Selamat datang ke hamtaro's blog.

Saturday 2 February 2013

Alhamdulliah

Salam. kita bersua kembali. Just a short update untuk korang.

Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan dalam sibuk-sibuk ni pon saya sempat nak cilok masa update. takut la kalo korang rindu nak baca kan.

Cerita terbaru, lappy saya telah rosak lagi. Alhamdulillah. Ujian time belajar. ujian untuk saya tapi rezeki untuk pembetul laptop. Ade pro and cons nya. Ape yang penting sabar, kerana sabar itu separuh dari iman. Ni apdate ni pn  hasil ihsan kawan saya. Guna jap ye kawan lappy kawan ni. sian dia dan sian saya kan.he3.

Masuk minggu ni, dah 6 minggu tak balik rumah sbb sibuk dengan belajar and uruskan event yang bakal menjelma kurang dari 2 minggu lagi. Alhamdulliah, berkat usaha dan tawaduk dalam membuat kerja sampai ke pagi, kerja-kerja bahagian saya dah 50% siap. 

Minggu lepas, mak saya ade datang melawat saya, sebab saya dah merengek suruh dorang datang tengok saya. Dalam tak nak-tak nak dorang sanggup jugak datang dari hulu selangor ke jengka pahang ni. Alhamdulliah, kerana saya berada dalam keluarga yang sentiasa memahami saya. Almaklumlah anak bongso perempuankan. he3. Dalam conversation saya dengan keluarga time tu, ade satu cerita yang best saya dapat, ade makcik kurang asam keping mana tah menjaja cerita pasal keluarga saya dan arwah abah kepada semua orang. At the first, saya memang marah. Pelik la kalo ade orang cerita benda tak betul kita tak marah kan. saya boleh terima orang caci saya tapi jangan sesekali nak cuba sentuh keluarga saya. kalo nak cakap jugak cakap depan saya. kalo tak pecah muka mungkin koma je orang tu. Tapi bila mak saya cakap "takpe pahala dia insyallah kita dapat". Alhamdulillah. so kepada makcik yang ku kasihi, sila sila tambah pahala kami.

last but not least, sebelum saya sambung balik buat kerja dekat atas. saya nak cakap, setiap yang berlaku pada kita cuba set dalam minda untuk redha (alhamdulillah-segala puji bagi Allah) bukan pasrah. Experiment ni, saya dah  buat, dan hasilnya...sangat best. Korang mungkin akan lupa apa yang orang tu dah buat, nyaman gila hati, pemikiran lebih terbuka dan insyaallah boleh mengawal amarah. Jadi beruntung sesiapa yang redha dan bersabar ni. Mungkin ade hikmah disebalik apa yang berlaku. Kita mana nak tahu. Tu semua kuasa Allah. okay. till then, Tata. 

p/s: redha itu ikhlas dan pasrah itu menyerah. Banyak perbezaan tu. =)


No comments:

Post a Comment