kenangan adalah satu perkara yang dah lama berlalu. tak kira la ianya berlaku semalam, tahun lepas atau beberapa saat yang lepas ianya tetap akan menjadi kenangan sebab kita bukan boleh nak putar balik masa. kenangan tu kekadang mendewasakan kita a.k.a "saya" yang kekadang keanak-anakan lagi. pejam celik, sekrang umur saya dah menginjak ke 21 tahun. time kecik saya selalu cakap bila nak besar, bila nak kerja, bila nak ade duit sendiri and of course kalo perempuan nak hubby yang macam mana kan....that is normal life. dan kenangan mengajar saya erti kehidupan. kenangan akan datang silih berganti. kalo cakap pasal kenangan i more prefer if you and i do not talk about it. biarlah ianya tersimpan cantik dalam kepala atau hati. sebab tak semua orang akan faham. jadi 'kept it secret'..
that all for today update. thanks
Sunday, 19 January 2014
Monday, 13 January 2014
it will end
agaknya kisah saya dengan MA akan berakhir tidak lama je lagi. saya kalo ade rezeki sambung lagi kerja dekat situ, insyaallah dan MA saya pulak akan bertukar berpindah menjadi Branch Manager dekat batu pahat, johor. bkan berhenti cuma di naikkan pangkat. macam sedih pulak rasenya. lepas ni dah takde la orng menyakitkan hati saya dengan kata2 yang pedas lagi berapi dan tiada lagi arahan "Nafisah itu...Nafisah ini...Nafisah Nafisah dan Nafisah". rase aman tapi mungkin akan rase kekurangan tu.
MA : awak nak kerja lagi tak dekat sini?
sebab kontrak saya dekat syarikat ni dah nak abis.
sebab kontrak saya dekat syarikat ni dah nak abis.
N : hmmm, nak.
MA : Bos pon ade suruh saya carikkan awak kerja permanent dekat sini. nanti saya carikkan
MA : naf, saya akn berpindah ke batu pahat jadi branch manager dekat sana.
N : saya tahu.
MA : macam mane awak tahu?
N : saya tahu dari orng dorng-dorng ni.
MA : lain kali jangan dengar dari orang dekat2 sini. melainkan dari saya.
28/1 ni saya last dekat sini dan lepas ni awak akan
assist dengan encik H (bos saya yang satu lagi)
N : bukan encik last 1/2 ke?
- sebb dari gosip yang aku dengar dorng2 ni kata
MA : saya start kerja dekat sana 1/2 sya berhenti dekat sini 28/1.
lagi pon saya kene sign document amik mandat dari BM yang lama nak pindah ke sana lagi.
N : encik haaa..
-time ni pulak saya boleh nak tersasul nak panggil bos saya yang satu lagi. sya pernah tersasul sebelum ni dan dia kata "saya ni ade muka dia ke"..tapi yang paling mengejutkan dia cakap macam ni
MA: .takpe, biasa kan dengan nama dia sbb awak akan bekerja dengan dia. kalo awak tengok sekarang ni pon semua kerja saya tolak dekat dia, macam separuh gila saya tengok dia dekat sana. tapi saya nak dia berlajar bila saya dah jadi BM saya nak dia mahir.
pstu ade la borak2 sikit..
semalam saya nampak dia dah start amik kotak nak simpan semua barang2 atas meja dia.. saya pandang dari ekor mata je dia start mengemas. time nak salotape kotak tu dia mintak gunting la dan segala bagai dekat AA yang satu lagi padahal saya AA dia ni dia buat derk je. Pastu aku dengar la Encik farizal cakap
EF : ko memang ignore terus naf kan?
semua kat situ dah tergelak2 dah.
MA : aku bukan ape aku taknak naf nanti terasa aku takde nanti. aku nak dia biasa
aku dah gluppppp...telan air liur bnyak2. pastu encik farizal tu ade la cakap something yang saya rase macam nak pelangkung kepala dia. tapi saya tak ingat ape. something yang macam "nafisah tu ade cakap something atau dengan kata lainnya saya ni ade termengumpat si MA tu. aaahhh sudah... saya dah start risau dah.
MA: kenapa dia mengumpat aku ke?
owhh nooooooo...saya pandang encik farizal tu dan menunjukkan sign jangan teruskan apa yang dia nak kata.
EF : nafisah dia tak sedih pon nak tinggalkan awak
N : ade saya kisah. biarlah dia
smua orang dekat situ dah "woooooooooo...." nasib baik MA tak dengar.
saya sebenarnya senang untuk bekerja dengan si MA ni. tapi bila tang dia nak buli saya tu saya rase geram tahap gaban. bila dekat rumah saya ade jgk merungut dekat kakak2 saya. saya cakap dia mangkuk. kakak sya cakap
"kalo dia mangkuk kamo tu adalah sudu. mangkuk kalo kita letakkan kuah dalam dia. macam mana kita nak keluarkan untuk makan?. kita perlukan sudu untuk kita hirup dan makan sampai kenyang. jadi mangkuk tu takde pape melainkan dia hanya sebagai mangkuk.kamo tu adelah pelengkap. tanpa kamo dia takde pape. faham?"
saya sangat setuju dengan kata2 tu. sebab bos adlh pentadbir dan saya pekerja adelah pelaksana. kalo hnya ade pentadbir takde pelaksana macam mana kerja nak jalan. dan bukitnya saya nak mintak cuti tak pernahnya dia nak approve dengan alasan "sapa nak jaga opis?" nampak?...ha3. ok la till here..
Tuesday, 10 December 2013
MA tu bos aku
As Salam and very good night to all. I’m back bloggers.
Walaupun tak selalu dan sekerap yang di janjikan. Cerita ape pulak la kan yang
nak saya share kan untuk update ni. Cerita terbaru saya dengan Mr.Arrogant? harus
ade ok, dah confirm terpampang dekat tajuk kan. Korang pun mesti tertanya ape khabar saya dengan dia.. ape yang boleh
saya cakap, saya semakin benci + menyampah tahap meluap-meluap macam gunung
berapi yang active tu.
Bila pikir ape yang MA(Mr. Arrogant) tu dah buat, nak saya
duku kepala dia biar elok sikit. Takde la menyakitkan hati memanjang. Panggilan
saya untuk dia dkt pejabat Encik A…(nama dia tak boleh sebut). Dan ramai pulak
yang macam pelik tahap macam tengok gajah terbang atas kepala. Bila saya dok
panggil dia Encik..Encik…Encik.. ade la makhluk ni, mengajuk cakap saya. Bagi
saya panggilan Encik tu adalah satu panggilan yang biasa dan formal bila kita
berurusan dengan orang yang lebih tua dan berpangkat. Sampai ade yang cakap, ‘dik
tak payah la nak formal sangat dengan A tu..dia tu bukan bagus sangat’. Bila
orang dok persoalan kan panggilan saya untuk MA tu, saya dok tertnya2 MA aku ni
memang teruk ke? Pastu tiba-tiba otak saya berfikiran dan menjawab secara drastic
nya ‘memang teruk pon, takde respect dgn orang yang lebih tua dari dia. Dengan orang
yang layak dipanggil ayah pon dia panggil bro..bro..pastu bahasa diri aku
kau..aku kau…mulut memang tak payah cakap la. pakai leps je. memang patut’. Tapi
perkara yang aku respect MA aku ni, solat sangat dia jaga, pemurah dan dia ade
ilmu agama dan boleh dikatakan dia akan share dkt semua staff lain bila ade
masa kelapangan. Cuma slack dekat tadi tu.
Sepanjang minggu ni perkara yang paling saya menyampah bila
dia suruh saya tolak troli yang banyak barang. Atas troli tu ade beras dua
guni, 3 kotak barang yang bersaiz besar. Mana pergi sifat ihsan kepada insan
yang comel lg ayu macam saya ni?. ade kepatut? Pesanan untuk tolak troli tu sya
terima dari bos bahagian lain (sama level ngan MA saya). dia cakap
“nafisah, bos awak panggil turun bawah suruh angkat barang
sikit.”
“Ok” mungkin kotak kecik atau document ke hapa.
Tiba2 “naf, bawak sekali troli ni”
“biar betul encik tu nak saya tolak troli ni?...encik faizal
tipu ea?”
“tak, bos awk yang pesan”
Jadi dgan langkah yang ternya-tanya saya sampai ke destinasi
parking kereta. Saya Nampak MA saya bawak kereta panrking depn saya dan dengan
selamba badak sumbu dia tanya
“bawak troli?”
“Ade”
“mana?”
“Ade tepi tu, takkan nak letak sini pulak”
Dia pon angkat2 brang tu susun atas troli. Dan dengan
selamba badak berendam pulak
“naf, ko tolak troli ni naik tingkat atas”
“saya ke yang kene
tolak ni? bukan saya hanya tolak troli kosong je ke? Bapok beratnya nak tolak
sorang ni”
“takde dalih-dalih..saya suruh awak tolak, bukan suruh awak
angkut benda2ni naik atas”
Nampak? Sekali lagi dia bersikap kurang asam boi dia dengan
saya. Nasib baik ko bos aku, kalo ko bukan, memang aku tolak tepi troli ni. Dan
dengan sedaya upayanya saya tolak troli tu dengan penuh bergaya. Sampai dkat department
saya orang2 dekat situ cakap “waw perempuan yang buat” ade pulak yang cakap “siannya
dia”. Rase macam artis pulak saya sekejap tapi hati aku berbulu je. Ni semua gara
si MA tu. Kalo nak suruh AA angkut semua ni, baik amik AA lelaki dari amik saya. Kuderat perempuan kan lain dari lelaki. Sepanjang saya kerja dekat situ, saya dok perhati kalo nak angkat benda yang ringan pon AA lelaki yang akan tolong. Yang pnting saya sedang bersbar dgn dia. Bila time saya nak kene
tukur jadi AA dept lain. Kalo boleh saya tak nak tengok batang hidung, mahu pun bayang atau
nama dia bermain di sekitar kawasan saya.
Esok cuti, and khamis sehingga keminggu depan dia tak masuk office.
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!.
Till hear. Bye2
Sunday, 1 December 2013
Mr. Arrogant aka "bos kecik aku"
Selamat malam wahai penggembara blog. sorry kerana sudah sekian lama saya tidak meng-update blog ni. Time study dok kata saya busy dengan study, sekarang pon dok busy lagi ke? memang busy la nokkk.. i sekrang dah kerja. selepas sebulan jdi body builder (tembamkan badan), akhirnya saya diterima di sebuah syarikat di sungai choh.. Sorry to my dear friend Aiman Asyran sebab janji saya tidak dapat tepati. saya telah capatikan janji saya. saya tiada masa yang lapang untuk saya bertandang dirumah anda. insyaallah jika ade masa yang berlebihan saya datang seperti yang telah dijanjikan okay =)
bila dah kerja ni, of course sangat sangat berlainan dengan dunia belajar. dulu time belajar perkara yang selalu bermain macam ditaman permainan adalah 'bila nak abis belajar ni'... tapi sekarng dah kerja 'bila nak dapat gaji ni'..heeeee. dan bila dah kerja, you don't aspect ape yang korang belajar time belajar tu korang akan apply. hanya dalam 10-20% sahaja. so be prepared okay.
ni nak story sikit sebelum masuk ape yang saya masuk cerita yang sepatutnya, lepas abis belajar aritu saya ade la try tanya-tanya kerja dkat area rawang. tapi tak la banyak, ade dalam 3 kedai kalo tak silap.. tapi yang paling saya ingat sampai sekarang, saya ade walk-in interview dekat satu kedai pizza ni. ape yang saya nak tekankan dekat sini saya dilayan macam tak layan je. saya menunggu orang yang nak interview saya tu nak dekat 30 minit okay. dengan alasan ade hal. okay mungkin la.. tapi seingat saya, time saya masuk je kedai tu saya ade nampak orang tu, tapi bila saya cakap saya nak cari kerja dekat salah seorang pekerja dekat tu..dia terus bla gitu je dengan alasan yang saya cakap tadi tu.. jadi dengan hati yang pasrah saya pon angkat la kaki balik rumah. pastu kakak saya cakap macam ni
K : kan dah cakap, orang macam kita memang orang susah nak amik kerja
H : dah kenapa pulak
K : orang sekrang ni nak cari yang tak pakai tudung...bukan macam yang kakak pakai sekrang ni. (bertudung agak labuh)
H : lagi pon dorang nak yang boleh pakai baju ketat, tide-in baju..kakak boleh ke? tak nak kan....jadi dengan cara tu la dia tunjuk yang dia tak nak amik kamu. alasan itu dan ini sehingga kakak faham-faham sendiri akak langsung tak sesuai untuk kerja dekat sini..dan pergi begitu je macam sekarang ni
ape yang saya boleh cakapkan...saya agak kecewa. adakah saya hidup dizaman jahiliah? orang yang menutup aurat dipndang rendah sangat. that make me so so so disappointed..
ok, sekarang nak story mory pasal kerja saya sekrang...ape yang boleh saya cakapkan. kerja memang best.. dengan orang-orang sekeliling yang banyak beri tunjuk ajar. tapi yang jadi masalah bos saya MR ARROGANT tu. dari gelaran tu korang dah tahu kan sebab ape. daru first saya jejakkan kaki dekat ofis tu dia sangat sangat berlagak. pernah sekali saya kene book flight dia nak pergi outstation. computer saya pulak tak connect internet jadi terpaksalah sya meminjam dia punya. saya ingat dia ni gentel la nak kasi saya pinjam kerusi dia nak pinjam duduk sat...tapi tahu ape dia kata?
"duduk la...tapi amik kerusi sendiri"
dalam hati saya..'kureng tol. ko hengat aku kebulur ke nak duduk tempat ko??...
pernah jugak dia cakap macam ni
"naf, ko dah buat kerja ni...kerja tu...kerja kerja bla bla..."
saya pon jawap la dengan muka ketat "dah, semua dah"
"dah? bagus....then dia cakap ni "ape lagi yang aku nak cari kesalah ko ni?"
pehhhhh...sabar2. nasib baik ko ni bos aku...kalo tak, dah lama ko kene penangan mulut berbisa ni
untuk makluman korang bos aku ni muda lagi. jadi mungkin faktor usia muda tu menyebakan dia sangat menyakitkan hati....dan saya ni pulak selalu la jugak menjawabnye. sebab dah geramkan. mana nak tahan dengan mulut dia je. tapi setakat ni masih lagi bertapis..esok kerja.....malasnya -__-
till hear..we will meet again. good night
Thursday, 31 October 2013
Congrats Bro!!!
Assalamualaikum. Selamat datang semua ke kampong alam maya
saya ni yang beratapkan screen bahagian atas laptop anda dan berdindingkan
screen anda yang berkilau ni. pertama sekali saya nak mintak mahap la ye sebab
kelambatan untuk saya meng-update blog ni. sekarang dah minggu ke-2 saya
dok rumah baru nak update…masalah kekangan masa yang mengalahkan menteri menyebabkan
saya tidak punya waktu dan mahapkan la manusia ini. Ok entry kali special case
sikit sebab ada gambar-gambar yang bakal menghiasi blog saya ni.. selalunya
hanya tulis cakar kucing(cantik sikit dari cakar ayam) je yang ada..
First come first, cerita pasal my big brother dulu. Sabtu
lepas abang saya dah ‘Truly official grad as UNISEL student’. Wooohooo!!!!
Dalam keluh-mengeluh dia ‘bila nak abis, bila nak abis’ dah grad dah abang aku
sorang ni kau. I happy for u. Segala perit getir seorang pelajar telah berjaya
dihadapi dan ini lah hasilnya…
![]() |
| Dalam perjalanan ke UNISEL BJ (batang berjuntai) |
| Me and my Brother |
Lepas amik gambar ni kita orang buli mak....
Mak: nak buat ape pakai jubah ni…
Kitaorang bukan kira terus je pakaikan….
Mak: korang ni buat ape ni?
Kitaorang: mak pakai je la amik mood convo…
Mak: Convo apenya?
Kitaorang: Convo la membesarkan anak-anak, mendidik lagi
sampai jadi mcam somei and pandai macam ni..
Mak: Mak layan je korang ni
Sian mak dah kene buli. Tapi
sekali sekala je kene buli kan mak bila lagi
| Muka terpaksa layan budak-budak nakal ni |
Sampai sini dulu…baru nak amik angin nak tulis balik blog
blik ni, jadi mahapkanlah budak yang ‘macam santek je…macam somel ni’…heeeeeee
Saturday, 21 September 2013
mentally exhausted
mental exhausted.. itu yang saya blh cakap sekarang. terasa sngat penat dgn semua assgmnt, test dan segala seranah bila nak abis diploma ni. ehh jap, nak abis dah study? kira jap ye, 2011 sem satu.... sem dua..tiga, empat 2013 lima.... eahh betul la.. nak abis study la. yeahhhh..leps ni blah la stado je...
minggu dpn rabu dah start final... fuhhh. subject killer yang saya rase sangt memenatkan adalah akaun. Akaun ni membuatkan saya hidup tak imbang sebab nak imbangkan akaun.. makan, tido borak semua tak cukup. kan tak imbang tu. lecture saya cakap, kalo akaun tak imbang tak masuk syurga... sebab kan tu la hidup saya tak menentu sekarang ni. ade yang tanya saya "ko amik akaun tak masa seklh dulu?". "amik". "hmmm, tak masalah la ko nak jawab akaun" "tapi aku drop". alahhhh mcama orang break up la. tak serasi tinggal kan je. tapi dkat u ni meghdp lagi. memang tak blh lari. weng-weng dah otak ni. JODOH betul. redah je la. insyaallah A+ dalam tangan.
smalm time tgh study law, sementara nak ilangkan ngantuk saya borak dengan roomate.
dia : "kalo aku dah kawin nak panggil laki aku apa ha? ko panggil ape nafisah"
saya : "abang"-sambil menyengih seperti kerang busuk
dia : "a'ah la..biasa la kan"
"kalo ko pilih laki, ko pilih yang selamat kan ko
(selalu ade bila ade masalah) or orang lain?"
saya: "tak kisah yang penting dia sayang aku and trima
aku seadanya aku, tgr aku blh aku bt salah dan selalu ade dgn aku"
dia : "kalo ko, ko nak ditinggalkan atau ko tinggal dia.?"
saya :"ditinggalkan.. aku tak nak menyesal nanti di kemudia hari. TAPI kalo dia buat zina or yang seanggkatan dgnnya aku akan chow dulu"
dia : "perkara yang ko nak jadi kebiasaan dalam rutin bila dah kawin?"
saya : "aku cium pipi dia bila kita orang nak pergi kerja. aku nak dia tahu aku sayang dia...kihkihkih"
dia : "kalo kawan baik ko tu jadi laki ko macam mane?"
saya : "tak kan... aku tahu dia. dia dah cakap dkt aku dia minat someone"
dia : "kalo jadi ko dgn diajangan lupa jemput aku"
ini hanya gurau kosong. bercerita pasal kawin dan impian selepas kawin adalah perkara common orang pompuan bila tak de modal nak cakap..... soal jodoh ni kita tak tahu. saya blh je cakap saya nak laki mcam Adi Putra, tapi kalo tu bukan jodoh saya. saya kene terima. saya pernah mencuba untuk propose dulu seorang laki, tapi saya di tolak. satu pengalaman untuk saya dan saya terima. sebab saya tahu dia bukan untuk saya dan ade yang lebih baik menanti... ramai kalangan kawan saya dah start risau pasal jodoh. Jodoh Allah dah tentukan jadi jangan riso pasal jodoh kalo tak kawin lagi. kalo baya-baya saya ni dah dok risau.... hmmmmm saya pon dah kene start buat-buat risau ni... wahai adam ku di manakahdi kau??????
teringat pulak lagu IJAB dan KABUL.
aku akan menjaga mu
semampu dan serbi satu
aku trima kkurangn mu
dan aku tak akan mengeluh
kerna bagi engkau la nyawa ku....

Saturday, 10 August 2013
salam aidul fitri
sekarang menunjukkan jam 7 petang. hari ni raya yang ketiga. semalam raya ke-dua kitaorang dah berangkat pulang ke rumah kerana bajet cuti yang ciput (cuti raya 4 hari je) ceettttt...
maafla ye saya sangat jarang nak tulis menulis di blog ni. saya macam kekeringan idea nak mencoret dekat blog ni. asal bukak tutup balik, asal bukak merayau-rayau dekat blog orang dan tutup, ade mase bukak scroll gitu gitu je tutup balik. sekarang ni saya menulis dekat blog ni pon sebab saya dah boring nak buat asgmnet. sape yang tak boring kan orang dok raya kita dekat depan laptop ni search itu ni. bukan nak merungut tapi luahan perasaan. kalo saya merungut bukan boleh siap pon kerja tu.
dalam saya men-search, saya ternampak satu link blog yang tercatat pasal green environment. ape yang menarik sngat pasal blog ni adalah orangnya dan tulisan dia. heeeee (gatal). takdela, saya baca benda ni sebab relate dengan assgmnt saya. so nak tak nak kena la menghabiskan baca untuk mencari input kan. scroll kebawah sekali ade gambar kecik and sikit pengenalan tentang si penulis. what make me suprise orang yang menulis tu adalah lelaki cina. sweet gila muka dia. adakah ini cinta? ha3. macam tak percaya dia bercakap tetang isu-isu semasa menggunakan bahasa English yang sangat bagus. honest dari saya,bukan nak discriminate ke hape ye, biasanye orang cina ni kurang sikit kesedaran tentang environment dan mane nak cari personal blog orang cina. populasi doraang sangat la sedikit. jadi ini adalah satu penemuan baru, perlu masuk dalam book discovery. heeee
cerita pasal raye, kami hanya beraya sangat sedarhana. raya pertama saya pakai jubah dan raya kedua tu pon saya pakai jubah. yang lain hanyalah tudung saya, saya pakai shawlllll, sejarah baru ni. sebelum ni saya tak pernah nak pakai shawl sebab saya tak tahu nak pakai. sekarang ni, saya dah tahu jadi saya sangat suka......
tu je la setakat ni. nanti2 saya sambung. dah magrib ni. selamat solat semua. Assalamualaikum dan salam aidul fitri. maaf zahir dan batin =)

Subscribe to:
Posts (Atom)