Selamat datang ke hamtaro's blog.

Monday 13 January 2014

it will end

agaknya kisah saya dengan MA akan berakhir tidak lama je lagi. saya kalo ade rezeki sambung lagi kerja dekat situ, insyaallah dan MA saya pulak akan bertukar berpindah menjadi Branch Manager dekat batu pahat, johor. bkan berhenti cuma di naikkan pangkat. macam sedih pulak rasenya. lepas ni dah takde la orng menyakitkan hati saya dengan kata2 yang pedas lagi berapi dan tiada lagi arahan "Nafisah itu...Nafisah ini...Nafisah Nafisah dan Nafisah". rase aman tapi mungkin akan rase kekurangan tu.

MA : awak nak kerja lagi tak dekat sini? 

sebab kontrak saya dekat syarikat ni dah nak abis.

N    : hmmm, nak.

MA : Bos pon ade suruh saya carikkan awak kerja permanent dekat sini. nanti saya carikkan

MA : naf, saya akn berpindah ke batu pahat jadi branch manager dekat sana.

N   : saya tahu.

MA : macam mane awak tahu? 

N   : saya tahu dari orng dorng-dorng ni.

MA : lain kali jangan dengar dari orang dekat2 sini. melainkan dari saya. 
    28/1 ni saya last dekat sini dan lepas ni awak akan
    assist dengan encik H (bos saya yang satu lagi)

N  : bukan encik last 1/2 ke?

- sebb dari gosip yang aku dengar dorng2 ni kata

MA : saya start kerja dekat sana 1/2 sya berhenti dekat sini 28/1.
     lagi pon saya kene sign document amik mandat dari BM yang lama nak pindah ke sana lagi.

N   : encik haaa..

-time ni pulak saya boleh nak tersasul nak panggil bos saya yang satu lagi. sya pernah tersasul sebelum ni dan dia kata "saya ni ade muka dia ke"..tapi yang paling mengejutkan dia cakap macam ni

MA: .takpe, biasa kan dengan nama dia sbb awak akan bekerja dengan dia. kalo awak tengok sekarang ni pon semua kerja saya tolak dekat dia, macam separuh gila saya tengok dia dekat sana. tapi saya nak dia berlajar bila saya dah jadi BM saya nak dia mahir. 

pstu ade la borak2 sikit.. 

semalam saya nampak dia dah start amik kotak nak simpan semua barang2 atas meja dia.. saya pandang dari ekor mata je dia start mengemas. time nak salotape kotak tu dia mintak gunting la dan segala bagai dekat AA yang satu lagi padahal saya AA dia ni dia buat derk je. Pastu aku dengar la Encik farizal cakap

EF : ko memang ignore terus naf kan?

semua kat situ dah tergelak2 dah.

MA : aku bukan ape aku taknak naf nanti terasa aku takde nanti. aku nak dia biasa

aku dah gluppppp...telan air liur bnyak2. pastu encik farizal tu ade la cakap something yang saya rase macam nak pelangkung kepala dia. tapi saya tak ingat ape. something yang macam "nafisah tu ade cakap something atau dengan kata lainnya saya ni ade termengumpat si MA tu. aaahhh sudah... saya dah start risau dah. 

MA: kenapa dia mengumpat aku ke?

owhh nooooooo...saya pandang encik farizal tu dan menunjukkan sign jangan teruskan apa yang dia nak kata.

EF : nafisah dia tak sedih pon nak tinggalkan awak
N   : ade saya kisah. biarlah dia

smua orang dekat situ dah  "woooooooooo...."  nasib baik MA tak dengar. 

saya sebenarnya senang untuk bekerja dengan si MA ni. tapi bila tang dia nak buli saya tu saya rase geram tahap gaban. bila dekat rumah saya ade jgk merungut dekat kakak2 saya. saya cakap dia mangkuk. kakak sya cakap

"kalo dia mangkuk kamo tu adalah sudu. mangkuk kalo kita letakkan kuah dalam dia. macam mana kita nak keluarkan untuk makan?. kita perlukan sudu untuk kita hirup dan makan sampai kenyang. jadi mangkuk tu takde pape melainkan dia hanya sebagai mangkuk.kamo tu adelah pelengkap. tanpa kamo dia takde pape. faham?"

saya sangat setuju dengan kata2 tu. sebab bos adlh pentadbir dan saya pekerja adelah pelaksana. kalo hnya ade pentadbir takde pelaksana macam mana kerja nak jalan. dan bukitnya saya nak mintak cuti tak pernahnya dia nak approve dengan alasan "sapa nak jaga opis?" nampak?...ha3. ok la till here.. 





2 comments:

  1. ala.....cerita novel dah habis.....tak ada happy ending..cerita yg tergangtung! hahahahahaq

    ReplyDelete