Selamat datang ke hamtaro's blog.

Wednesday 13 February 2013

mari baca

Selamat pagi. Saya sekarang berada di rumah lagi tapi lusa dah nak balik. Malasnya la. Tak puas lagi cuti ni. Walaupun cuti tapi tangan, otak dan segalanya bekerja. Haish... post yang ni kira untuk sambungan ari lepas yang terhenti separuh jalan. he3. nampak sangat muka korang frust gile. Mesti terdetik dalam kepala korang tak mahu dah baca ape yang saya post kan?. bianne =)

dah malam ni. tapi tangan saya masih lagi menari-nari di atas keyboard laptop abang saya. dah penat sebenarnya dari pagi sampai ke pagi balik dah ni. mata pon dah macam kung fu panda. tapi nak buat macam mana kerja masih lagi tak siap. Hope sangat segalanya bleh siap sebelum saya balik ke U jumaat ni. Kalo tak bertimbun lagi la.... kalo dah bertimbun mula nanti nak mengelabah tu ni tak siap lagi.

sabtu ni, kami pelajar BM118 4A akan bertolak ke Kuantan untuk melaksanaka persiapan terakhir sebelum program yang dikendalikan sendiri oleh kami di anjurkan pada 23 feb. Berdebar-debar rasenya. Mana taknya, segala hasil titik peluh, air liur, darah dan segala mcam air akan di nilai pada hari kejadian. Aishh... ape-ape pon yang terbaik saya doakan.

Bagi saya semester ni, agak padat dengan asgmt yang berderet-deret mcam kereta api. lepas dan selesai  satu, satu lagi datang menjelma. belajar okay je. kekadang serabut gak. mana nak kejar asgmnt ni mane nak keja persiapan event lagi... tapi ni semua adat la kan.

ok la till then. Selamat pagi semua. saya nak tido pulak. esok la sambung buat kerja. tak terlarat rasa pinggang ni nak duduk menghadap laptop lagi. Bantal busuk pon dah panggil tu. Jap ye darling. sikit je lagi ni.

tata.

p/s: dalam sibuk macam mana pon saya still ingt awak....=)


No comments:

Post a Comment