Hohohohohoho….selepas bertungkus lumus berperah otak
sehingga menjadi seperti belon yang kempis, telah tiba masa untuk di kembangkan
kembali otaknya dengan menghirup udara kebebasan dari belajar.
(walaupun agak kelambatan untuk saya mengepost tentang ini) Belajar kat
universiti ni memang best. Belajar empat bulan pastu sebulan final exam. Dalam
empat bulan tu la ade kuiz, koko, study, toturial, mid sem break, kerja kusus,
presentation dan yang paling penting kutip kupon. Perkara tu paling wajib bagi
mahasiswa dan mahasiswi UiTM seluruh cawangan di Malaysia. Nak kata rushing
sangat tu takde la cuma kena pandai-pandai urus masa. Time final exam, study week la yang paling
aku tunggu-tunggu. jangan ditanya sebabnya kerana masa ni home sick memang
tahap gaban (tak boleh balik) sebab nak final ni kami orang akan tersangat la sibuk untuk kerja
kusus dan presentation. Macam yang saya cakap tadi, masa kene urus dengan betul, tapi saya ni, memang masa-masa
akhir ni la favorite nak buat kerja. bersengkang mata la jawabnya. tapi aku jam 12:00-1:00a.m tu je aku tertahan mata. lepas tu ZzzZzzzzz......tangguh lagi keesokan harinya.
Perkataan home sick memang tak boleh dipisahkan dengan saya.
Asal ada cuti je balik, asal cuti je nak balik, asal balik maknanya cuti la tu.
sampai pakcik tiket tu pun dah kenal sangat. Ni nak story sikit, pernah satu
hari saya tak mahu nak balik university ni . saya sampai bermasam muka la nak
balik ni dengan mak . Serupa macam budak kecil. Tapi saya peduli apa. Perkara
ni terjadi bila saya dah on the way nak balik ke university. Korang bayangkan
la, dalam kereta ni boleh saya cakap
“macam malas la pulak nak balik hari ni, balik esok je la”
Memang siapa yang ade dalam kereta tu panas dengan saya.
Terasa bahang walau air-corn terpasang kuat. Mak saya apa lagi,angin la dia.
Yela time tu nak final exam, boleh pulak buat keputusan yang tak masuk dek
akal yang waras. Mak aku cakap
“balik je la, boleh study. kat rumah kakak tak boleh nak
focus”
Lebih kurang macam tu la. Masa tu macam bertekak juga la.
Bukan nak melawan, Cuma bentak je. Last-last balik jugak saya ke university ni
walaupun terpaksa. Bermasam muka jugak la sebab tak nak balik time tu. tapi sekejap
je pastu baik balik. Ni semua berlaku kerana saya rasa letih lepas hantar abang
saya masuk belajar kat KLIUC kajang. Bukannya penat sangat pon Cuma malam tu aku
study sampai lewat malam, so mood pagi tu memang tak stabil sebab ngantuk
sangat. Salah sendiri la juga.
Moral of the story jangan tangguh-tangguh kerja. Bila ade
masa buat sebab masa berjalan tanpa kita sedari dan yang paling penting
masa-masa yang lain diperuntukkan untuk tidur, makan dan belajar akan
terganggu. Another thing, tetapkan pendirian anda dalam membuat keputusan.
Jangan nanti jadi macama saya ye, in one minute can change. Ni gambar geng saya kat UiTM. nama geng ni POOH. tapi kamiorang sebut PO-OH.
Time to go...bye2