kalo takde saya tak kisah. bukan menentang sunah nabi. bagi saya jodoh tu akan datng bila dah time. nak kejor kesana sini carik laki?, itu bukan cara saya. yang penting percaya pada takdir. ade jugak yang bertanya bila pulak giliran saya. saya akan cakap Esok saya kawin, tak esok, esok lagi , tak esok , esok la lagi dan begitu la seterusnya sehingga orang yang sepatutnya, kata sepakat kedua pihak dan tarikh ditetapkan. rase macam tak lama je. he3. perancangan, tak membawa apa maksud langsung ya. saya masih muda. 19 tahun. banyak benda tak buat lagi. dan takde ape nak di kejo nye. kalo tak bersatu sekarang kat akhirat nanti ketemu jua. kan kan kan???.

till then. salam

p/s: mak rindu danbi (my sweet heart) .


Saturday 7 July 2012

saya sedang buat......

salam semua readers. sorry lama tak mengupdate blog. ini kerana saya sudah kembali ke pada musim memerah keringat bagi meneruskan sesi pembelajaran di jengkalifornia, pahang. macam belajar kat oversea je rasenya.he3

apa saya sedang buat sekarang??

saya sedang mengupdate blog kesayangan saya ni sambil memerah otak bagi menyiapkan asgmnt sambil menjelajah ke blog kegemaran sambil minum air twister... sedapnya sambil melayan video clip lagu . bagi adik-adik lain jangan ikut jejak kakak ni. sila la rancang kerja anda dengan sebaik mungkin ya.

bila dan balik ke sini, dah ramai la pula kawan-kawan saya sudah menjadi tunangan orang. rase sangat tergugat kedudukan sekarng ni. rase macam sekarang saya harus cari calon suami. tetapi persoalannya sekarang ade ke yang nak? saya bukannya cantik macam mereka yang lain. rase sangat merendah diri....(T_T) bila saya cakap macam tu ade kawan saya akan kata:

nafisah lesung pipit kamo yang tersorok tu yang buat kamo nampak cantik dari yang lain. jangan nk merendah dri sangat la

tapi mereka boleh guna lesung batu untuk jadi cantik

kau jangan nak mengada sangat!!!!

saya tahu kawan-kawan saya sangat menjaga hati saya. terima kasih. tapi sebenarnya saya tidak kisah sangat dengan situasi sebegini. jodoh dorang datang lebih awal. alhamdulillah. ade jugak yang bertanya bila pulak giliran saya. saya akan cakap Esok saya kawin, tak esok, esok lagi , tak esok , esok la lagi dan begitu la seterusnya sehingga orang yang sepatutnya, kata sepakat kedua pihak dan tarikh ditetapkan. rase macam tak lama je. he3. perancangan. tak membawa apa maksud langsung ya. 

till then. salam

p/s: mak rindu danbi (my sweet heart) .