Nampaknya duit telah memenuhi ruang entry saya kali ini. Ini adalah kerana, Makcik dah kayo!!!..
duit pon nak tayang ke?...nampak sangat SBRB (Sombong, Bongkak, Riak dan Belagak).Adoy.
Hari yang lepas-lepas adik saya Abi, yang saya ade cakap
pasal tulang rusuk tu balas balik kenakan orang. Hish, tak puas hati nampaknya.
Dia cakap nak buat magic. Ala-ala FUYOO MAGIC kat Astro Ria. Nama magic ni
adalah GARAM keluar dari duit. power gila adik saya. Lepas ni tak payah beli
kat kedai, buat magic je garam dah ade.
Jimat.
Dengan muka yang agak confident dia mintak duit seringgit. Kitaorang
ni pulak terlebih minat nak tengok. Almaklumlah, jarang adik-adik kitaorang nak
tunjuk bakat. Semua nak sorak.
Dia pon duduk menghadap kami semua. Dengan gaya yang konon-konon pro tu, dia pon
menggoyang-goyangkan duit tu, lipat-lipat, suruh ciup (pengsan), dan terseyum. Menyimpul banyak
rahsia disitu.
Kami pon menanti dengan penuh debaran di dada. Tiba-tiba dia
cakap “dah”.
Aik??? Siap dah ke??? Banyak tanda soal kat situ sebab kami
masing –masing tak nampak. Tenung lagi nak pastikan, tapi memang takde.
“Hok aloh, mana garamnye?”
“Kata ade garam keluar…. Pulangkan duit kami, pulangkan duit
kami!!!” tanda protes.
“Kami nak magic yang bersih” (aik lain macam ni). Yang ni
tambah je. he3
Dia pulak cakap,
“adela cuba dekat sikit. Garam kan halus macam mana nak
nampak kalo tengok jauh”
Tenung lagi… tapi memang tak de. Korang nampak tak??? Takde kan.
Ni kes kena tipu la ni. Memang tak boleh percaya la.
Pastu dia angkat tunjuk ni,
Tipah tertipu bang, tipah tertipu.........
No comments:
Post a Comment