Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih teu
ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur.
Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam
tangannya.
“jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan
saya ni”. Kata pelanggan iut menunjukkan
genggamannya.
“cuba berikan aku bayangannya,” pinta penjual telur.
“Benda ini bentuknya seperti telur”
“lagi”
“warnanya seperti telur”
“lagi” rayu penjual telur lagi
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas
berkata
“Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasaj rasanya seperti
telur. Ia cair dalam keadaan iasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pejal”
Penjual telur terpingga-pinga.
“tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir”
Setelah berfikir panjang, penjula telur menjerit
“aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!”
Pelanggan menggeleng-geleng kepala lantas membuka
genggamannya. Ia hanya sebiji telur…apalagi?
Moral of the story: manusia sering menjadi buta dengan apa
yang terlalu hampir dengan dirinya.
Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu
sudah tiada baru terasa kehilangannya.
Kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh,
tetapi kerana terlalu dekat.
No comments:
Post a Comment