Selamat datang ke hamtaro's blog.

Tuesday 10 December 2013

MA tu bos aku

As Salam and very good night to all. I’m back bloggers. Walaupun tak selalu dan sekerap yang di janjikan. Cerita ape pulak la kan yang nak saya share kan untuk update ni. Cerita terbaru saya dengan Mr.Arrogant? harus ade ok, dah confirm terpampang dekat tajuk kan. Korang pun mesti tertanya ape khabar saya dengan dia.. ape yang boleh saya cakap, saya semakin benci + menyampah tahap meluap-meluap macam gunung berapi yang active tu.

Bila pikir ape yang MA(Mr. Arrogant) tu dah buat, nak saya duku kepala dia biar elok sikit. Takde la menyakitkan hati memanjang. Panggilan saya untuk dia dkt pejabat Encik A…(nama dia tak boleh sebut). Dan ramai pulak yang macam pelik tahap macam tengok gajah terbang atas kepala. Bila saya dok panggil dia Encik..Encik…Encik.. ade la makhluk ni, mengajuk cakap saya. Bagi saya panggilan Encik tu adalah satu panggilan yang biasa dan formal bila kita berurusan dengan orang yang lebih tua dan berpangkat. Sampai ade yang cakap, ‘dik tak payah la nak formal sangat dengan A tu..dia tu bukan bagus sangat’. Bila orang dok persoalan kan panggilan saya untuk MA tu, saya dok tertnya2 MA aku ni memang teruk ke? Pastu tiba-tiba otak saya berfikiran dan menjawab secara drastic nya ‘memang teruk pon, takde respect dgn orang yang lebih tua dari dia. Dengan orang yang layak dipanggil ayah pon dia panggil bro..bro..pastu bahasa diri aku kau..aku kau…mulut memang tak payah cakap la. pakai leps je. memang patut’. Tapi perkara yang aku respect MA aku ni, solat sangat dia jaga, pemurah dan dia ade ilmu agama dan boleh dikatakan dia akan share dkt semua staff lain bila ade masa kelapangan. Cuma slack dekat tadi tu.

Sepanjang minggu ni perkara yang paling saya menyampah bila dia suruh saya tolak troli yang banyak barang. Atas troli tu ade beras dua guni, 3 kotak barang yang bersaiz besar. Mana pergi sifat ihsan kepada insan yang comel lg ayu macam saya ni?. ade kepatut? Pesanan untuk tolak troli tu sya terima dari bos bahagian lain (sama level ngan MA saya). dia cakap

“nafisah, bos awak panggil turun bawah suruh angkat barang sikit.”

“Ok” mungkin kotak kecik atau document ke hapa.

Tiba2 “naf, bawak sekali troli ni”  

“biar betul encik tu nak saya tolak troli ni?...encik faizal tipu ea?”

“tak, bos awk yang pesan”

Jadi dgan langkah yang ternya-tanya saya sampai ke destinasi parking kereta. Saya Nampak MA saya bawak kereta panrking depn saya dan dengan selamba badak sumbu dia tanya

“bawak troli?”

“Ade”

“mana?”

“Ade tepi tu, takkan nak letak sini pulak”

Dia pon angkat2 brang tu susun atas troli. Dan dengan selamba badak berendam pulak

“naf, ko tolak troli ni naik tingkat atas”

 “saya ke yang kene tolak ni? bukan saya hanya tolak troli kosong je ke? Bapok beratnya nak tolak sorang ni”

“takde dalih-dalih..saya suruh awak tolak, bukan suruh awak angkut benda2ni naik atas”

Nampak? Sekali lagi dia bersikap kurang asam boi dia dengan saya. Nasib baik ko bos aku, kalo ko bukan, memang aku tolak tepi troli ni. Dan dengan sedaya upayanya saya tolak troli tu dengan penuh bergaya. Sampai dkat department saya orang2 dekat situ cakap “waw perempuan yang buat” ade pulak yang cakap “siannya dia”. Rase macam artis pulak saya sekejap tapi hati aku berbulu je. Ni semua gara si MA tu. Kalo nak suruh AA angkut semua ni, baik amik AA lelaki dari amik saya. Kuderat perempuan kan lain dari lelaki. Sepanjang saya kerja dekat situ, saya dok perhati kalo nak angkat benda yang ringan pon AA lelaki yang akan tolong. Yang pnting saya sedang bersbar dgn dia. Bila time saya nak kene tukur jadi AA dept lain. Kalo boleh saya  tak nak tengok batang hidung, mahu pun bayang atau nama dia bermain di sekitar kawasan saya.

Esok cuti, and khamis sehingga keminggu depan dia tak masuk office. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!.
Till hear. Bye2



1 comment:

  1. mcm novel pulak..hehehehe..handsome tak? mcm terpikat pulak bile bab ko kata jaga solat tuh

    ReplyDelete