Selamat datang ke hamtaro's blog.

Monday, 13 January 2014

it will end

agaknya kisah saya dengan MA akan berakhir tidak lama je lagi. saya kalo ade rezeki sambung lagi kerja dekat situ, insyaallah dan MA saya pulak akan bertukar berpindah menjadi Branch Manager dekat batu pahat, johor. bkan berhenti cuma di naikkan pangkat. macam sedih pulak rasenya. lepas ni dah takde la orng menyakitkan hati saya dengan kata2 yang pedas lagi berapi dan tiada lagi arahan "Nafisah itu...Nafisah ini...Nafisah Nafisah dan Nafisah". rase aman tapi mungkin akan rase kekurangan tu.

MA : awak nak kerja lagi tak dekat sini? 

sebab kontrak saya dekat syarikat ni dah nak abis.

N    : hmmm, nak.

MA : Bos pon ade suruh saya carikkan awak kerja permanent dekat sini. nanti saya carikkan

MA : naf, saya akn berpindah ke batu pahat jadi branch manager dekat sana.

N   : saya tahu.

MA : macam mane awak tahu? 

N   : saya tahu dari orng dorng-dorng ni.

MA : lain kali jangan dengar dari orang dekat2 sini. melainkan dari saya. 
    28/1 ni saya last dekat sini dan lepas ni awak akan
    assist dengan encik H (bos saya yang satu lagi)

N  : bukan encik last 1/2 ke?

- sebb dari gosip yang aku dengar dorng2 ni kata

MA : saya start kerja dekat sana 1/2 sya berhenti dekat sini 28/1.
     lagi pon saya kene sign document amik mandat dari BM yang lama nak pindah ke sana lagi.

N   : encik haaa..

-time ni pulak saya boleh nak tersasul nak panggil bos saya yang satu lagi. sya pernah tersasul sebelum ni dan dia kata "saya ni ade muka dia ke"..tapi yang paling mengejutkan dia cakap macam ni

MA: .takpe, biasa kan dengan nama dia sbb awak akan bekerja dengan dia. kalo awak tengok sekarang ni pon semua kerja saya tolak dekat dia, macam separuh gila saya tengok dia dekat sana. tapi saya nak dia berlajar bila saya dah jadi BM saya nak dia mahir. 

pstu ade la borak2 sikit.. 

semalam saya nampak dia dah start amik kotak nak simpan semua barang2 atas meja dia.. saya pandang dari ekor mata je dia start mengemas. time nak salotape kotak tu dia mintak gunting la dan segala bagai dekat AA yang satu lagi padahal saya AA dia ni dia buat derk je. Pastu aku dengar la Encik farizal cakap

EF : ko memang ignore terus naf kan?

semua kat situ dah tergelak2 dah.

MA : aku bukan ape aku taknak naf nanti terasa aku takde nanti. aku nak dia biasa

aku dah gluppppp...telan air liur bnyak2. pastu encik farizal tu ade la cakap something yang saya rase macam nak pelangkung kepala dia. tapi saya tak ingat ape. something yang macam "nafisah tu ade cakap something atau dengan kata lainnya saya ni ade termengumpat si MA tu. aaahhh sudah... saya dah start risau dah. 

MA: kenapa dia mengumpat aku ke?

owhh nooooooo...saya pandang encik farizal tu dan menunjukkan sign jangan teruskan apa yang dia nak kata.

EF : nafisah dia tak sedih pon nak tinggalkan awak
N   : ade saya kisah. biarlah dia

smua orang dekat situ dah  "woooooooooo...."  nasib baik MA tak dengar. 

saya sebenarnya senang untuk bekerja dengan si MA ni. tapi bila tang dia nak buli saya tu saya rase geram tahap gaban. bila dekat rumah saya ade jgk merungut dekat kakak2 saya. saya cakap dia mangkuk. kakak sya cakap

"kalo dia mangkuk kamo tu adalah sudu. mangkuk kalo kita letakkan kuah dalam dia. macam mana kita nak keluarkan untuk makan?. kita perlukan sudu untuk kita hirup dan makan sampai kenyang. jadi mangkuk tu takde pape melainkan dia hanya sebagai mangkuk.kamo tu adelah pelengkap. tanpa kamo dia takde pape. faham?"

saya sangat setuju dengan kata2 tu. sebab bos adlh pentadbir dan saya pekerja adelah pelaksana. kalo hnya ade pentadbir takde pelaksana macam mana kerja nak jalan. dan bukitnya saya nak mintak cuti tak pernahnya dia nak approve dengan alasan "sapa nak jaga opis?" nampak?...ha3. ok la till here.. 





Tuesday, 10 December 2013

MA tu bos aku

As Salam and very good night to all. I’m back bloggers. Walaupun tak selalu dan sekerap yang di janjikan. Cerita ape pulak la kan yang nak saya share kan untuk update ni. Cerita terbaru saya dengan Mr.Arrogant? harus ade ok, dah confirm terpampang dekat tajuk kan. Korang pun mesti tertanya ape khabar saya dengan dia.. ape yang boleh saya cakap, saya semakin benci + menyampah tahap meluap-meluap macam gunung berapi yang active tu.

Bila pikir ape yang MA(Mr. Arrogant) tu dah buat, nak saya duku kepala dia biar elok sikit. Takde la menyakitkan hati memanjang. Panggilan saya untuk dia dkt pejabat Encik A…(nama dia tak boleh sebut). Dan ramai pulak yang macam pelik tahap macam tengok gajah terbang atas kepala. Bila saya dok panggil dia Encik..Encik…Encik.. ade la makhluk ni, mengajuk cakap saya. Bagi saya panggilan Encik tu adalah satu panggilan yang biasa dan formal bila kita berurusan dengan orang yang lebih tua dan berpangkat. Sampai ade yang cakap, ‘dik tak payah la nak formal sangat dengan A tu..dia tu bukan bagus sangat’. Bila orang dok persoalan kan panggilan saya untuk MA tu, saya dok tertnya2 MA aku ni memang teruk ke? Pastu tiba-tiba otak saya berfikiran dan menjawab secara drastic nya ‘memang teruk pon, takde respect dgn orang yang lebih tua dari dia. Dengan orang yang layak dipanggil ayah pon dia panggil bro..bro..pastu bahasa diri aku kau..aku kau…mulut memang tak payah cakap la. pakai leps je. memang patut’. Tapi perkara yang aku respect MA aku ni, solat sangat dia jaga, pemurah dan dia ade ilmu agama dan boleh dikatakan dia akan share dkt semua staff lain bila ade masa kelapangan. Cuma slack dekat tadi tu.

Sepanjang minggu ni perkara yang paling saya menyampah bila dia suruh saya tolak troli yang banyak barang. Atas troli tu ade beras dua guni, 3 kotak barang yang bersaiz besar. Mana pergi sifat ihsan kepada insan yang comel lg ayu macam saya ni?. ade kepatut? Pesanan untuk tolak troli tu sya terima dari bos bahagian lain (sama level ngan MA saya). dia cakap

“nafisah, bos awak panggil turun bawah suruh angkat barang sikit.”

“Ok” mungkin kotak kecik atau document ke hapa.

Tiba2 “naf, bawak sekali troli ni”  

“biar betul encik tu nak saya tolak troli ni?...encik faizal tipu ea?”

“tak, bos awk yang pesan”

Jadi dgan langkah yang ternya-tanya saya sampai ke destinasi parking kereta. Saya Nampak MA saya bawak kereta panrking depn saya dan dengan selamba badak sumbu dia tanya

“bawak troli?”

“Ade”

“mana?”

“Ade tepi tu, takkan nak letak sini pulak”

Dia pon angkat2 brang tu susun atas troli. Dan dengan selamba badak berendam pulak

“naf, ko tolak troli ni naik tingkat atas”

 “saya ke yang kene tolak ni? bukan saya hanya tolak troli kosong je ke? Bapok beratnya nak tolak sorang ni”

“takde dalih-dalih..saya suruh awak tolak, bukan suruh awak angkut benda2ni naik atas”

Nampak? Sekali lagi dia bersikap kurang asam boi dia dengan saya. Nasib baik ko bos aku, kalo ko bukan, memang aku tolak tepi troli ni. Dan dengan sedaya upayanya saya tolak troli tu dengan penuh bergaya. Sampai dkat department saya orang2 dekat situ cakap “waw perempuan yang buat” ade pulak yang cakap “siannya dia”. Rase macam artis pulak saya sekejap tapi hati aku berbulu je. Ni semua gara si MA tu. Kalo nak suruh AA angkut semua ni, baik amik AA lelaki dari amik saya. Kuderat perempuan kan lain dari lelaki. Sepanjang saya kerja dekat situ, saya dok perhati kalo nak angkat benda yang ringan pon AA lelaki yang akan tolong. Yang pnting saya sedang bersbar dgn dia. Bila time saya nak kene tukur jadi AA dept lain. Kalo boleh saya  tak nak tengok batang hidung, mahu pun bayang atau nama dia bermain di sekitar kawasan saya.

Esok cuti, and khamis sehingga keminggu depan dia tak masuk office. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!.
Till hear. Bye2



Sunday, 1 December 2013

Mr. Arrogant aka "bos kecik aku"

Selamat malam wahai penggembara blog. sorry kerana sudah sekian lama saya tidak meng-update blog ni. Time study dok kata saya busy dengan study, sekarang pon dok busy lagi ke? memang busy la nokkk.. i sekrang dah kerja. selepas sebulan jdi body builder (tembamkan badan), akhirnya saya diterima di sebuah syarikat di sungai choh.. Sorry to my dear friend Aiman Asyran sebab janji saya tidak dapat tepati. saya telah capatikan janji saya. saya tiada masa yang lapang untuk saya bertandang dirumah anda. insyaallah jika ade masa yang berlebihan saya datang seperti yang telah dijanjikan okay =)

bila dah kerja ni, of course sangat sangat berlainan dengan dunia belajar. dulu time belajar perkara yang selalu bermain macam ditaman permainan adalah 'bila nak abis belajar ni'... tapi sekarng dah kerja 'bila nak dapat gaji ni'..heeeee. dan bila dah kerja, you don't aspect ape yang korang belajar time belajar tu korang akan apply. hanya dalam 10-20% sahaja. so be prepared okay.

ni nak story sikit sebelum masuk ape yang saya masuk cerita yang sepatutnya, lepas abis belajar aritu saya ade la try tanya-tanya kerja dkat area rawang. tapi  tak la banyak, ade dalam 3 kedai kalo tak silap.. tapi yang paling saya ingat sampai sekarang, saya ade walk-in interview dekat satu kedai pizza ni. ape yang saya nak tekankan dekat sini saya dilayan macam tak layan je. saya menunggu orang yang nak interview saya tu nak dekat  30 minit okay. dengan alasan ade hal. okay mungkin la.. tapi seingat saya, time saya masuk je kedai tu saya ade nampak orang tu, tapi bila saya cakap saya nak cari kerja dekat salah seorang pekerja dekat tu..dia terus bla gitu je dengan alasan yang saya cakap tadi tu.. jadi dengan hati yang pasrah saya pon angkat la kaki balik rumah. pastu kakak saya cakap macam ni 

K : kan dah cakap, orang macam kita memang orang susah nak amik kerja
H : dah kenapa pulak
K : orang sekrang ni nak cari yang tak pakai tudung...bukan macam yang kakak pakai sekrang ni.  (bertudung agak labuh)
H : lagi pon dorang nak yang boleh pakai baju ketat, tide-in baju..kakak boleh ke? tak nak kan....jadi dengan cara tu la dia tunjuk yang dia tak nak amik kamu. alasan itu dan ini sehingga kakak faham-faham sendiri akak langsung tak sesuai untuk kerja dekat sini..dan pergi begitu je macam sekarang ni

ape yang saya boleh cakapkan...saya agak kecewa. adakah saya hidup dizaman jahiliah? orang yang menutup aurat dipndang rendah sangat. that make me so so so disappointed..

ok, sekarang nak story mory pasal kerja saya sekrang...ape yang boleh saya cakapkan. kerja memang best.. dengan orang-orang sekeliling yang banyak beri tunjuk ajar. tapi yang jadi masalah bos saya MR ARROGANT tu. dari gelaran tu korang dah tahu kan sebab ape. daru first saya jejakkan kaki dekat ofis tu dia sangat sangat berlagak. pernah sekali saya kene book flight dia nak pergi outstation. computer saya pulak tak connect internet jadi terpaksalah sya meminjam dia punya. saya ingat dia ni gentel la nak kasi saya pinjam kerusi dia nak pinjam duduk sat...tapi tahu ape dia kata? 

"duduk la...tapi amik kerusi sendiri"

dalam hati saya..'kureng tol. ko hengat aku kebulur ke nak duduk tempat ko??... 

pernah jugak dia cakap macam ni

"naf, ko dah buat kerja ni...kerja tu...kerja kerja bla bla..."

saya pon jawap la dengan muka ketat "dah, semua dah"

"dah? bagus....then dia cakap ni "ape lagi yang aku nak cari kesalah ko ni?"

pehhhhh...sabar2. nasib baik ko ni bos aku...kalo tak, dah lama ko kene penangan mulut berbisa ni

untuk makluman korang bos aku ni muda lagi. jadi mungkin faktor usia muda tu menyebakan dia sangat menyakitkan hati....dan saya ni pulak selalu la jugak  menjawabnye. sebab dah geramkan. mana nak tahan dengan mulut dia je. tapi setakat ni masih lagi bertapis..esok kerja.....malasnya -__-

till hear..we will meet again. good night


Thursday, 31 October 2013

Congrats Bro!!!

Assalamualaikum. Selamat datang semua ke kampong alam maya saya ni yang beratapkan screen bahagian atas laptop anda dan berdindingkan screen anda yang berkilau ni. pertama sekali saya nak mintak mahap la ye sebab kelambatan untuk saya meng-update blog ni. sekarang dah minggu ke-2 saya dok rumah baru nak update…masalah kekangan masa yang mengalahkan menteri menyebabkan saya tidak punya waktu dan mahapkan la manusia ini. Ok entry kali special case sikit sebab ada gambar-gambar yang bakal menghiasi blog saya ni.. selalunya hanya tulis cakar kucing(cantik sikit dari cakar ayam) je yang ada..

First come first, cerita pasal my big brother dulu. Sabtu lepas abang saya dah ‘Truly official grad as UNISEL student’. Wooohooo!!!! Dalam keluh-mengeluh dia ‘bila nak abis, bila nak abis’ dah grad dah abang aku sorang ni kau. I happy for u. Segala perit getir seorang pelajar telah berjaya dihadapi dan ini lah hasilnya…

Dalam perjalanan ke UNISEL BJ (batang berjuntai)

Me and my Brother


Lepas amik gambar ni kita orang buli mak....

Mak: nak buat ape pakai jubah ni…

Kitaorang bukan kira terus je pakaikan….

Mak: korang ni buat ape ni?
Kitaorang: mak pakai je la amik mood convo…
Mak: Convo apenya?
Kitaorang: Convo la membesarkan anak-anak, mendidik lagi sampai jadi mcam somei and pandai macam ni..
Mak: Mak layan je korang ni


Sian mak dah kene buli. Tapi sekali sekala je kene buli kan mak bila lagi 

Muka terpaksa layan budak-budak nakal ni
Sampai sini dulu…baru nak amik angin nak tulis balik blog blik ni, jadi mahapkanlah budak yang ‘macam santek je…macam somel ni’…heeeeeee

Saturday, 21 September 2013

mentally exhausted

mental exhausted.. itu yang saya blh cakap sekarang. terasa sngat penat dgn semua assgmnt, test dan segala seranah bila nak abis diploma ni. ehh jap, nak abis dah study? kira jap ye, 2011 sem satu.... sem dua..tiga, empat 2013 lima.... eahh betul la.. nak abis study la. yeahhhh..leps ni blah la stado je...

minggu dpn rabu dah start final... fuhhh. subject killer yang saya rase sangt memenatkan adalah akaun. Akaun ni membuatkan saya hidup tak imbang sebab nak imbangkan akaun.. makan, tido borak semua tak cukup. kan tak imbang tu.  lecture saya cakap, kalo akaun tak imbang tak masuk syurga... sebab kan tu la hidup saya tak menentu sekarang ni. ade yang tanya saya "ko amik akaun tak masa seklh dulu?". "amik". "hmmm, tak masalah la ko nak jawab akaun" "tapi aku drop". alahhhh mcama orang break up la. tak serasi tinggal kan je. tapi dkat u ni meghdp lagi. memang tak blh lari. weng-weng dah otak ni. JODOH betul. redah je la. insyaallah A+ dalam tangan.

smalm time tgh study law, sementara nak ilangkan ngantuk saya borak dengan roomate.

dia : "kalo aku dah kawin nak panggil laki aku apa ha? ko panggil ape nafisah"
saya : "abang"-sambil menyengih seperti kerang busuk
dia : "a'ah la..biasa la kan"
       "kalo ko pilih laki, ko pilih yang selamat kan ko
       (selalu ade bila ade masalah) or orang lain?"
saya: "tak kisah yang penting dia sayang aku and trima
     aku seadanya aku, tgr aku blh aku bt salah dan selalu ade dgn aku"
dia : "kalo ko, ko nak ditinggalkan atau ko tinggal dia.?"
saya :"ditinggalkan.. aku tak nak menyesal nanti di kemudia hari.  TAPI            kalo dia buat zina or yang seanggkatan dgnnya aku akan chow dulu"
dia : "perkara yang ko nak jadi kebiasaan dalam rutin bila dah kawin?"
saya : "aku cium pipi dia bila kita orang nak pergi kerja. aku nak dia tahu         aku sayang dia...kihkihkih"
dia : "kalo kawan baik ko tu jadi laki ko macam mane?"
saya : "tak kan... aku tahu dia. dia dah cakap dkt aku dia minat someone"
dia : "kalo jadi ko dgn diajangan lupa jemput aku"

ini hanya gurau kosong. bercerita pasal kawin dan impian selepas kawin adalah perkara common orang pompuan bila tak de modal nak cakap..... soal jodoh ni kita tak tahu. saya blh je cakap saya nak laki mcam Adi Putra, tapi kalo tu bukan jodoh saya. saya kene terima. saya pernah mencuba untuk propose dulu  seorang laki, tapi saya di tolak. satu pengalaman untuk saya dan saya terima. sebab saya tahu dia bukan untuk saya dan ade yang lebih baik menanti... ramai kalangan kawan saya dah start risau pasal jodoh. Jodoh Allah dah tentukan jadi jangan riso pasal jodoh kalo tak kawin lagi. kalo baya-baya saya ni dah dok risau.... hmmmmm saya pon dah kene start buat-buat risau ni... wahai adam ku di manakahdi kau??????

teringat pulak lagu IJAB dan KABUL.
 aku akan menjaga mu
semampu dan serbi satu
aku trima kkurangn mu
dan aku tak akan mengeluh
kerna bagi engkau la nyawa ku....






Saturday, 10 August 2013

salam aidul fitri

sekarang menunjukkan jam 7 petang. hari ni raya yang ketiga. semalam raya ke-dua kitaorang dah berangkat pulang ke rumah kerana bajet cuti yang ciput (cuti raya 4 hari je) ceettttt...

maafla ye saya sangat jarang nak tulis menulis di blog ni. saya macam kekeringan idea nak mencoret  dekat blog ni. asal bukak tutup balik, asal bukak merayau-rayau dekat blog orang dan tutup, ade mase bukak scroll gitu gitu je tutup balik. sekarang ni saya menulis dekat blog ni pon sebab saya dah boring nak buat asgmnet. sape yang tak boring kan orang dok raya kita dekat depan laptop ni search itu ni. bukan nak merungut tapi luahan perasaan. kalo saya merungut bukan boleh siap pon kerja tu.

dalam saya men-search, saya ternampak satu link blog yang tercatat pasal green environment. ape yang menarik sngat pasal blog ni adalah orangnya dan tulisan dia. heeeee (gatal). takdela, saya baca benda ni sebab  relate dengan assgmnt saya. so nak tak nak kena la menghabiskan baca untuk mencari input kan. scroll kebawah sekali ade gambar kecik and sikit pengenalan tentang si penulis. what make me suprise orang yang menulis tu adalah lelaki cina. sweet gila muka dia. adakah ini cinta? ha3. macam tak percaya dia bercakap tetang isu-isu semasa menggunakan bahasa English yang sangat bagus. honest dari saya,bukan nak discriminate ke hape ye, biasanye orang cina ni kurang sikit kesedaran tentang environment dan mane nak cari personal blog orang cina. populasi doraang sangat la sedikit. jadi ini adalah satu penemuan baru, perlu masuk dalam book discovery. heeee

cerita pasal raye, kami hanya beraya sangat sedarhana. raya pertama saya pakai jubah dan raya kedua tu pon saya pakai jubah. yang lain hanyalah tudung saya, saya pakai shawlllll, sejarah baru ni. sebelum ni saya tak pernah nak pakai shawl sebab saya tak tahu nak pakai. sekarang ni, saya dah tahu jadi saya sangat suka......

tu je la setakat ni. nanti2 saya sambung. dah magrib ni. selamat solat semua. Assalamualaikum dan salam aidul fitri. maaf zahir dan batin =)

Wednesday, 3 July 2013

semua dalam kekuasaan-Nya

Selamat bertandang kembali di blog ini buat anda-anda yang merindui saya… hari ni just nak cerita sedikit perkembangan saya. enjoy reading ya!

Pada 9 jun yang telah lepas saya telah kembali ke kampus UiTM Pahang untuk menghabiskan diploma saya. Alhamdulillah keputusan sem lepas tak menghampakan. Boleh la merasa naik pentas sem ni. he3. Tak sabar rasanya.  tapi malangnya selepas seminggu berada di sini saya kene balik untuk berehat di rumah kerana masalah kesihatan selama 2 minggu. (I got sick and got 2 weeks mc- dengan dua jari di mata dan mulut terjebik-jebik)Hu3… masa tu rase mcam sangat down dan risau dengan ape yang bakal terjadi dengan pelajaran. Tapi , sebenarnya mcam seronok dok rumah sebab hanya golek2, makan ubat dan menghadap tv.he3….

Setelah dua minggu ber-honeymoon saya dekat rumah tu,  ahad 31 jun, saya pon pulang dan mula la saya rasa mengelabah dengan ape yang bakal terjadi bila saya balik ke kampus. Sepanjng perjalanan nak balik ke kampus ni, otak sangat ligat berfikir; assignment, tutorial, lecture, presentation dan macam2 lagi….
Pada hari isnin 1 Julai ; iaitu keesokan hari selepas saya balik, saya ada Test speaking untuk muet. Banyangkan la, hanya prepare sikit2 dekat rumah, tanya budak2 bilik yang ade pengalaman, dan sedikit ilmu dari sem-sem lepas saya pon melangkah untuk test muet. Dan….alhamdulillah amik muet sangat syok.  Satu pengalaman yang baru untuk saya bergaul dengan orang yang tak kenal dan bekerja untuk masing-masing punya markah.  Dan Alhamdulillah jugak sebab, group saya sangat supporting dan sangat membantu

Dan untuk pelajaran saya yang tertinggal saya terpaksa nak kejar balik. Walaupon a little bit hard untuk saya cover 6 subject untuk 2 minggu, dalam satu minggu ni. so dengan ini saya harus work smart dan tanam dalam kepala hotak ni –Allah tidak akan menduga hambanya kalo bukan dalam kemampuan dia.  At first memang rase sangat siput dan sangat jauh perjalanan saya untuk saya mengejar pelajar yang agak jauh ke hadapan. Tapi bak kata orang “plan-plan kayuh”. Jadi setakat ni alhamdulillah… mana yang macam blur atau dengan kata saintifik tak tahu langsung dah boleh faham dan ingat. Alhamdulillah. Dan untuk member-member saya yang saya sangat kasihi dan sayangi terima kasih sebab banyak tolong saya. jasa dan budi baik anda sangat dan amat saya hargai.


Dan moral of the story untuk entry hari ini ialah, Allah tidak akan menguji seseorang itu jika bukan dalam lingkungan kemampuan dia. Dan segala yang berlaku pasti ada hikmah dan bersangka baik dengan Allah sebab dia lebih mengetahui hambanya. Sepanjang masa dua minggu saya cuti tu, saya temui sesuatu dan cuba untuk perbaiki kelemahan dan menjadi lebih baik. Jika saya tidak dapat jadi yang terbaik, saya akan cuba untuk jadi yang baik. Insyallah.  Dan most important is never give up !! till hear my writing. AsSalam..