Selamat datang ke hamtaro's blog.

Wednesday, 13 February 2013

mari baca

Selamat pagi. Saya sekarang berada di rumah lagi tapi lusa dah nak balik. Malasnya la. Tak puas lagi cuti ni. Walaupun cuti tapi tangan, otak dan segalanya bekerja. Haish... post yang ni kira untuk sambungan ari lepas yang terhenti separuh jalan. he3. nampak sangat muka korang frust gile. Mesti terdetik dalam kepala korang tak mahu dah baca ape yang saya post kan?. bianne =)

dah malam ni. tapi tangan saya masih lagi menari-nari di atas keyboard laptop abang saya. dah penat sebenarnya dari pagi sampai ke pagi balik dah ni. mata pon dah macam kung fu panda. tapi nak buat macam mana kerja masih lagi tak siap. Hope sangat segalanya bleh siap sebelum saya balik ke U jumaat ni. Kalo tak bertimbun lagi la.... kalo dah bertimbun mula nanti nak mengelabah tu ni tak siap lagi.

sabtu ni, kami pelajar BM118 4A akan bertolak ke Kuantan untuk melaksanaka persiapan terakhir sebelum program yang dikendalikan sendiri oleh kami di anjurkan pada 23 feb. Berdebar-debar rasenya. Mana taknya, segala hasil titik peluh, air liur, darah dan segala mcam air akan di nilai pada hari kejadian. Aishh... ape-ape pon yang terbaik saya doakan.

Bagi saya semester ni, agak padat dengan asgmt yang berderet-deret mcam kereta api. lepas dan selesai  satu, satu lagi datang menjelma. belajar okay je. kekadang serabut gak. mana nak kejar asgmnt ni mane nak keja persiapan event lagi... tapi ni semua adat la kan.

ok la till then. Selamat pagi semua. saya nak tido pulak. esok la sambung buat kerja. tak terlarat rasa pinggang ni nak duduk menghadap laptop lagi. Bantal busuk pon dah panggil tu. Jap ye darling. sikit je lagi ni.

tata.

p/s: dalam sibuk macam mana pon saya still ingt awak....=)


Saturday, 9 February 2013

selamat la korang....

salam pagi ahad readers.
saya sekarang berada di rumah. yahoooooo. akhirnya saya berjaya untuk pulang ke rumah setelah 6 minggu bersamaan 1 bulan 2 minggu tidak pulang ke rumah. dapat la release tension sikit walaupun still lagi dan wajib untuk saya menyiapkan kerja-kerja yang masih lagi tertangguh. Sebelum terlupa, selamat datang bagi mereka yang baru menjumpai blog saya ni. tiada yang special di sini melainkans saya sendiri. he3. welcome...welcome....

nak tulis apa ye???

hurmmmmm.......

ape???

nanti la sambung.......

p/s: sorry korang bazirkan masa. he3

Saturday, 2 February 2013

Alhamdulliah

Salam. kita bersua kembali. Just a short update untuk korang.

Alhamdulillah, saya telah diberi kesempatan dalam sibuk-sibuk ni pon saya sempat nak cilok masa update. takut la kalo korang rindu nak baca kan.

Cerita terbaru, lappy saya telah rosak lagi. Alhamdulillah. Ujian time belajar. ujian untuk saya tapi rezeki untuk pembetul laptop. Ade pro and cons nya. Ape yang penting sabar, kerana sabar itu separuh dari iman. Ni apdate ni pn  hasil ihsan kawan saya. Guna jap ye kawan lappy kawan ni. sian dia dan sian saya kan.he3.

Masuk minggu ni, dah 6 minggu tak balik rumah sbb sibuk dengan belajar and uruskan event yang bakal menjelma kurang dari 2 minggu lagi. Alhamdulliah, berkat usaha dan tawaduk dalam membuat kerja sampai ke pagi, kerja-kerja bahagian saya dah 50% siap. 

Minggu lepas, mak saya ade datang melawat saya, sebab saya dah merengek suruh dorang datang tengok saya. Dalam tak nak-tak nak dorang sanggup jugak datang dari hulu selangor ke jengka pahang ni. Alhamdulliah, kerana saya berada dalam keluarga yang sentiasa memahami saya. Almaklumlah anak bongso perempuankan. he3. Dalam conversation saya dengan keluarga time tu, ade satu cerita yang best saya dapat, ade makcik kurang asam keping mana tah menjaja cerita pasal keluarga saya dan arwah abah kepada semua orang. At the first, saya memang marah. Pelik la kalo ade orang cerita benda tak betul kita tak marah kan. saya boleh terima orang caci saya tapi jangan sesekali nak cuba sentuh keluarga saya. kalo nak cakap jugak cakap depan saya. kalo tak pecah muka mungkin koma je orang tu. Tapi bila mak saya cakap "takpe pahala dia insyallah kita dapat". Alhamdulillah. so kepada makcik yang ku kasihi, sila sila tambah pahala kami.

last but not least, sebelum saya sambung balik buat kerja dekat atas. saya nak cakap, setiap yang berlaku pada kita cuba set dalam minda untuk redha (alhamdulillah-segala puji bagi Allah) bukan pasrah. Experiment ni, saya dah  buat, dan hasilnya...sangat best. Korang mungkin akan lupa apa yang orang tu dah buat, nyaman gila hati, pemikiran lebih terbuka dan insyaallah boleh mengawal amarah. Jadi beruntung sesiapa yang redha dan bersabar ni. Mungkin ade hikmah disebalik apa yang berlaku. Kita mana nak tahu. Tu semua kuasa Allah. okay. till then, Tata. 

p/s: redha itu ikhlas dan pasrah itu menyerah. Banyak perbezaan tu. =)


Saturday, 5 January 2013

Hai Bersua LAgi..

Salam. sebelum terlupa selamat tahun baru. Sorry for not update this blog.  Wah dah lama tak update terus speaking ni. Nampak x keterujaan nak menulis. heeeee. Takdela, sebenarnya saya sejak kebelakangan ni selalunya sibuk. Dengan assgmnt, event, dan segala yang seanggakatan dengan dia la. Esok saya ade public speaking, selasa saya ade presentation pagi dan petang, Rabu saya quiz dan  khamis saya nak jumpa orang atas untk setelkan pasal event yg ktorang organize dan jumaat..... tak ingat. nampak tak? bertapa sibuknya insan yang bernama Nafisah ini. (@_@)

Dan dalam masa yang sama jugak, saya sedang mengusahakan satu assgmt HTML. Hyper text markup language. Sebenarnya saya agak keterujaan nak tunjuk sedikit hasil titik peluh jari-jemari bersama kerahan otak kanan dan kiri. ini adalah hasilnya. Tunjuk sedikit je...kang banyak2 tak surprise la pulak nanti dah siap kan?
bahagian atas
Page 1

bahagian body
Page 1

page 2

Mesti ada yang cakap, ala senang je benda ni.....

tu kalo pakai air liur boleh la, cuba try skit buat. tu contohnya. anda kene cipta sendiri kene campur dan tambah kod-kod rahsia tu untuk menjadikan secantik web page saya diatas. cantik ke?.heeeeee. 

okay la. tu je nak cite. kang ade orang kata blog saya ni sunyi sangat la pulak. macam takde penghuni dah.  untuk pengetahuan anda, saya tidak menjadikan blog ni untuk jadi popular. hanya sekadar mengisi kekosongan masa dan share-share cerita seharian saya dan juga web storage. yela buatnya saya dah tua kerepot nanti, mana nak cerita semua benda ni dengan cucu2 saya . "masa zaman nenek muda-muda dulu"...takde dah. Zaman dah teknologi segalanya di hujung jari anda. tekan, tekan dapat. Senang ade benda ni. suruh dorang carik je dekat internet dan baca. 

Sehingga berjumpa lagi nanti, insyaallah jika ade kelapangan. Ni nak sambung buat kerja balik. Thanks 4 read. Assalamualaikum.

Friday, 21 December 2012

starting again....

Salam readers.. terutama sekali, thanks bagi mereka-mereka yang ber-blogwalking hear. terasa malu pulak sebab blog saya ni bukannya cantik... btw thanks. i really appreciate that. sorry jugak untuk semua sebab saya dah lama tak meng-update kerana my beloved lappy masuk bengkel lagi. sabar je la kan... dan sekarang, alhamdulillah dah okay balik. tu buat masa sekarang la. kalo buat hal lagi alamatnya "tokey ni kalo tolak berapa?".......heeeeeee

sekarang dah mula sem baru untuk semua pelajar uitm. so good luck semua terutama mereka yang amik office management, semoga Allah permudahkan segala urusan kita ye. 

just a short update today. thanks for reading. ^_^


Thursday, 15 November 2012

tahniah adik ku...


tahniah buat mimi aka meimei aka si cantik manis yang selamat diijabkabulkan semalam (15 Nov 2012 ) bersama pasangannya abang is (ismail). 
semoga cepat dapat baby and kekal hingga ke jannah. walaupun jauh beratuih kilometer sanggup ku redah demi mu wahai sahabat ku. tak sabar nak tengok baby kamo yang coming soon bermata coklat. huhuhu.  bagi mereka yang macam blur dan pening tu, kejap adik kejap sahabat saya panggil dia ..mana satu ni kan? actually mimi ni kawan u saya. kenapa saya panggil dia adik? sebab saya ni  tua dia lima hari. lima hari je tapi still rase sangat tua. 

sdh la pulak rasenya. kawan yang rapat dengan saya dah kawin. lepas ni takde la nak berkepit sangat. takde nak bergurau sangat. takde nak buat kerja sewel bersama. btw saya sangat gembira untuk kamo. selamat menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, isteri, anak, pelajar, adik, kakak dan kawan dengan baik. insyaallah. 

Sunday, 4 November 2012

sedar tak sedar



sedar tak sedar adik saya dah besar
sekarang dok sibuk mengayat gadis-gadis yang comel dalam muka buku. dulu-dulu ingat lagi main konda-kondi depan rumah sampai kene marah sebab lobang yang kitaorang gali tu lama kelamaan jadi lopak air yang besar.

sedar tak sedar adik saya amik SPM hari ni
good luck 4 u abe. akak harap abe dapat keputusan yang lebih dari akak ye

sedar tak sedar saya dah jadi seorang gadis.
tepek bedak dekat muka, pandai dah nak berlawa. 

sedar tak sedar saya bakal berumur 20 tahun
i'm getting older. lepas ni saya dah jadi orang puluh puluhan bukan belas belasan

sedar tak sedar saya bakal habis dip tahun depan
one year more. fighting

sedar tak sedar kawan saya dah nak kawin minggu depan
lepas ni berderet la kawan saya kawin. pesanan iklas untuk rakan-rakan kad jemputan please!!!!

sedar tak sedar mak  saya dah mingginjak ke usia emas.
saya lihat wajah mak saya semakin banyak kedutan. adakah boleh saya menjadi anak yang solehah? untuk memastikan mak saya berasa bahagia di usianya ini?

sedar tak sedar sorang demi sorang dah meinggalkan dunia yang fana ini.
ayah saya dah pergi meniggal kami. perkara yang paling tak dijangga dah pon berlaku. 
Al-Fathihah....

masa berlalu tanpa  menunggu walau pun sesaat. semua yang berlaku ni sometimes kita tak sedar dah berlaku. tup tup tup dah terjadi depan mata....