Selamat datang ke hamtaro's blog.

Monday 30 July 2012

teringat pula..

selamat malam kepada anda redears. jam sudah menghampiri jam 2 pagi pada waktu ini, dan saya masih lagi bertahan bagi menyiapkan kerja kursus dan ulang kaji.  Sekarang kerja kursus dah siap tinggal nak baca buku je lagi. Tak pernah-pernah saya bertahan sehingga ke jam ini. ini adalah satu book of record nafisah sem ini. TAHNIAH!!!.  

petang semalam saya terlambat untuk pergi ke klas. akibat ter-over la pulak tido. orang pose la kata kan. di sebabkan pose jugak, kami (bersama rakan yang terbabas tido) pon memilih untuk naik bas. 
time nak bas tu satu perkara telah menyebabkan saya terimbau kembali zaman sekolah saya. nak tahu apa yang buat saya terimbau baca bawah ini,

*perbualan pemandu bas UiTM yang saya tercuri dengar*

kring..kring..kring...

"hello adik, ni abah ni. adik dah siap nak pegi sekolah ke?"

menunggu jawapan anak sambil pulas stereng

"tunggu abah tau, kejab lagi abah balik hantar adik. abah tak abih kerja lagi ni"

Kisah yang saya nak kongsi kisah lama, so tiada paksaan untuk di baca. 

Zaman sekolah dulu saya tak pernah naik pon bas pergi sekolah.  sekolah pagi petang abah saya hantar. 
Untung akak dapat abah. abah memang tegas. perkara yang paling saya takut bila masa mengaji.  Kalo tak rotan, paip getah la jadi tok gurunya.  Bila tak mahu pegi sekolah tok gurunya tali pinggang pula.  

Perkara yang saya tak dapat nak lupa hingga sekarang ialah, abah kalo nak hantar saya atau kakak dan abang pegi sekolah, dia pasti bawak adik saya sekali.  Bayangkan la kalo dekat moto tu ade abah, adik 2 orang, saya, abang.. boleh buat pacak motor tu. Kenapa tak naik kereta? Kami pada masa itu bukan la orang senang. yang ade hanya motor kerajaan dan motor kriss lama. Bagi kami kenderaan tu dah kira sangat bersyukur dah.  Mak saya cakap, masa nak bersalinkan kami semua dulu pon naik motor pergi hospital. Tapi mak tak pernah nak mengeluh. Mak kata bersyukur dengan apa yang ada. Ada orang lebih susah daripada kami.

Berbalik kepada naik motor pegi sekolah. korang tahu perkara yang paling saya bila pergi sekolah naik motor?. saya suka bila time hujan. time hujan, abah akan tanya

"kakak nak pergi sekolah tak?"

hanya senyum kambing jawapan saya beri

"tak payah, hari nak hujan ni nanti basah buku"

lagi saya senyum sampai ketelinga...

tapi ade satu masa bila hujan masa on the way, berhenti jap selamatkan buku dengan membalut beg dengan plastik bag.

ade juga bila time motor buat hal, lagi sian kat abah. tolak motor cari bengkel. 

sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi air mata dah mula bergenang.  tak semua benda orang perlu tahu, dan tak semua benda kita perlu tahu..ape yang saya pohonkan hanya kebahagian abah dekat sana.
Al-Fatihah..

okay study time, pastu sahur....good morning readers.

p/s: time menunjukkan 2:30 pagi sekarang ni. salam



No comments:

Post a Comment