Ok masa untuk buat karangan telah pon tamat. kalo macam ni la buat karangan alamatnya gagal la wei. lebih dari dua jam...hohoho. So kini saya
persembahkan kepada anda semua wahai readers…
Korang mesti tak tahu kan, yang saya ni sangat mengilai
kucing. Dekat rumah saya ni boleh eh bukan boleh tapi memang banyak kucing.
Sejarah kitaorang bela kucing ni bermula apabila ade tiga ekor kucing yang
dijumpai di kedai makan berdekatan rumah saya. Disebabkan sangat comel dan
kesian dengan mereka maka abang saya iaitu dalang dalam pembelaan kucing ni telah
bempakat dengan kakak dan adik beradik yang lain untuk membela secara senyap
tanpa pengetahuan appa(abah) dan oma(emak). Dan nak dijadikan cerita,
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua. Kami ketahuan. Absolutely my
parent marah kan. Tapi mula-mula je pastu ok dah sampai la ke sekarang. Dah
beranak pinak pinik dan segala capital (p) nak menunjukkan dah bergeneration
dah kucing-kucing saya bela ni. Hari tu kami orang pindah sini* rumah baru* belikan
sangkar besar untuk tempatkan mereka-mereka ini.
Ok tu mukhadimah sebenarnya. Ni yang sebenarnya nak cerita,
seminggu sebelum saya study week saya balik rumah kejap rehat-rehat… pastu
seperti biasa, setiap hari ahad kami akan pergi ke pasar. Pastu owt nak balik
rumah kami nampak seekor anak kucing yang sangat la kesian. Kurus, comot, dan
matanya sakit. Kakak saya dah berkira-kira nak amik dah mula-mula. pastu jalan
pulak ke depan lagi. Pastu dia cakap dekat saya macam ni
“kesiannya la kucing tu. nape la dia kene buang”
“kamo nak amik bela ke?”- saya tnya
“ummmmmm. Amik la kesian. Jap lagi orang langgar. Orng
bukannya nampak dia dah la kecik”
“oma tak marah ke. Kita amik ni”- kakak saya yang lagi
sorang tanya
“pandai-pandai la cover nanti”
“tapi macam mana nak amik. Kotak tak de”
“amik je guna plastik ni”- plastik ini merujuk kepada
plastik yang orang biasa guna tu kalo dekat pasar.
“kalo ade rezeki kita bela la dia sampai besar. Kalo takde
kita dah tolong”-kakak saya cakap
kalo tengok keadaan 'dia' masa tu memang macam 40% je la nak hidup. Saya absolutely akan sokong kalo benda-benda yang berkaitan
dengan sikap perikemanusiaan ni. so Alhamdulillah kucing tu dah pon besar
dengan sihatnya. Cuma dia ade masalah penglihatan sikit. Bukan buta tapi
separah buta la. Mata sebelah dia tu macam dah tak boleh nak guna sangat. ‘dia’
hanya berpandukan mata sebelah mata yang separa nampak tu. kalo ‘dia’ jalan,
‘dia’ akan tunduk tengok bayang-bayang dia sendiri. kalo gelap dia akan senyap
je.. Kalo dia nak focus masa nak main dia akan sengetkan kepala dia untuk focus
bende yang dia nak main tu. dan of course lain yang ‘dia’ attack benda lain
yang dapat. So balik cuti sem ni saya balik tengok dia bukan main tembam. Oma
saya cakap ‘dia’ ni makan setiap 5 minit. Mak ai. Dah macam bela anak dinosaur.
Dan kalo nak buat kan dia susu kene pekat dan panas sedikit. Punya la demand.
Macam mak datin besar dalam rumah ni. tension tengok dia. Tapi takpe saya suka. Senang nak gayang dia.
Hahahahahha……
Ni gambar dia seminggu selepas saya balik study week….
Ni gambar dia yang saya cakap tu…
Nama dia bubu.. tapi bila saya rasa nak buli dia saya akan
panggil dia bulat, buncit, buntal, bunt*t, dan segala yang boleh ‘dia’ sakit
hati. Jangan tak tahu dia macam faham-faham bila saya kacau ‘dia’. ‘dia’ akan
buat muka yang menyapah gila. Dalam hati mesti dia cakap *kenapa la budak ni
balik rumah. Aku cakau muka kang baru tahu*. Samseng tok. Adik saya sampai
cakap.
“ kamo la ni buat dia jadi samseng”
“apasal pulak akak. Dia dia memang samseng pon”
Sebab dia sekarang asal marah cakor tak pon gigit tangan
orang. Dalam hati saya cakap, ‘owh no I
have give a bad influence to my cat’. Heeeeeeeeeeee……..
Tamat
p/s: berapakan markah saya dapat untuk karangan ni?