Selamat datang ke hamtaro's blog.

Wednesday, 31 October 2012

karangan yang di janjikan


Ok masa untuk buat karangan telah pon tamat. kalo macam ni la buat karangan alamatnya gagal la wei. lebih dari dua jam...hohoho. So kini saya persembahkan kepada anda semua wahai readers…

Korang mesti tak tahu kan, yang saya ni sangat mengilai kucing. Dekat rumah saya ni boleh eh bukan boleh tapi memang banyak kucing. Sejarah kitaorang bela kucing ni bermula apabila ade tiga ekor kucing yang dijumpai di kedai makan berdekatan rumah saya. Disebabkan sangat comel dan kesian dengan mereka maka abang saya iaitu dalang dalam pembelaan kucing ni telah bempakat dengan kakak dan adik beradik yang lain untuk membela secara senyap tanpa pengetahuan appa(abah) dan oma(emak). Dan nak dijadikan cerita, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua. Kami ketahuan. Absolutely my parent marah kan. Tapi mula-mula je pastu ok dah sampai la ke sekarang. Dah beranak pinak pinik dan segala capital (p) nak menunjukkan dah bergeneration dah kucing-kucing saya bela ni. Hari tu kami orang pindah sini* rumah baru* belikan sangkar besar untuk tempatkan mereka-mereka ini.

Ok tu mukhadimah sebenarnya. Ni yang sebenarnya nak cerita, seminggu sebelum saya study week saya balik rumah kejap rehat-rehat… pastu seperti biasa, setiap hari ahad kami akan pergi ke pasar. Pastu owt nak balik rumah kami nampak seekor anak kucing yang sangat la kesian. Kurus, comot, dan matanya sakit. Kakak saya dah berkira-kira nak amik dah mula-mula. pastu jalan pulak ke depan lagi. Pastu dia cakap dekat saya macam ni

“kesiannya la kucing tu. nape la dia kene buang”

“kamo nak amik bela ke?”- saya tnya

“ummmmmm. Amik la kesian. Jap lagi orang langgar. Orng bukannya nampak dia dah la kecik”

“oma tak marah ke. Kita amik ni”- kakak saya yang lagi sorang tanya

“pandai-pandai la cover nanti”

“tapi macam mana nak amik. Kotak tak de”

“amik je guna plastik ni”- plastik ini merujuk kepada plastik yang orang biasa guna tu kalo dekat pasar.

“kalo ade rezeki kita bela la dia sampai besar. Kalo takde kita dah tolong”-kakak saya cakap

kalo tengok keadaan 'dia' masa tu memang macam 40% je la nak hidup. Saya absolutely akan sokong kalo benda-benda yang berkaitan dengan sikap perikemanusiaan ni. so Alhamdulillah kucing tu dah pon besar dengan sihatnya. Cuma dia ade masalah penglihatan sikit. Bukan buta tapi separah buta la. Mata sebelah dia tu macam dah tak boleh nak guna sangat. ‘dia’ hanya berpandukan mata sebelah mata yang separa nampak tu. kalo ‘dia’ jalan, ‘dia’ akan tunduk tengok bayang-bayang dia sendiri. kalo gelap dia akan senyap je.. Kalo dia nak focus masa nak main dia akan sengetkan kepala dia untuk focus bende yang dia nak main tu. dan of course lain yang ‘dia’ attack benda lain yang dapat. So balik cuti sem ni saya balik tengok dia bukan main tembam. Oma saya cakap ‘dia’ ni makan setiap 5 minit. Mak ai. Dah macam bela anak dinosaur. Dan kalo nak buat kan dia susu kene pekat dan panas sedikit. Punya la demand. Macam mak datin besar dalam rumah ni. tension tengok dia.  Tapi takpe saya suka. Senang nak gayang dia. Hahahahahha……

Ni gambar dia seminggu selepas saya balik study week….


Ni gambar dia yang saya cakap tu…


Nama dia bubu.. tapi bila saya rasa nak buli dia saya akan panggil dia bulat, buncit, buntal, bunt*t, dan segala yang boleh ‘dia’ sakit hati. Jangan tak tahu dia macam faham-faham bila saya kacau ‘dia’. ‘dia’ akan buat muka yang menyapah gila. Dalam hati mesti dia cakap *kenapa la budak ni balik rumah. Aku cakau muka kang baru tahu*. Samseng tok. Adik saya sampai cakap.

“ kamo la ni buat dia jadi samseng”

“apasal pulak akak. Dia dia memang samseng pon”

Sebab dia sekarang asal marah cakor tak pon gigit tangan orang.  Dalam hati saya cakap, ‘owh no I have give a bad influence to my cat’. Heeeeeeeeeeee……..
Tamat

p/s: berapakan markah saya dapat untuk karangan ni?

Monday, 22 October 2012

baca je....

salam di pagi hari selasa....well kalo saya dah start untuk berbloging kembali, ini bermakna cuti sem telah kembali lagi. dah macam iklan la pulak *tora datang lagi dengan permainan bla bla bla*... he3 sorry semua sebab dah lama tak bersenam jari dekat sini. bukan nye malas cuma sangat malas je nak kuruskan jari-jari ni. khekhekhe...ade yang rindu dekat saya ke? ade ? ade ke? *owh perasana lebih. memandangkan saya sedang rajin nak meng-update ni saya update la ye.

nak tahu cerita terbaru saya? cerita terbarunya saya....saya....saya...saya dah...............tamat......kan...tamat kan.... tamat....sem 3.
so, tahniah untuk diri ku. have a big for your self. feeeewwwet. wooooooooo. i'm proud of my self. heeeeeeee ^_^

itu je yang terbaru. lain?? semua benda tak nak keluar lagi dari kepala ni. almaklumlah cuti. segalanya harus cuti termasuk my little cip. saya update sekadar nak beritahu saya masih lagi aktif untuk berbloging. terimas untuk yang tekan loceng* ting tong* dekat sini... kalo rajin datang singgah-singgah la lagi.

-tamat-

p/s: saya karang karangan dulu untuk tulis ape. nanti saya update lagi. stay tune

Sunday, 23 September 2012

take a break #2

dah bajet ko bloger bersiri la ni. pakai no 2 bagai....

heeeeeee =)

sesekali nak bajet ape salahnya. blog sendirikan.
hai readers and blogwalking..dah start study weekkkkkkk yahoooooo.

jangan nak yahooooo sangat. baca buku isnin depan dah start..

ye...sat lagi saya baca. entry ni lebih untuk sambungan kepada entry lepas. kan saya ade kata kata2 seorang lecture tu. ingat? kalo tak sekerol je kebawah tahu la kebenda yang saya merapu ni.  pada akhir kelas tu dia cakap macam ni..

saya nak semua student saya tutup aurat, kalo pakai tudung make sure you cover 'that part', kalo boleh pakai hand sock sekali...aurat perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, dan satu lagi jangan pakai baju ketat.

this is a real teacher for me. bukan setakat duniawi je kejar, akhirat pon kene kejar jgk.  benda yang kita nampak salah kita kene tegur. dan sebagai student, mesti saya agak macam "biar betul dia cakap macam ni" tapi at the same time saya tabek spring 100x dan LIKE 1000 untuk ni.....

ala... aku biasa jugak dengar lelaki tegur macam ni. apa yang kecoh sangt sampai nak post dekat blog

memang ni perkara biasa. tapi for me, this is the first time. pernah la ade dengar tapi kebanyakkanya dari ustaz bukan dari seorang lecture lelaki muda yang biasa. tiba-tiba saya berfikir sejenak tentang kata-kata seseorang lelaki ni..

lelaki ni dia memang mempunyai sikap tak amik kisah.....

yeke?.... sekarang sudah terbukti. tak semua. mana yang macam lecture saya ni..dia jenis yang ambik kisah


sebagai konklusinya...tak kisah la siapa yang menasihat.  tutup aurat tu adalah perkara wajib bagi semua. tutup la walau terpaksa..kerana orang tua-tua cakap, asal bisa tegal biasa.  jangan jadikan alasan yang anda tidak bersedia. sedangkan kita tahu hukum Allah kita wajib diikut.

ala bukan semua orang yang tutup aurat tu baik..

memang la tak semua yang tutup aurat tu baik. ade ke sign dekat mana-mana tudung yang tulis "saya baik bila saya pakai tudung". baik buruk seseorang tu, kita biarkan Allah yang maha adil tentukan.  kita manusia yang sangat lemah dan banyak kekurangan. nak buat ape judge orang sedangkan kita tahu diri kita banyak lagi yang perlu dibaiki. kalo anda tengok ade perempuan yang pakai tudung tu jahat, satu je yang anda kene ingat...dosa dia tutup aurat dah lepas. dosa anda?

saya bukannya baik sangt nak menasihat orang. tapi sedangkan seorang insan yang bernama Adam peka dengan Hawa di sekelilingnya kenapa kita tak peka dengan diri kita sendiri.  saya pon masih lagi sedang memperbaiki diri. dan teguran lecture saya tu membuat saya sedar akan kelalai saya.

Assalamualaikum...=)

Friday, 21 September 2012

take a break...

sudah lama rasenya tidak berada dizone hamtor's blog ni..heee, padahal baru je berapa hari. poyos. penatnya la rase badan ni. dah tiga malam tido hanya 3 jam je. ini semua gara-gara kerja yang tidak siap sepenuhnya.. dan study sebab ade kuiz dan test. dah empat hari CPU dekat kepala ni tak berapa nak rehat,tambah lagi input, hafal buku ini dan itu...syabas untuk diri anda nafisah!!!!

maka tamat sudah sesi pembelajaran untuk sem 3 saya sebagai pelajar pengurusan pejabat.  Alhamdulillah. sekarang harus bekerja keras pulak untuk menghadapi  final exam..

sat lagi dalam araound pukul sepuluh saya mahu tidor...ini sebagai kodok hari-hari lepas punya tido.  .  tadi masa tegh amik note taking(test) boleh mata terpejam. yang hebatnya tangan  still berjalan okay. itu kisah masa pagi.  tengah hari pulak, time2 borak dan gelak-gelak dengan roomate boleh pulak tertidur lagi.. aduh...dah la petang ade lagi test lain. saya pesan dengan kawan-kawan saya,  nampak saya tutup mata sekejap pon terus gerak tau. takut tak tersedar pulak.  Alhamdullilah mata saya tak terpejam pulak time pekse petang tu, kerana soalannya babak la susah.

sebenarya bukan itu yang saya ingin kongsikan pada entry kali ini, saya cuma tertarik dengan kata-kata seorang pensyarah saya pada akhir kelas semalam.  walaupun dia seorang pensyarah tapi bagi kami dia seperti abang yang sentiasa inginkan yang terbaik. cara dia mengajar lebih friendly dan sangat tolerate.     kalo dia terbaca entry ni abis la. heeeeeeee. perasan banyak follower pulak padahal.....malu nak cakap.  okay dah ngantuk...mata dah layut, nak tido. Annyeong.

coppppppp....tapi ape yang dia cakap?

owh tu nantilah saya update ye. =)

Saturday, 15 September 2012

Apa yang saya tulis ini...!!!!

sorry gambar ni copy paste. malu nak letak gambar sendiri. he3


Bila anda sedang ngantuk sambil tengah buat assignment, conform benda mengarut yang anda akan tuliskan?. Semalam saya tengh buat assignment sampai around jam 1 kot. Tak perasan jam masa tu.  Tah macam mana saya terlelap, dan selepas beberapa minit kemudian terjaga balik dan menaip. Kan bila kita tertido otak kita pon akan tershut down jugak kan…sedar2 je terus saya baca soalan assignment dan terus menaip.  Bayangkanlah letih ni, mata dah kelat sesangat dan dalam masa yang sama anda nak menyiapkan kerja.  Memang superb la hasilnyakna.  Dan hari ni, saya bukak balik assignment semalam yang saya taip. Memang pelik .  Dan macam bahasa Uganda + bahasa Taiwan pon ade…sekarang tengah nak mengedit balik.  Haigoooo….sebaik baru taip buatnya terus tekab button print kan dah membazir. Sebagai konklusinya jangan buat kerja last minute wahai diriku dan sahabat2ku. 

Salam ^ ^

santai jap

entry kali ini hanya akan ni penuhi dengan gambar kawan saya. bermula dari semester satu sehingga sekarang. so korang takde lah letih, dan hentak2 laptop nak baca entry saya, sebab coloteh saya hari ini sangat pendek.

benda ni di beri oleh mimi masa sem 2. bukn handphone tapi si bird tu


ni masa kami orang kena handle majlis. best ^ ^

kami tiru gaya budak yang sakit mata heboh satu dunia 


ni pulak dari nad masa sem 1

masa sem satu. muka masih innocent okay.

keluar makan sama2



main boling dekat TS

with birthday girl...anak merdeka budak ni


untuk makluman korang, dua dri empat dari geng ini sudah pon berpunya...tak lama je lagi dah nak menamatkan zaman bujang...lepas ni mungkin agak susah nak buat benda2 ni bersama. sob sob sob..sebelum tu, sape yang tahu saya patut beri ape untuk kawan-kawan saya ni?? saya nak yang tahan lama, comel, yang selalu guna sampai ke tua, murah, sampoi, tahan lasak sebab yang dorang kasi tu semua dah barai dan dekat mana tah saya campak ...saya nak dorng ni selalu ingat friendship kami...bukan bermaksud saya dah lupa kawan lama saya ye... uolls la penguat semangat saya. luv u. he3

p/s: sila beri idea ye. tq.