Selamat datang ke hamtaro's blog.

Wednesday 3 July 2013

semua dalam kekuasaan-Nya

Selamat bertandang kembali di blog ini buat anda-anda yang merindui saya… hari ni just nak cerita sedikit perkembangan saya. enjoy reading ya!

Pada 9 jun yang telah lepas saya telah kembali ke kampus UiTM Pahang untuk menghabiskan diploma saya. Alhamdulillah keputusan sem lepas tak menghampakan. Boleh la merasa naik pentas sem ni. he3. Tak sabar rasanya.  tapi malangnya selepas seminggu berada di sini saya kene balik untuk berehat di rumah kerana masalah kesihatan selama 2 minggu. (I got sick and got 2 weeks mc- dengan dua jari di mata dan mulut terjebik-jebik)Hu3… masa tu rase mcam sangat down dan risau dengan ape yang bakal terjadi dengan pelajaran. Tapi , sebenarnya mcam seronok dok rumah sebab hanya golek2, makan ubat dan menghadap tv.he3….

Setelah dua minggu ber-honeymoon saya dekat rumah tu,  ahad 31 jun, saya pon pulang dan mula la saya rasa mengelabah dengan ape yang bakal terjadi bila saya balik ke kampus. Sepanjng perjalanan nak balik ke kampus ni, otak sangat ligat berfikir; assignment, tutorial, lecture, presentation dan macam2 lagi….
Pada hari isnin 1 Julai ; iaitu keesokan hari selepas saya balik, saya ada Test speaking untuk muet. Banyangkan la, hanya prepare sikit2 dekat rumah, tanya budak2 bilik yang ade pengalaman, dan sedikit ilmu dari sem-sem lepas saya pon melangkah untuk test muet. Dan….alhamdulillah amik muet sangat syok.  Satu pengalaman yang baru untuk saya bergaul dengan orang yang tak kenal dan bekerja untuk masing-masing punya markah.  Dan Alhamdulillah jugak sebab, group saya sangat supporting dan sangat membantu

Dan untuk pelajaran saya yang tertinggal saya terpaksa nak kejar balik. Walaupon a little bit hard untuk saya cover 6 subject untuk 2 minggu, dalam satu minggu ni. so dengan ini saya harus work smart dan tanam dalam kepala hotak ni –Allah tidak akan menduga hambanya kalo bukan dalam kemampuan dia.  At first memang rase sangat siput dan sangat jauh perjalanan saya untuk saya mengejar pelajar yang agak jauh ke hadapan. Tapi bak kata orang “plan-plan kayuh”. Jadi setakat ni alhamdulillah… mana yang macam blur atau dengan kata saintifik tak tahu langsung dah boleh faham dan ingat. Alhamdulillah. Dan untuk member-member saya yang saya sangat kasihi dan sayangi terima kasih sebab banyak tolong saya. jasa dan budi baik anda sangat dan amat saya hargai.


Dan moral of the story untuk entry hari ini ialah, Allah tidak akan menguji seseorang itu jika bukan dalam lingkungan kemampuan dia. Dan segala yang berlaku pasti ada hikmah dan bersangka baik dengan Allah sebab dia lebih mengetahui hambanya. Sepanjang masa dua minggu saya cuti tu, saya temui sesuatu dan cuba untuk perbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik. Jika saya tidak dapat jadi yang terbaik, saya akan cuba untuk jadi yang baik. Insyallah.  Dan most important is never give up !! till hear my writing. AsSalam..