Hari lepas saya ade cakap pasal saya nak update RAyA2 kan? So
this is the entry… enjoy reading ya!
This is the beginning of our journey….
Kami bertolak pada hari sabtu. Tapi sebelum tu, kami pergi dulu ke kubur
dimana orang yang kami sayang ada di sana.
Raya tahun ni, sudah masuk tahun ketiga raya kami beraya tanpa abah. Jadi sebelum kami beraya di kampong, kami
perlu beraya bersama abah dahulu…”selamat hari raya abah. Maafkan segala dosa
kakak dari kakak kecik sampai akak besar ni.Halalkan segala ilmu yang
dicurahkan, terima kasih beri pendidikan yang terbaik dan terima kasih jadi
abah kakak yang sentiasa memberi semangat dan tak lupa membesarkan kakak dan
adik beradik yang lain dengan keperluan yang cukup. Abah adalah abah kami yang
terbaik”. Ya Allah engkau ampunkan segala dosanya dan tempatkan lah dia
dikalangan orang yang beriman.. amin.
Perjalanan diteruskan tanpa berhenti selama 2 jam setengah
ke Melaka. Sesampai sahaja disana, kami
dikejutkan dengan berita bahawa anak buah kami yang berusia 12 hari , sudah
dalam keadaan tenat. “daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali”. Dalam
tengah hari gitu kami diberitahu dia sudah tiada akibat masalah jantung. Kami hanya sempat melihat wajah bayi sebelum dimandikan. comel sangat, dan keadaannya seperti tidur yang lena dengan dibuai dodoian ibu. Sayu hati tengok kak Fariza. Dalam senyum melihat kedatangan kami, air mata kesedihan mengalir ditubir mata. Ibu mana yang tidak sedih bila anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari pergi hanya dalam sekelip mata. Tak tahu la kalo keadaan saya di situasi dia. kuatkah saya? hanya Allah yang tahu. satu yang kita kene pegang bila kita diberi ujian, "Allah akan menguji hambaNya mengikut kemanpuan dan dugaan ini adalah kerana sayangnya Dia kepada kita". Insyaallah kuatlh mereka menghadapi dugaan ini. Satu perkara yang membuatkan kami terkilan
adalah sikap kakitangan hospital yang sambil lewa melakukan kerja. Tanggungjawab anda sepatutnya membantu dan merawat para pesakit bukan menjadi ahli nujum dengan membuat tekaan tanpa membuat pemeriksaan lanjut. Walaubagaimana pun semua ini sudah ditakdirkan
dan kami menerimanya dengan redha.
Yang hidup harus meneruskan kehidupan dan semloga kita tabah menghadapi dugaan yang mendatang.Dan ke esokam harinya sudah raya…. RAyA RAyA!!! Tahun ini kami bertemakan hitam.. dan lepas ni hanya gambar yang akan memenuhi ruang selepas ini. Selamat hari raya semua. Maaf Zahir dan Batin
|
di sebabkan digambar family...gambar ini harusla bersaiz EXTRA LARGE
my beloved mom, yang duduk di kiri sekali.. |
|
jemput makan kuih raya semua |
|
sesi photography bersama adik beradik pulak |
|
excited raya pertama |
|
pada raya kedua.. saya hanya memakai baju blous aka t-shirt labuh sahaja.
senang nak bergerak untuk berjalan raya. |
|
with my little brother, brother and me |
|
perjalan bermula untuk beraya pada raya kedua..... |
|
first house yang menjadi mangsa terjahan kami. nasib baik depa dah bangun ..he3 |
|
rumah kedua.. rumah arwah hamid nordin |
|
selepas lima hari di kampung...pulang ke rumah pula
-with my abi(adik)- |
|
oh my face..... |
|
ooooohh balik rumah, oooohh balik rumah |
tamat dah pasal raya... Assalamualaikum =)
No comments:
Post a Comment